Antara Cinta dan Persahabatan




Assalamualaikum.

Hari ini sekali lagi saya ingin mempromosikan novel sahabat baik saya yang bertajuk MUSIM SEJUTA WARNA.

Mengisahkan Nalia Airani yang meminati Muzairi, senior kolejnya dalam diam. Shamrin pula merupakan teman sekuliah yang sering menjadi tempat Nalia Airani meluahkan cerita dan perasaan terpendamnya terhadap Muzairi. Shamrin teman yang baik, pendengar yang setia dan amat mengambil berat terhadap Nalia Airani.

Pertemuan semula Nalia dengan Muzairi memutikkan semula perasaan Nalia terhadap lelaki itu. Ditakdirkan Ilahi, Nalia juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia dan Muzairi. Pada masa yang sama, Shamrin pula meluahkan perasaannya terhadap Nalia.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimanakah akhirnya hubungan Nalia dan Muzairi dan apakah pula yang terjadi kepada Shamrin? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nalia? Insan yang disayanginya sekian lama atau sahabat baik yang memahami segala-galanya?

Novel ini belum lagi dicetak.
Tapi, anda boleh membaca ceritanya secara online di sini 
Sekarang sudah sampai ke Bab 22

Cerita ini ditulis oleh sahabat baik saya, RIN AZRINA. Semenjak dibangku sekolah lagi, beliau memang amat suka menulis cerpen/cerita dan telah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang penulis yang amat berbakat. Silalah baca. Pasti tidak akan menghampakan, terutamanya bagi peminat-peminat cerita romantis.

Sekian. Wassalam.
SELAMAT MEMBACA

p/s : gambar senja tu, kat laut Pontian, kampung saya okey…huhu..bangga πŸ™‚

30 thought on “Antara Cinta dan Persahabatan”

  1. Kalau bagus dan ramai pembacanya…mesti suatu hari nanti di adaptasi ke drama atau filem…boleh bunda tengok…sebab bunda tak rajin membaca…hehe

    1. admin says:

      Dah banyak novel2 yang diadaptasi menjadi filem atau drama..best jugak macam tu. Contohnya cerita Adam & Hawa..
      Terima kasih atas kunjungannya Bunda πŸ™‚

  2. hainom OKje says:

    Assalam FS…..ada pun gambar kat profile tu…..barulah boleh kenal tuan blog. Ayu rupanya FS ni….

    Camne agaknya kawan awak tu cari ilham ye FS

    1. admin says:

      Kawan saya tu memang minat menulis. Masa sekolah dulu, dia tulis cerita kat buku latihan sekolah. Tu pun kita orang bergilir-gilir baca. Ilham dia sentiasa datang kot…mencurah curah..hihi

      Terima kasih okje :):)

  3. Hero Borneo says:

    bakat dan minat perlu selari dalam bidang penulisan..pernah mencuba tulis cerpen..tapi tak jadi..ayat terlalu statik..

    nasib baik sekarang jadi blogger..boleh la lepaskan geram menulis..

    bab romantis ini yang saya suka sangat.

    1. admin says:

      Wahh…dalam hati ada taman rupanya πŸ˜€

    2. mrhanafi says:

      ya..sebahagian besar hati saya untuk menulis blog..ho..ho..

    3. admin says:

      Moga suksess selalu

  4. paridah says:

    WAH BERBAKAT KAWAN FIDAH NI MENULIS NOVEL YA…MENULIS NOVEL BUKAN SENANG N PERLUKAN KESUNGGUHAN..

    1. admin says:

      Betul tu Kak Paridah. Memang perlukan minat, kesungguhan dan komitment. Itu belum lagi bengkel2 penulisan yang dia pergi untuk terus tambah ilmu.
      Thanks Kak Paridah πŸ™‚

  5. waah boleh juga tuh baca novelnya secara online .. sukses mba buat buku novelnya πŸ™‚

    1. admin says:

      sila lah baca. Bagus ceritanya.
      Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

  6. izin duduk dulu iya mba hehehe sambil baca novelnya :p

    1. admin says:

      Sila lah baca Miss Ipah. Terima kasih atas kunjungan πŸ™‚

  7. Nk tggu d terbit kn laaa br ada feeling πŸ˜‰

    1. admin says:

      Kalau baca cerita siket2… kadang2 tu..memang kurang feel..
      Thanks Anies πŸ™‚

    1. admin says:

      Silakan…
      terima kasih sekali lagi. Salam kenal πŸ™‚

  8. Tanpa Nama says:

    kadang kita harus mengorbankan perasaan untuk sebuah cinta yang agung, kadang juga kita harus meninggalkan sahabat agar dia bahagia dengan cintanya. namun dibalik cinta, ketahuilah bahwa ada seorang sahabat yang selalu setia mendampingi kita yang kadang kita lupakan.

    1. admin says:

      Dalam apa jua keadaan, pasti sedih jika harus meninggalkan sahabat agar dia bahagia dengan cintanya…(seperti novel nih..hihi)

      Pada saya nilai persahabatan itu sangat tinggi. Sahabat seharusnya saling menghargai dan melengkapi. Saling membantu dan menyokong apa jua yang kita lakukan…tanpa syarat.

      Terima kasih kunjungan dan komennya Mbah πŸ™‚

  9. Khir Khalid says:

    Wahh menarik.. lama tak berkesempatan membaca novel.. Thanks sharing Fidah.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Sila lah baca Khir.
      Orang kampung kita ni. Support siket πŸ™‚

  10. Gee Lion says:

    Sudah lama saya tak layan novel mainstream. Sekarang buku bergenre alternatif bertapak di jiwa ni. InshaAllah, akan menjengah utk membaca. Kalau bagus, mesti mendapat tempat juga dlm hati ni.. Hihi..

    1. admin says:

      Pssssttttt….akak tunggu novel karya Gee pulak ni.
      Akak tau Gee ada bakat menulis.

  11. Menarik sinopsis cerpen tu Fidah.. agak lama tak berkesempatan melayan novel ni πŸ™‚

    1. admin says:

      Sila lah baca Nurul…kisah2 romantik gitew πŸ˜€
      thanks ya

  12. Salam fidah… wah pandai kawan awk menulis ye.. boleh carik novel ni nti…:)

    1. admin says:

      Sila lah atie..
      skrg available online
      tq πŸ™‚

  13. Pha Is says:

    selamat membaca…

  14. Qaseh Vee says:

    saya klu baca citer romantik , blh berangan sampai tertidur nanti … heheheeee .

Leave a Reply

Related Post