Uncategorized

Tips Bahagia Bersama Pasangan

Assalamualaikum

Dalam melayari alam rumah tangga atau hidup berpasangan, pasti ada kalanya berlaku salah faham, berkecil hati atau pergaduhan kecil. Bak lirik lagu P.Ramlee..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Maklumlah, masing-masing punya hati dan punya ego.
Namun jika berlaku sedemikian, pasti salah seorang perlu beralah. Kalau tidak, semakin parah la jawabnya. Apa-apa pun, menjaga hati suami/isteri atau pasangan amatlah penting supaya hidup aman sentosa.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga hati pasangan anda:

  • Kenali pasangan anda. Anda pastinya tahu perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan anda. Cubalah bertoleransi dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya. Dalam hal ini, perbincangan dan tolak ansur amat perlu.
  • Menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan sangat penting. Jangan melukakan hati si dia dengan perbuatan atau kata-kata yang menghiris hati tentang keluarganya. Selain daripada itu, menjaga hubungan dengan mertua dan ipar duai juga tidak kurang pentingnya.
  • Sentiasa perihatin terhadap pasangan. Which one is better? Mengucapkan ‘take care’ atau ‘i will take care of you?’. Selain daripada itu, perlu juga perihatin dengan perkara-perkara seperti makan dan minum, perasaan pasangan, sakit pening dan perkara-perkara lain yang penting dalam menjaga sesebuah perhubungan. Pastikan juga pasangan anda tahu yang anda sangat perihatin tentangnya.
  • Jahuhi topik sensitif dan tidak menyenangkan. Contohnya menceritakan tentang kebaikan bekas kekasih anda dan membuat perbandingan dengan si dia. Emmmm…confirm lepas tu ada yang menarik muka masam atau berkecil hati.
  • Jujur dan menjadi diri sendiri. Tak perlulah menjadi hero dan heroin seperti drama korea atau novel. Tidak perlu juga hidup berpura-pura. Cukuplah menjadi diri sendiri dan cuba membaiki kekurangan yang ada.  Jangan juga cuba berbohong tentang sesuatu perkara. Pasti susah jika pasangan anda sudah mulai tidak percaya pada anda.
  • Lakukan perkara-perkara yang membahagiakan. Cubalah meluangkan masa untuk berjalan berdua-duaan. Mengingati kenangan indah masa lalu pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan. Tidak perlu juga hadiah yang mahal-mahal untuk menambat hati suami/isteri atau pasangan kerana yang paling penting adalah tanda ingatan dan kasih sayang.

Sekian. Semoga bermafaat.

Wassalam.
Sumber : pelbagai
Gambar : google

22 thoughts on “Tips Bahagia Bersama Pasangan”

    1. Aamiin..semoga akak sekeluarga sentiasa bahagia. Thanks Gee.
      Untuk Gee juga. Semoga berbahagia dengan keluarga yang baru dibina..Aamiin

  1. Susah juga klu ber'dating' dgn onion tu eh huhu

    Kejujuran dan keperihatinan mmg menjadi tunggak dlm kebahagiaan rumahtangga kan. Thanks sharing Fidah & salam Jumaat yg berkat.. πŸ™‚

  2. perhatin : perihatin ke, perhatian? hehehe..

    nice share… boleh saya buat rujukan since saya noob sikit dalam bab pasangan ni.. xpernah berpasangan lagi.. hehehe

  3. Terima kasih atas tipsnya FS….betul tu, bila berumahtangga ni, kenalah sentiasa bertolak ansur , menerima kekurangan pasangan dan sabar, insyaallah bahagialah jadinya…..tp nama pun manusiakan….dugaan tu pasti ada

Leave a Reply