Uncategorized

Pakcik Yang Jujur

Pada suatu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika lalu di kawasan tasik, Pak Ali jauth tergelincir dan kapak buruknya tercampak ke dalam tasik itu. Pak Ali berasa sangat sedih kerana kehilangan kapaknya. Tiba-tiba muncul Sang Pari-pari tasik.

Pari-pari : Kenapa dengan engkau?
Pak Ali   : Kapak ku terjatuh ke dalam tasik

Pari-pari itu pun menyelam ke dasar tasik dan kembali bersama sebilah kapak perak.
Pari-pari  : Ini kah kapak kamu?
Pak Ali    : Tidak

Pari-pari itu pun menyelam lagi ke dasar tasik dan kembali bersama dengan sebilah kapak emas
Pari-pari : Ini kah kapak kamu?
Pak Ali   : Tidak. Kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari itu pun menyelam lagi ke dalam tasik dan muncul bersama kapak buruk Pak Ali.
Pari-pari: Ini kah kapak kamu?
Pak Ali  : Ya betul. Inilah kapak aku.
Pari-pari itu sangat suka dengan sikap Pak Ali yang jujur lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Di hari yang lain pula, Pak Ali berjalan-jalan bersama isterinya di tepi tasik itu. Tiba-tiba isteri Pak Ali jatuh ke dalam tasik tersebut. Pak Ali duduk kesedihan di tepi tasik itu kerana tidak tahu berenang untuk menyelamatkan isterinya. Tiba-tiba muncullah Sang Pari-pari yang sama.
Pari-pari: Kenapa engkau bersedih?
Pak Ali  : Isteri ku jatuh ke dalam tasik

Pari-pari itu pun menyelam ke dalam tasik dan muncul bersama Emma Maembong

Pari-pari : Inikah isteri kamu?
Pak Ali   : Ya..ya..Inilah isteri ku (Pak Ali menjawab sambil menangis)

Emma Maembong

Pari-pari itu berasa sangat marah mendengar jawapan Pak Ali.
Pari-pari : Sungguh ku tak sangka. Kau yang jujur satu ketika dulu, telah pun menjadi tamak.
Pak Ali   : Aku bukan tamak. Kalau aku katakan ‘tidak’ pada Emma Maembong, kau akan bawakan pula Luna Maya. Dan kalau aku katakan ‘tidak’ juga pada Luna Maya, barulah kau bawakan isteriku. Apabila aku katakan ‘ya’ pada isteriku, kau akan berikan ketiga-tiganya pada ku. Sesungguhnya, aku yang miskin ini tidak mampu untuk menanggung mereka semua. Sekarang ini, macamlah kau tak tahu, semua barang dah mahal. Ada GST pulak. Harga petrol pun semakin naik…..hohoho

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google
Cerita asal: FB

42 thoughts on “Pakcik Yang Jujur”

    1. Yang mana Miss Wida?. Yang paling atas itu gambar kartun pak cik tua. Yang di bawah itu gambar artis Malaysia (seorang pelakon drama dan filem). Emma Maembong namanya.
      Thanks Miss Wida πŸ™‚

  1. Hahaa.. rugilah Pak Ali.. patut amik je tiga2… lepas tu pasti bertambah semangat bekerja menambah pendapatan… gst jadi hal kecik je dah klu mcm tu huhu.. πŸ˜€ πŸ˜€

  2. Pak ali yang baik
    Jujur dan cerdik
    Ketiga kapak jadi milik
    Tapi hanya mau satu istri cantik

    Pari-pari yang unik
    Penolong yang baik
    Ada yang sedih langsung panik
    Walau sedikit nyoba bukan maksud licik

Leave a Reply