Recipes

Tart Buah (Fruit Tart)

Tart buah. Sejenis makanan yang sesuai di makan bila-bila masa sahaja. Tapi kalau buat tart buah ni, part yang paling saya lemah sekali adalah part nak susun-susun buah. Nampak sangat tangan tak berapa nak kreatif. Tapi tak pe lah, yang paling penting, ianya selamat sampai ke perut…huhu

Resipi tart buah (Fruit Tart)

a, Bahan tart (tart shells)

  • 150gm tepung gandum
  • 25gm gula aising
  • 70gm mentaga sejuk (di potong dadu)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila

b. Bahan Kastard

  • 1 cawan (sederhana besar) susu segar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu gula halus
  • 1  sudu besar mentega

c. Bahan Hiasan (secukupnya)

  • Buah kiwi
  • Buah strawberi
  • Buah anggur
  • Apa-apa buah yang difikirkan perlu mengikut kreativiti masing-masing. Kebetulan ada buah nangka kat rumah tadi. Potong aje lah.
Cara-cara:
a. Penyediaan tart (shells)
  • Campurkan tepung, gula aising dan mentega sejuk. Campurkan esen valina dan telur sedikit demi sedit. Uli sehingga menjadi doh. 
  • Rehatkan sebentar (saya masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 20 minit)
  • Sediakan acuan tart. Ambil doh tadi dan bentukkan mengikut acuan. Kemaskan. Buat hingga doh habis. Cucukkan dengan garfu pada dasar doh.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175c selama 20 minit (atau hingga kuning keemasan)
  • Biarkan sejuk. Setelah itu, keluarkan tart shells dari acuan.

b. Penyediaan kastard

  • Masukkan susu, tepung kastard dan gula halus ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  • Masak dengan api yang kecil sehingga kastard menjadi pekat. Masukkan esen vanila dan mentega.
  • Sejukkan sebelum dimasukan ke dalam pipping bag dan picitkan ke dalam tart shell.

Setelah selasai masukkan kastard ke dalam tart shells, hiaskan dengan buah-buahan yang di sediakan.

Sekian. Selamat Mencuba πŸ™‚
Wassalam.

19 thoughts on “Tart Buah (Fruit Tart)”

    1. Sila lah cuba..thanks Kak Paridah.
      Saya pun dah lama tak buat tart ni, nota resipi pun baru jumpa. Sebab takut hilang lagi, baik tepek aje resipi kan sini. Esok2 senang nak refer. πŸ™‚

    1. Sejenis kueh Miss Devy. Ia adalah kombinasi tart (di bawahnya) dan buah-buahan. Mungkin kerana itu namanya tart buah.
      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

Leave a Reply