Uncategorized

Remaja Purba

Assalamualaikum

Tua atau menjadi tua adalah satu perkataan yang kadang-kadang takut untuk kita dengar. Walaupun ramai orang kata, semakin tua semakin romantis berpengalaman, tapi menjadi tua juga akan membuat kita merasa lemah, tidak berdaya, kulit menjadi keriput serta bakal diundang dengan pelbagai jenis penyakit.

Cubalah tanya pada sesiapa pun, terutamanya kaum wanita. Menjadi tua dan tidak ‘bergetah’ seperti zaman muda-muda dulu adalah ibarat igauan ngeri. Malah, ada yang marah jika dipanggil ‘Mak Cik’ oleh anak-anak belasan tahun, walau pada hakikatnya anak-anak belasan tahun itu sebaya dengan anak mereka…huhu..tak gitu Kak Tipah πŸ˜€

Kerana alasan itu jugalah ramai yang sanggup berhabis duit, bukan beratus, malah beribu ringgit untuk terus kehihatan muda dan membuang imej ‘ke-mak cikan’ itu. Tidak hairan jika ada terlalu banyak produk di pasaran untuk merawat kecantikan dan mengekalkan keremajaan….dari hujung rambut sampailah ke  hujung kaki. Macam-macam ada. Yang telan, sapu, suntik, operate, rendam, stim serta pelbagai kaedah lagi. Yang penting menjadi cantik.

Tapi, berkesan kah?
Kalau ikut pemerhatian, untuk cantik kena rajin dan berdisiplin. Belilah produk mahal sekali pun, jika tidak ada disiplin untuk memakan atau menggunakannya, pasti tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Pernah juga saya terdengar satu ceramah agama yang mengatakan, mengambil wuduk serta bersolat dengan kusyuk (terutamanya di tengah malam) adalah salah satu daripada terapi kecantikan.

Berikut adalah beberapa tips kecantikan yang saya kumpulkan dari berbagai sumber:

  • Pastikan minum air masak yang mencukupi. Minimum 8 gelas sehari.
  • Bersukan atau berolah raga secara rutin. Boleh juga ke gym, mengikuti kelas aerobik, zumba dan yang sewaktu dengnnya. Kalau kawasan berdekatan rumah ada taman yang indah dan menyegarkan, boleh juga berjogging. Janji kita bersukan.
  • Menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan empunya badan, baik untuk dalaman dan luaran. Ini termasuk kategori ‘skin care’ produk, vitamin, jamu dan sebagainya. Penggambilan kolagen juga penting.
  • Jika ada budget dari segi kewangan, boleh juga ke spa untuk membuat facial dan rawatan membelai tubuh badan.
  • Menjaga pemakanan. Pastikan anda makan makanan yang seimbang serta mengandungi banyak serat.
  • Tidur yang cukup.
  • Menangani tahap stress. 
Menjadi tua itu pasti (kalau diberikan keizinan). Cuma yang penting, kita harus menjaga kesihatan (dan kecantikan) supaya kekal cergas dan berkeyakinan diri, demi menikmati hidup dengan lebih bermakna. Tapi, jangan pula sampai terlalu taksub atau menyakitkan diri. Bersederhanalah dalam mengerjakan sesuatu, kerana itu lebih baik.
Sekian. Sebagai panduan untuk diri saya sendiri. Semoga yang lain juga mendapat mafaatnya.
Wassalam.

37 thoughts on “Remaja Purba”

  1. walau tua tapi badan sihat dh ok…kecantikan rupa diri berubah mengikut usia namun xperlulah nk risau sgt…kecantikan hanya kulit yg membalut tulang.

    1. Betul tu Kak Paridah..kadang2 memang pening jugak bila tengok orang sanggup 'sakit' kerana terlalu taksub dengan kecantikan.
      Terima kasih πŸ™‚

    1. Yang tua dihormati, yang muda…dihormati juga πŸ˜€

      Yang tua banyak pengalaman, yg muda bersemangat dan banyak idea…
      Harus sama2 memberi peluang..

  2. Selalu bahagia
    Yang pasti awat muda
    Tak sampai disebut purba
    Andaipun usia mulai tua

    Tipsnya boleh dicoba
    Spa dan makan sehat terjaga
    Wajah kan tampak remaja
    Cantik disorot mata

    1. Kalau ada anak kecik..memang begitulah keadaannya.

      Tapi, bila anak dah besar, mesti rindu balik saat2 tu.

      Thanks Sue Sue. Salam kenal πŸ™‚

  3. kena jaga kesihatan dari muda, bila dah tua nanti, mcm2 yg akan keluar..tapi masa muda kita banyak enjoy..makan mcm2…bersenam kurang (sayalah tu)..hehe..

    menjaga kesihatan mental jg penting menjelang hari tua..selalu baca Al-Quran dapat mengelak dari nyanyuk dan stroke.. ..grow old gracefully..

    1. Saya pun suka jugak try makanan baru. Kat area Bangi kan banyak..
      Jangan bimbang, Tasik Cempaka Bangi kan ada :D..tempat berjogging di pagi minggu.

      Thanks Nohas. Salam kenal πŸ™‚

  4. menjaga kesihatan dr awal adalah amat penting… skrg ni takut sbb mcm2 penyakit wujud.. jaga pemakanan paling penting…
    cantik dalaman (hati) yg utama… hehe πŸ™‚

    1. Betul tu..jaga kesihatan dari awal. Itulah yang sebaiknya.

      Yang paling penting, cantik luar dan cantik dalam.
      Thanks Atie πŸ™‚

  5. penting jaga kesihatan dari muda, so that bila tua badan still maintain, takdelah menyusahkan anak cucu kan..

    tengok atuk nenek kita umur 70 lebih pun maintain l;agi,kita belum 40 dah macam-macam sakit…huhu

    1. Orang dulu buat aktiviti lasak..berkebun, bertani. Semuanya aktiviti yg mengeluarkan peluh. Mungkin sbb tu jugak dia org sihat sampai ke tua.
      Thanks Sal πŸ™‚

Leave a Reply