Rendang Daging, Hati & Paru

Assalamualaikum

Rendang…with xtra daun kunyit bertaburan.. 🙂

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kawan saya, Kak Nina, office mate yang memang pakar dalam hal masak memasak. Kalau kat office ada buat pot luck, rendang Kak Nina ni memang menjadi sasaran.

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu
250 gram hati
250 gram paru
1/4 cawan kerisik
Santan kelapa (1 kilogram – dah beli siap2 kat kedai, tak sure dari berapa biji…huhu)
1/2 cawan air asam jawa (boleh diganti dengan asam keping)
Gula melaka (ikut suka nak banyak mana. Saya guna 1/4 dari saiz)
Garam secukup rasa
2 sudu makan serbuk ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
* Saya tambah…

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

3 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
10 biji cili kering (boleh tambah jika mahu pedas)

Bahan mayang:
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit

Cara-cara:

  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  • Tambahkan serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Tumis lagi.
  • Masukkan daging, hati dan paru. Gaul rata semuanya.
  • Tunggu dalam 3 ke 4 minit
  • Masukkan santan. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Rasa manis dan masinnya
  • Bila daging sudah betul-betul empuk, masukkan kerisik dan gaul rata
  • Masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang sudah dimayang.
  • Tunggu sehingga kuah pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan.
**Kalau keluarga saya, suka makan rendang ni dengan pulut kuning…
Sekian. Selamat mencuba.

“Knowledge increases by SHARING, not by SAVING

Related Posts

33 thoughts on “Rendang Daging, Hati & Paru

Leave a Reply