Uncategorized

WW#3 Masalah

Assalamualaikum…

“MY THERAPIST SET HALF A GLASS OF WATER IN FRONT OF ME. HE ASKED IF I WAS AN OPTIMIST OR A PESSIMIST. SO I DRANK THE WATER AND TOLD HIM I WAS A PROBLEM SOLVER”

Walaupun ini adalah ruangan Rabu Tanpa Kata…tapi saya masih juga mahu berkata-kata.

Bila terbaca quotation di atas, pasti akan terfikir, kita berada dikalangan yang mana.
Jom semak.

Golongan optimis akan melihat sesuatu dari sudut positif. Misalnya bila melihat air yang separuh penuh dalam gelas, dia akan berkata “Walaupun hanya separuh, gelas tersebut tetap mengandungi air”

Golongan pessimist pula biasanya melihat sesuatu dari sudut negatif. Contohnya “Hanya separuh air sahaja dalam gelas itu? Kenapa tidak penuh? Apakah niat orang itu memberi kita hanya separuh gelas air? Kedekut kah dia? Atau mahu berjimat cermat semenjak ada GST?”

Bagi golongan ‘penyelesai masalah’ atau (problem solver) mereka akan melihat dan menganalisa keadaan bagi mencari solusi terbaik. Lebih bagus, jika mendapat cara yang paling simple untuk menyelesaikan masalah, serta dapat menguntungkan semua pihak (win win situation).
Contohnya “Apa yang kompleks sangat nak fikir bila tengok air dalam gelas itu hanya diisi separuh sahaja. Sudah di beri air, minum sahajalah. Dahaga hilang, tuan rumah (jika air itu dihidangkan di rumah jiran tetangga) pun tidak berkecil hati.

Memang dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, apa yang paling penting adalah cara kita melihat dan menyelesaikan masalah tersebut.

Alamak..banyak pula kata-kata di ruang tanpa kata…huhu.

p/s : Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semoga bermanafaat.

Wassalam

Pic : google

18 thoughts on “WW#3 Masalah”

  1. Menarik… klu saya pun minum terus sbb haus hehee.. Sebenarnya golongan pessimist ni klu dapat dikuasai minda mereka memahami sesuatu maksud tujuan kita, mereka akan menjadi tapak sokongan yg paling kuat berbanding yg berfikiran positif. – political science
    Seorang politician perlu menguasai ilmu psikologi melembutkan pessimist ni menyokong matlamat. Kalau buat tak prihatin ia akan menjadi ancaman paling kuat menggagalkan usaha… maka sikit2 jadilah mcm scenario politik negara kita skrng ni.. wallahualam.. πŸ™‚

    1. Having a right mix and composition of people dalam sesebuah pasukan atau parti politik sememangnya perlu. Barulah ada check and balance. Kalau semuanya 'diam tanda setuju'…susah juga ya.
      Thanks Khir πŸ™‚

  2. semua yang terjadi pada kita adalah QadraAllah dan Allah selalu memberikan yang terbaik bagi orang beriman mungkin kelihatannya menyedihkan atau musibah bagi kita tapi itu adalah yang terbaik bagi kita, jadi kita harus selalu berbaik sangka kepada Nya ridha dengan segala ketentuan Nya agar Allah ridha kepada kita

    1. Setiap yang di tentukan Allah adalah yang terbaik..
      Kita merancang..Allah maha mengetahui.
      Terima kasih komennya & salam Jumaat πŸ™‚

Leave a Reply