Uncategorized

Kalau Dah Merajuk

Assalamualaikum.

Pernah merajuk? Atau pernah melihat ahli keluarga, orang tersayang atau teman merajuk?
Penyakit merajuk ni boleh terjadi pada siapa-siapa saja. Baik yang tua atau yang muda. Yang besar atau kecil. Yang lelaki atau perempuan.

Kenapa orang merajuk?
Biasanya orang merajuk kerana hatinya marah. Antara sebab utama, tidak diberikan perhatian atau mungkin juga kerana berkecil hati terhadap sesuatu…..Dengan harapan, bila dah merajuk, ‘orang yang berkenaan’ akan faham bahawa dia sedang marah dan segeralah datang memujuk.
Tapi, itu hanya akan terjadi kalau ‘orang yang berkenaan’ tu faham. Kalau ‘orang yang berkenaan’ tidak faham, atau buat buat-buat tak faham…..eeeerrrmmmm sendiri mau ingat lah. Silalah pujuk diri sendiri, ok…huhu

Apa nak buat kalau ada teman/kawan/member yang merajuk?

  • Biarkan seketika. Tunggulah hatinya sejuk dulu. Kalau orang sedang marah, memang selalunya hilang pertimbangan. Takut lebih buruk pula keadaannya nanti. Tapi, janganlah lama sangat. Silap-silap anda pula terus diabaikan.
  • Bersangka baik. Fikirlah secara positif. Mungkin rajuk kawan anda itu bersebab. Jangan terus ingat dia mengada-ngada pulak. Mungkin dia kurang perhatian, mahukan pendapatnya di terima atau sekali sekala mahu anda memujuknya….Silalah jalankan peranan anda sebagai kawan/teman ya…
  • Jaga bahasa dan tatasulisa. Gunakanlah bahasa yang baik dan ‘sejuk’ didengar ketika memujuk. Kalau dia memang kawan/teman baik anda, mungkin juga ada panggilan atau gelaran manja sesama anda…Pujuklah dia dengan nama manja tersebut…huhu….Gunakan jika perlu
  • Ketepikan ego anda. Mungkin memang kawan anda yang berbuat silap. Tapi, tidak salah juga anda yang datang memujuk demi membaiki keadaan dan menjaga persahabatan. Ego? Semua orang ada. Namun, tidak salah juga kalau sekali sekala anda membuang ego tersebut. Malah, mungkin anda lebih dihormati dan disayangi oleh kawan/teman kerana berjaya membuang ego tersebut serta menjadi pemujuk yang baik.
  • Curah perasaan. Berterus terang dan melepaskan apa yang terpendam. Itu juga perlu untuk sebuah persahabatan yang jujur. Berkongsi apa-apa perasaan yang tidak puas hati mungkin boleh menjadi ubat penawar untuk kita terus memperbaiki diri. Bukankah kita dan kawan/teman saling memerlukan dan melengkapi untuk kehidupan seharian? Baik di dunia pekerjaan atau di mana-mana sahaja, kita memang memerlukan kawan/teman yang baik berada disekeliling kita. Kalau tidak, tak kanlah dia boleh jadi kawan atau teman kita kan…
Ok. Itu sahaja tip-tips untuk memujuk orang yang sedang merajuk. Selamat mencuba
Sekian. Wassalam.

Image : Google

25 thoughts on “Kalau Dah Merajuk”

    1. Saling memahami dan bertolak ansur….begitulah sepatutnya
      Walau tak semua merajuk harus dipujuk…tapi, kalau ada yang pujuk..ok jugak tu… πŸ˜€
      Thanks Kak Paridah

  1. berikan masa dan ruang utk dia menyejukkan hati . klu hatinya tak tersentuh , pasti tak merajuk … ada juga merajuk sbb dah biasa di manja aka dipenuhi segala kemahuannya . sekadar mahu dipujuk …

  2. Salam pkenalan…singgah sini n terus folow…

    Org rumah sy dulu kuat mrajuk..skang dh kurang sbb dia tau sy xpandai mmujuk…huhu..

  3. Nampaknya boleh cuba tips ni kalau ada yg merajuk ni. Okje kalau merajuk ngan cik abang sanggup tak cakap sehari semalam ……geram punya pasal hihi…Tunggu dia pujuk, nampaknya hari pun mlm baliklah ….huhu….

  4. orang lelaki kalau merajuk kena biarkan dia reda. orang perempuan pula kalau merajuk kena pujuk terus. kalau dibiarkan makin menjadi-jadi merajuknya hehehe pendapat saya la hihii

Leave a Reply