Cerita

Taksiran Bersama Atau Berasingan

TIPS UNTUK PASANGAN YANG SUDAH BERKAHWIN

Saya percaya, ramai orang tidak begitu suka dengan perkara ini. Walau bagaimana pun, kita harus menunaikan tanggungjawab dan membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan serta seluruh ahli keluarga.

Mengikut Seksyen 45, Akta Cukai Pendapatan 1967, setiap pasangan yang sudah berkahwin di Malaysia berhak untuk memilih taksiran cukai BERSAMA atau BERASINGAN.

Sebenarnya tiada formula khusus untuk menentukan jenis taksiran mana yang paling sesuai dengan anda dan suami/isteri. Semuanya bergantung pada jumlah pendapatan yang dikenakan dan jumlah pelepasan cukai yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Contohnya, sekiranya anda dan suami/isteri mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi, adalah lebih baik jika memilih taksiran BERASINGAN kerana lebih tinggi jumlah pendapatan yang diisytiharkan, maka lebih tinggi cukai yang akan dikenakan (Remember! It will be depending on tax rate bracket).

Perbandingan diantara taksiran cukai BERSAMA dan BERASINGAN

Taksiran Bersama Taksiran Berasingan
Jumlah pendapatan suami dan isteri akan diisytihrkan sebagai satu jumlah pendapatan Suami dan isteri mengisytiharkan pendapatan masing-masing secara bersingan
Layak menerima pelepasan cukai terhadap anak (berumur di bawah 18 tahun) berjumlah RM1,000 seorang Suami ATAU isteri boleh memilih siapa yang lebih layak untuk menerima pelepasan cukai terhadap anak (berumur di bawah 18 tahun) berjumlah RM1,000 seorang
Layak menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 DAN untuk pasangan berjumlah RM3,000 Suami dan isteri masing-masing layak untuk menerima pelepasan cukai persendirian berjumlah RM9,000 seorang

Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.

  • Bilangan anak (lagi ramai, lagi bagus. Kalau buat taksiran berasingan, boleh bahagi-bahagi..huhu)
  • Bagi suami dan isteri yang masing-masing membeli insuran, lebih baik memilih taksiran berasingan kerana maksimum pelepasan individual hanya RM6,000 (insuran nyawa) dan RM3,000 (insuran pendidikan & perubatan)
  • Kalau beli buku dan majalah melebihi RM1,000 setahun, memang patut buat taksiran berasingan. So, masing-masing boleh claim.
  • Perkara-perkara lain yang layak diberi pelepasan (boleh rujuk pada borang – contohnya Borang BE atau Borang Nyata Individu @ LHDN)
Rujuk juga e-filing
Okey. Sekian saja tips untuk hari ini.
Wassalam

20 thoughts on “Taksiran Bersama Atau Berasingan”

  1. bayar cukai kalau mampu..xmampu mcm kak ni diam2 jer heh..heh..tapi elok taksiran berasingan sbb suami/isteri ada juga tanggungjwb tersendiri..

  2. Bagi saya klu soal taksiran ni lebih baik dikira berasingan tp berpakat bersama.. mcm main beregu badminton.. masing2 ada peranan pukul bola tangkis tapi bertindak dlm satu pasukan.. rasanya yg mcm tu lebih baik.. πŸ˜€

  3. Dulu masa okje keje kitaorg buat sekali jer FS..
    Dan income tax ni mmg cik abe yg buatkan hihi…..okje tak pernah try buat pun. Sign jer sebelum htr hihi

  4. saya tak pernah ambil tahu tentang hal ni mungkin sebab saya belum kahwin kot? yg saya tahu tentang harta sepencarian & bersama dihitung bila ada penceraian.. erk.. now that you opened my eyes, mungkin kena ambil tahu juga sebab tak lama je lagi kan. huhu

Leave a Reply