Florentine Cookies / Almond Crunchy

Assalamualaikum

Setengah orang panggil florentine cookies, tapi di kampung saya benda ni dipanggil almond crunchy..
Jom kita lihat resipinya.
Sangat mudah dan ringkas. Sesuai untuk dijadikan salah satu dari koleksi kuih raya kita.
Walaupun harga bahan-bahanya agak mahal,…tapi, lagi mahal kalau beli yang dah siap. Apatah lagi kalau kira sekali GST…huhu πŸ™

Bahan-bahan:

  • 200 gm tepung Florenta (boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan membuat kek)
  • 200 gm badam (almond) keping
  • 150 gm kuaci hijau (boleh di tambah jika suka lebih effek warna hijau)
  • 20 gm bijan hitam
Cara-cara::
  • Bakar badam dan kuaci hijau dalam oven pada suhu 160c selama 5 minit. (tengok oven jugak. Jangan sampai badam hangus ya..)
  • Satukan semua bahan di dalam bekas
  • Gaul rata 
  • Alas loyang (14 x 14 inci) dengan kertas kek – Loyang nak besar mana pun boleh, asalkan muat kat oven masing-masing. Pastikan kertas kek menutupi seluruh permukaan loyang. Lebihkan sedikit supaya mudah diangkat.
  • Masukkan bahan ke dalam loyang. Masukkan sedikit-sedikit (saya agak-agak sahaja banyak mana – mengikut ketebalan cookies yang kita mahu). Note : Jangan banyak sangat sebab kalau tebal, cookies akan jadi terlalu manis. Jangan juga tipis sangat, sebab takut mudah pecah berderai. Gunakan konsep ‘yang sedang-sedang saja’..huhu
  • Gaul rata. Saya tekan sedikit guna sudu supaya seluruh permukaan kelihatan rata (lihat gambar)
  • Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160c sehingga karemelnya keperangan.
  • Potong sebaik sahaja keluar dari oven (kalau cookies sejuk, ianya menjadi keras dan susah nak potong). Boleh guna roller (yang di gunakan untuk potong pizza) atau pakai pisau pun ok.
  • Ulangi langkah sampai ke semua bahan habis.
  • Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Gambar-gambar original dari dapur…..hehe πŸ™‚

Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam.

Related Posts

28 thoughts on “Florentine Cookies / Almond Crunchy

Leave a Reply