Uncategorized

You Jump, I Jump…Remember?

Assalamualaikum

Sebahagian daripada entri/posting ini saya tulis ketika sedang menunggu mangsa-mangsa lain ‘diselamatkan’.

Kisah bermula apabila tren komuter laluan Seremban yang saya naiki tiba-tiba rosak diantara perjalanan dari stesyen Seputeh ke Salak Selatan. Setelah hampir satu jam menunggu di dalam tren yang panas dan tiada lampu (bekalan elektrik terputus sepenuhnya)….kami di suruh turun dari komuter berkenaan. Agak bahaya juga kerana ketinggiannya melebihi 1 meter.

Bayangkan…Mak Jemah yang hari ini begitu ayu berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi terpaksa ‘terjun’ dari tren komuter….sangat tak patut!!…aarrrggghhh.

Untuk turun dari komuter yang rosak dan naik ke tren komuter lain yang disediakan, kami telah dibantu oleh pasukan bomba dan penyelamat kerana tren itu agak tinggi. Mesti sakit tangan dan kaki pasukan penyelamat tersebut kerana terpaksa mengangkat para penumpang yang berkilo kilogram beratnya. Bukannya seorang dua..tapi lebih seratus penumpang.
Aduhai.. πŸ™ πŸ™

Pasukan Bomba & Penyelamat membantu mangsa turun dari tren komuter

Perkara ini, bukanlah pertama kali berlaku. Dah banyak kali tren komuter rosak. Tapi saya tidak pasti apakah tindakan pihak Keratapi Tanah Melayu untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak ada banyak pilihan, jadi mereka biarkan saja kot…After all, esok lusa penumpang tetap ada dan mereka boleh mengaut keuntungan dari tambang tren komuter ini seperti biasa.

Mangsa beratur menunggu giliran untuk di bawa naik ke tren komuter lain.

Bila dah jadi hal sebegini, terfikir jugak untuk drive aje ke tempat kerja. Tapi bila mengenangkan kesesakan jalan raya yang harus ditempuhi…eeerrmmm…esok lah fikir πŸ™

Apa-apa pun, sabar ajelah. Tapi Mak Jemah kesian juga tengok keadaan mangsa dan juga kesian kat diri sendiri.

Harapan Mak Jemah, semoga dengan bertambahnya perbendaharaan negara melalui GST dan pelbagai cukai yang lain..mutu perkhidmatan pengangkutan awam akan terus dipertingkatkan.

MALAYSIA BOLEH!!!!

Sekian. Wassalam.

23 thoughts on “You Jump, I Jump…Remember?”

  1. Jangan sampai jadi kes macam kat luar negara. Keretapi tergelincir dari landasan sebab masalah teknikal. Lagi haruuuu… Tapi biasalah kat Malaysia ni, selagi tak masuk TV/suratkhabar, selagi tu lah depa (yg berkuasa) buat boddoooo je..

    1. @Gee : Kena ada kes2 kritikal kot…barulah orang-orang berkuasa ni nak buka mata…tu pun kalau nak buka…huhu πŸ™‚

      @Cilembu Thea : Ya Mang…sabar nih πŸ™‚

    1. Tak pasti lah Bunda. Tapi semalam..tren yang di sediakan tu, tren buruk. Dah tak cukup tren agakanya…
      Terima kasih komen dan kunjungan πŸ™‚

  2. Nasib saya waktu naik train belum pernah terkena situasi mcm ni lagi.. kesian penumpang semua.. kesian juga ktm sbb train mereka rosak.. ni semua salah gst ni huhu..

  3. situasi yg bahaya tu xder pula jadi viral ya ..moga xberlaku lagi n mak jemah mash boleh tersenyum berkomuter berkasut tinggi…heh..heh..

  4. perjuangan yang sangat melelahkan. tapi Alhamdulillah selamat dan tidak kurang dari kesehatan ya sista. oh ya…maaf baru bisa bersilaturrahmi ke blog ini. berhubung banyak tersita waktunya pada pekerjaan. tapi silaturrahmi tetap akan saya jaga, untuk mengharap berkah kebaikan dari semuanya.

    1. Maaf Mbah…saya juga sudah lama tidak berkomentar di sana. Malu juga ni kerana blogger senior yang berkunjung ke blog saya dulu.
      Alhamdulillah selamat sampai. Harap-harap tidak lagi terjadi hal-hal seperti itu.
      Terima kasih πŸ™‚

    1. Moga komputernya cepat ok…atau ganti saja yang baru πŸ˜€
      Terima kasih Santika..moga moga perjalanan kita semua sentiasa selamat…aamiin

  5. Malaysia ni, lagi takda eksiden yang boleh bawak maut, lagi tu la masing-masing tak ambik endah. Tren komuter ni dah bertahun bermasalah, tapi still macam tu jugak. Bila orang guna kenderaan sendiri sampai jammed jalan, salahkan rakyat pulak. Sudahnya, bila nak selesai. Takkan tak keluar pegi kerja kot kan? Makan minum kita siapa pulak yang nak tanggung?

    1. Malaysia boleh!!!…
      Standardlah..selagi tak ada yang mati atau terkena kat anak atau saudara mara pihak2 tertentu…kira tengok aja lah…huhu

    1. Ya..harus banyak banyak bersabar.
      Moga mutu perkhidmatan pengangkutan awam di sini akan lebih baik.
      Terima kasih kunjungan dan komennya. Terima kasih juga kerana sudi follow blog ini…:)

Leave a Reply