Sambal Ikan Bilis dan Petai




Assalamualaikum

Demi menyahut cabaran kawan di office yang mengatakan ruangan resipi di blog ini terlalu ‘sepi’, maka hari ini saya akan kongsikan resipi Sambal Ikan Bilis dan Petai. Kebetulan jiran sebelah rumah ada memberikan beberapa papan petai, dapat juga dibuat sambal. Rezeki tu, orang kata…

Resipi:

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (dibersihkan dan di goreng)
  • 15- 20 tangkai cili kering (dikisar)
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • Petai (ikut suka – saya guna dalam 3 papan petai)
  • Setengah mangkuk kecil air asam jawa
  • 1/4 mangkuk kecil santan (optional – tapi santannya jangan pekat sangat)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar (kalau ikut petua arwah emak saya, tumis sampai garing dan terbit minyak)
  • Masukkan sedikit air asam jawa (boleh ditambah air jika sambal terlalu kering)
  • Masukan petai
  • Masukkan ikan bilis yang telah digoreng
  • Masukan garam dan gula
  • Tunggu hingga masak
  • Masukkan santan (optional)
  • Tunggu hingga masak dan mengikut kepekatan yang disukai.
  • Sedia dihidangkan
Nota : Untuk sambal ini, saya letak gula dan santan supaya ada rasa sedikit manis dan lemak.

Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam

28 thought on “Sambal Ikan Bilis dan Petai”

  1. boleh cuba resepi sis ni nanti… awak tau hari tu masa hubby balik.sy adalah masak sambal petai ni..dia kata tak sedap..hahaha… nti nk cuba yg ni lah…:)

    1. admin says:

      Sila2…
      Terima kasih Atie πŸ™‚

  2. hainom OKje says:

    Ohhh FS masak sambal tumis buh santan ngan halia yeh…..
    Boleh cuba nanti ni…..

    1. admin says:

      Letak santan memang selalu untuk sambal2 yang macam ni..termasuk jugak sambal nasik lemak (untuk hasil lemak berkrim yang double triple..hehe)
      Kalau halia tu, ikut mood jugak. Kadang letak, kadang tak…
      Thanks Okje πŸ™‚

  3. Wida Zee says:

    Lebih suka makan jengkol ketimbang pete. Jengkol menurutku lebih enak miss fidah πŸ˜€

    1. admin says:

      Saya suka juga petai ni. Sedap…hehe
      Thanks Miss Wida πŸ™‚

  4. paridah says:

    sedapnya sambal petai fidah…kena cuci bilik mandi lepas ni pula ya fidah.

    1. admin says:

      Itu kira macam side effect Kak Paridah…hehe
      Bersih bilik air lps tu.
      Thanks ya πŸ™‚

  5. ho..ho..macam sedap sahaja tu..

    1. Khir Khalid says:

      Tak de macam HB… mmg sedap.. πŸ˜€

    2. mrhanafi says:

      yalah tuan..kuasa gambaran minda itu menyebab tuan dah yakin walaupun belum rasa masakan puan Fidah lagi..

    3. admin says:

      Dah masuk kategori ibu-ibu, kena lah masak…hehe πŸ™‚
      Thanks

  6. Sobri Yaacob says:

    ruangan blog terlalu sepi sis..
    untunglah ada gak kawan opis baca ya.. saya
    ni tlis blog fmily n kawan pun x tau,,,
    klau tau nasib la tu πŸ˜›

    1. admin says:

      Kawan2 yang rapat aje tau Akak ada blog.
      Kadang-kadang tu segan jugak nak bagi tau orang..huhu

  7. Khir Khalid says:

    Memang sedap ni.. tak boleh di nafikan.. mmg feveret lah ni.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Sila tengok…:D
      Thanks Khir

  8. Mangs Aduls says:

    Meskipun kata orang petai bau. tapi kenapa saya suka.
    cuman g enak kalau sudah asam urat. heheh

    1. admin says:

      Walaupun bau, sambal petai memang kesukaan kami sekeluarga.
      Terima kasih kunjungannya πŸ™‚

  9. Gee Lion says:

    amboi.. ni memang sengaja nak memancing selera di kala tengahari buta mcm ni.. =D tunggu saya pulak buat, macam mana jadinya yer kak fidah.. hehe..

    1. admin says:

      Jangan lupa jemput akak makan kalau Gee masak nanti. Nak merasa air tangan ni..
      Thank Gee πŸ™‚

  10. cinta hati saya ni . klu mkn kat luar , ada menu ni , mmg order … teringat pokok petai kat kg …

    1. admin says:

      Feveret family saya jugak. kalau sambal udang petai pun sedap jugak

  11. saya nyerah deh kalo harus berurusan sama sambel apalagi ditambah ikan huahua

    1. admin says:

      boleh di coba resep nya.
      Terima kasih atas kunjungan

  12. Sy ni kalu ada petai kureng sket πŸ˜‰

    1. admin says:

      Ada juga org yg tak suka kerana bau nya..huhu
      Thanks Anies πŸ™‚

  13. waah, terimakasih resepnya mak cik

  14. Tanpa Nama says:

    Dividen ASB. Bagaimana urus cukai.

Leave a Reply

Related Post