Uncategorized

Solusi

Assalamualaikum

Seorang ayah mewasiatkan 17 esok kambing untuk dibahagikan kepada anak-anaknya. Setelah bapa tersebut meninggal dunia, anak-anak beliau membaca wasiat tersebut.

Berdasarkan wasiat:

  • Anak yang pertama mandapat separuh (1/2) daripada 17 ekor kambing tersebut. 
  • Anak yang ke dua pula mendapat satu per tiga (1/3) daripada 17 ekor kambing 
  • Anak yang ke tiga mendapat satu per sembilan (1/9) daripada 17 ekor kambing. 
Pergaduhan terjadi apabila anak yang pertama cuba mengambil bahagiannya. Bagaimana 17 ekor kambing mahu dibahagi kepada dua bahagian. Pasti ada seekor kambing malang yang menjadi korban kerana dipotong dua… Itu belum lagi kambing yang harus dibahagi 3 atau sembilan…:(:(
Lalu mereka memutuskan untuk berjumpa seorang ahli bijak pandai. 
Setelah mendengar cerita tentang pembahagian harta oleh tiga beradik itu, ahli bijak pandai tersebut memberikan seekor kambingnya kepada mereka. Maka jumlah kambing sekarang menjadi 18 ekor (17 ekor + 1 ekor)
Setelah itu barulah mereka dapat membahagikan kambing-kambing tersebut mengikut wasiat yang telah ditetapkan.
  • Anak yang pertama mendapat 1/2 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/2 = 9 ekor kambing
  • Anak yang ke dua mendapat 1/3 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/3 = 6 ekor kambing.
  • Anak yang ke tiga mendapat 1/9 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/9 = 2 ekor kambing.
Cuba kita kira kembali berapa ekor kambing yang terlibat:
9 + 6 + 2 = 17 ekor. Maka, yang seekor yang terlebih itu dipulangkan kembali kepada ahli bijak pandai yang mereka jumpa tadi. 
Masalah pun dikira selesai.
Pengajaran daripada cerita ini:
  • Tiap-tiap masalah yang datang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma harus bertenang dan mencari kaedah yang terbaik.
  • Kadang kala, kita perlu mengaplikasi pemikiran luar kotak (think out of the box) untuk mencari solusi terbaik terhadap masalah yang kita hadapi.
  • Merujuk pada orang yang lebih pandai atau mempunyai mentor mungkin juga satu alternatif untuk memberi idea ke atas jalan penyelesaian kepada masalah kita.
  • Bermuafakatlah sekiranya masalah tersebut melibatkan ramai orang. Sepakat membawa berkat.
Sekian. Wassalam.
Sumber: Whatsapp
Pic: Google

23 thoughts on “Solusi”

    1. @Kak Paridah : Salam Jumaat Kak Paridah. Betul tu. Sepakat penting dalam segala hal ๐Ÿ™‚

      @Cilembu Thea : Saya sepakat juga Mang ๐Ÿ™‚

  1. Kisah inspiratif di Jumat mulia ini membuat saya merenung ketika hendak beranjak melaksanakan sholat Jumat.
    semoga kita selalu berada dalam kasih sayang-Nya…aaaamiiiiin

  2. Ketamakan dan keegoan adalah punca sesuatu perkara susah nak dpt jln penyelesaian. Penglibatan pihak tengah mmg perlu klu dah mcm tu.. Perkongsian yg bermanfaat utk kita semua renungkan bersama. Salam Jumaat Fidah.. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply