Assalamualaikum
Hari ini saya ingin kongsikan resipi mee rebus (Johor Style). Kenapa dipanggil Johor Style? Sebab saya dapatkan resipinya dari sahabat saya, Cik Tita, yang berasal dari Johor.
Bahan-bahan
Mee kuning (saya sediakan 2 – 3 bungkus)
Bahan untuk kuah mee rebus:
- 1/2 kg daging/tetel/tulang – hiris daging dan tetel kecil-kecil dan rebus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk kuah mee rebus.
- 4 biji keledek sederhana besar (carilah keledek kuning/oren kerana rasanya lebih manis). Rebus hingga empuk dan kisar halus.
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 6 ulas bawang merah (dikisar)
- 1 cm halia (dikisar)
- 1 cm lengkuas (dikisar)
- 3 biji cili kering (dikisar – kalau nak pedas boleh lebihkan)
- 2 batang serai (dititik)
- 1 cawan tauchu – cuci dahulu untuk kurangkan rasa masin. Kemudian dikisar halus.
- 1/2 cawan udang kering. Direndam dan dikisar halus. (Kerana masalah allergic pada udang kering, saya menggunakan udang kertas/ udang segar kecil. Sama juga, dikisar halus)
- 5 sudu makan kari daging
- 1/2 cawan air asam jawa
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan untuk hiasan
- Tahu yang digoreng (dipotong kecil)
- Telur rebus (dibelah 2)
- Cili hijau dan merah
- Taugeh
- Limau kasturi
- Bawang goreng dan daun sup
Cara-cara:
Untuk kuah mee:
- Tumis bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili kering yang telah dikisar. Masak hingga garing.
- Masukkan rempah kari daging, tauchu, dan udang kering/ udang kertas yang telah dikisar. Masak hingga garing.
- Masukkan daging/tetel dan tulang yang telah direbus tadi. Masukkan sekali air rebusannya.
- Masukkan keledek yang telah dikisar. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kalau kuah kurang kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. (sesuaikan dengan selera – tapi untuk kuah mee rebus, harus ada rasa manis-manis sedikit.)
- Tunggu hingga masak dan kuah sedikit pekat.
Cara hiasan:
- Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk pilihan
- Tuang kuah mee rebus
- Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan mengikut selera masing-masing.
Kalau nak buat macam style Mee Rebus Hj Wahid yang terkenal di Johor tu, bolehlah tambah kerupuk udang. Pada sesiapa yang tak pernah melihat macam mana kerupuk udang tersebut, saya rasa rupanya lebih kurang macam kerupuk kriuk-kriuk kalau kita makan mee segera (instant) jenama Sedaap….lebih kurang arrr
Bahan-bahan untuk kerupuk udang:
- 1/2 cawan udang kering – rendam dan kisar (saya tidak menggunakan udang kering dalam resipi ini. Saya gantikan dengan udang kertas)
- 1/2 cawan udang kertas
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 biji telur.
- Secubit garam
- Minyak untuk menggoreng
Untuk proses yang lebih mudah, saya blend ke-semua bahan.. π
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak mesti betul-betul panas supaya kerupuk tidak menyerap banyak minyak.
- Guna teknik ‘titik-titik’ terus ke dalam minyak. Saya celupkan garfu ke dalam adunan dan titik-titikkan (lebih kurang macam renjis-renjis, tapi dengan cara lembut dan gemalai…aaawww) ke dalam minyak panas.
- Tunggu hingga garing dan tos kan minyaknya.
- Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas yang berpenutup supaya sentiasa rangup.
- Bila nak hidangkan, bolehlah di letakkan sekali bersama bahan-bahan hiasan yang lain. Pastikan ianya sentiasa kriuk-kriuk….hehe π
Sekian. Selamat Mencuba
Wassalam.
MEE REBUS JOHOR SEDAP NI SIAP DGN RESEPI KEROPOK SEKALI…RAJIN FIDAH.
Baru nak belajar2 balik masakan Johor..hihi
Terima kasih Kak Paridah π
Erm nyum2…br je sarapan tgk gambo rs lapar blk plak…
Boleh dicuba resipinya En Sham.
terima kasih atas kunjungan π
yang belum sarapan ni lagi lapar..hehe
owh , ada tauchu rupanya . saya buat mmg x de … klu nak cuba nanti , blh saya cari di sini …
Untuk effect lemak masin..huhu
Thanks CM π
Kalau balik kg, bekfes kat Muar mee rebus mmg ada dlm menu gerai, tp okje kurang suka, selalunya ambik soto.
Tp masalahnya bila baca resepi ni, udah teringin nak buat pulak FS hihi…
Jom makan Okjee. Kalau saya balik kampung, mee rebus ni kira menu wajib.
Kebanggaan rakyat Johor gitew….hihi π
alang-alang dah teringin tu buatler..hehe
lepas ini boleh bukak stall mee rebus kalau sedap..he..he..
Kasi chance la masak sampai expert dulu.. π
aduhh sedapnya mee Rebus.. pernah jgk makan, sebab bos besar kat sini rg Johor..hehe
antara faveret saya ni.
Thanks Atie π
Mee rebus kat kl tak sama tak sama dgn yg kat johor.. walaupun, restoran johor kat kl pun tak sama.. mungkin bukan org johor yg buat kot.. π
Tu bagi orang Johor yang memang dah expert bab2 mee rebus ni…huhu.
Kalau macam saya, barulah nak belajar2 balik masak resipi warisan turun temurun ni π
one of my fav…kalu pekat laaagiiii sy suka π
Lagi pekat…lagi uuummmppphhh…
Thanks Anies π
Kita bukan penggemar mee.. Dari kecik, tekak ni boleh sumbat nasik je.. huhu
Adik ipar akak pulak..tak boleh makan nasi langsung. Dari kecik makan mee..Kalau akak x boleh macam tu..lapo..hehe
Thanks Gee π