Uncategorized

Rancangan Malaysia ke 11

Assalamualaikum

Rancangan Malaysia ke 11 (RMK ke 11) telah pun dibentangkan hari ini, 21 Mei 2015.
Rancangan untuk tahun 2016 ke 2020 merupakan rancangan pembangunan 5 tahun terakhir ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Seperti yang kita ketahui, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991. Wawasan 2020 telah menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek merangkumi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

RMK ke 11 merupakan satu pelan strategik ke arah pembangunan masa depan Malaysia selaras dengan impian rakyat bagi menikmati hasil pembangunan yang sewajarnya. Pelan yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ ini merupakan satu pelan yang mengandungi 6 teras strategik:

  • Pertama : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
  • Ke 2: Meningkat kesejahteraan untuk semua
  • Ke 3 : Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  • Ke 4 : Menuju ke arah pembangunan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Ke 5 : Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
  • Ke 6 : Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
Semoga RMK ke 11 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi keutamaan kepada rakyat jelata dalam semua aspek pembangunan. Pendekatan yang diberikan haruslah dapat terus membantu pertumbuhan ekonomi negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat. Semoga setiap lapisan rakyat dapat menikmati faedah daripada hasil kekayaan dan kemakmuran negara. Aamiin.
Sekian. Wassalam.
Gambar: Sumber.

22 thoughts on “Rancangan Malaysia ke 11”

    1. Betul Sal. Tgk aje lah vocab yg dipakai. Semua canggih manggih. Itu baru perkataan yg digunakan, belum the whole context lagi..huhu

    1. Aamiin.
      Semoga taraf hidup rakyat terus meningkat dan semua orang pun dapat merasa hasil dari kemajuan negara.
      Thanks HB πŸ™‚

    1. Itulah harapan seluruh rakyat jelata.
      Pelan dah ada, yang penting sekarang perlaksanaan dan cara perlaksanaannya.
      Thanks CM πŸ™‚

Leave a Reply