Cara Atasi Tumit Pecah




Assalamualaikum

Pernah tak pergi kenduri kendara dan kena duduk bersimpuh? Dari baju, tudung, aksesories semua dah cantik ayu, tapi kalau di lihat pada tumit kaki..alamak!!!!..pecah-pecah lah pulak…huhu

Masalah tumit pecah sering berlaku pada wanita tanpa mengira usia. Baik yang anak gadis, mak-mak orang, acik-acik dan juga nenek-nenek, semuanya berpotensi untuk mengalami masalah ini. Biasanya rekahan ini berlaku pada kawasan tumit kaki. Namun, jika tidak di rawat dengan kadar segera, boleh juga melarat hingga ke sekeliling tapak kaki.

Sebenarnya bergantung pada penglihatan dan pandangan masing-masing. Tapi, ramai yang berpendapat rekahan di bahagian ini mencerminkan diri empunya kaki tidak peka pada kebersihan dan kecantikan. Penampilan juga boleh terjejas terutamanya pada golongan yang suka bersandal atau berkaki ayam…

Antara sebab mengapa rekahan pada tapak kaki boleh terjadi?

  • Kekurangan air. Kulit akan menjadi kering jika kita kekurangan air. Jadi silalah minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. 
  • Pertambahan berat badan. Kaki yang comel dan mungil ini kadang kala tidak dapat lagi untuk menampung beban berat badan yang semakin meningkat. Cara paling efektif untuk mengatasinya adalah dengan mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai atau terlalu ketat. Oleh itu, silalah cari kasut atau sandal yang sesuai dan selesa dipakai.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan juga boleh menyebabkan kecederaan pada kulit. Jadi, jangan lupa pakai stoking ketika bersukan.
Ada juga beberapa cara lain untuk mengatasi rekahan pada tumit kaki:
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai. Cara ini dapat menanggalkan sel mati dan melicinkan kulit.
  • Sapu tumit atau bahagian kaki yang bermasalah dengan losyen atau minyak vitamin E terutamanya sebelum tidur.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah. Ada juga yang menggunakan buah mengkudu (di belah 2 dan digosok pada tempat yang bermasalah)
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit kaki, kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Gosok tumit kaki setiap kali mandi.
  • Digalakkan memakai selipar / sandal di dalam rumah.
Selamat Mencuba.
Semoga tumit serta tapak kaki anda sehalus kulit bayi ๐Ÿ™‚
Sekian. Wassalam.
Gambar : Google
Sumber : Pelbagai

28 thought on “Cara Atasi Tumit Pecah”

  1. hainom OKje says:

    Seram tengok tumit tu FS hihi….. Walaupun hakikatnya kaki sendiri pun pecah jugak ni. Krim tuk kaki Ellgy tu mmg bagus dan berkesan. Cuma okje lama tak beli jer….

    1. admin says:

      Seram kan…
      Kadang-kadang, ada jugak problem ni. Selalunya guna losyen je..Alhamdulillah ok
      Thanks okje ๐Ÿ™‚

  2. Wahhh petua berguna kak fidah ! boleh digunapakai kalau tumit pecah… sha ni sometimes especially kalau pijak lantai berhabuk, mesti akan pepecah tumit kaki… bukan kat situ je.. tapak kaki pun mengelupas…. hee ~

    1. admin says:

      Boleh guna selipar kat dlm rumah Sha…kadang2 kaki ni sensitif and manja siket…:)
      Thanks

    2. Betul petuahnya bijak
      Buat kaki nyaman memijak
      Kemana hati hendak

    3. admin says:

      Inilah caranya
      Supaya kaki memijak selesa
      Berjalan penuh gaya ๐Ÿ™‚

  3. Saya jarang berkaki pecah tapi pernah sesekali
    Ya kugosok pake batu sungai
    Atau sekedar kugosok kelantai
    Dikamar mandi ketika mandi

    1. admin says:

      Cara mu bagus sekali
      Penjagaan kaki dengan teliti
      Hasilnya pasti puas hati ๐Ÿ™‚

  4. paridah says:

    kaki pecah ni sakit..kena rajin makan buah n sayur tu..

    1. admin says:

      Lepas ni..kena makan buah banyak2 lah..
      Thanks Kak Paridah ๐Ÿ™‚

  5. saya tengok tumit.kaki dulu..

    1. admin says:

      Tengok…jangan tak tengok

  6. alhamdulillah tak berlaku lagi . suka dgn buah mengkudu tu sbb kat kg ada byk tapi x tau nak buat apa …

    1. admin says:

      Cubalah…moga2 hasilnya memuaskan.
      kalau saya, buah mengkudu ada kat rumah kat kampung aje..susah juga nak cari stok..

  7. Gambar tu sama macam tumit kaki saya. Lagi satu nak tambah, kalau selalu basuh baju manual pun boleh jadi punca kaki pecah sebab kaki 'dimakan' simen kata orang tua-tua. Hehe

    1. admin says:

      Pernah jugak dengar org cakap macam tu..'kaki kalah dengan simen'…huhu…

  8. Gee Lion says:

    selalu kalau sy ternampak seseorang dgn tumit macam ni, perkara pertama yg terlintas adalah orang ni banyak kerja keras dlm hidup dia.. huhuhu.. tak ponah lah terfikir yg dia tak cukup air dlm badan.. huhuhu…

  9. Kalu blk kg tumit sy mesti berubah. Memula fikir ianya sbb biasa.da lama2 br tau mgkn sbb alah dgn simen

  10. Kaki bunda memang tak tahan simen….memang sentiasa pakai selipar dalam rumah..

    1. Orang dulu selslu gosok kaki/tumit kat simen bilik mandi yang kasar selain dari batu sungai..

  11. devina putri says:

    tips yang bermanfaat mbak.Terimakasih sudah share ๐Ÿ™‚

    1. admin says:

      Terima kasih atas kunjungan

  12. Nurul sensitif skit dengan lantai yang sejuk, mesti pecah tumit kaki.. kena pakai alas kaki dalam umah dan pakai stokin time tidur.. nyamannn

  13. saya suka guna cream yg avon punya..
    mujarab..cracked heel cream

  14. kaki retak seribu…

  15. Wida Zee says:

    Biasanya hal seperti ini bisa di alami oleh orang tua atau orang yang kurang memperhatikan kesehatan pada kaki. Untuk menghindarinya selalu gunakan lotion dan menjaga kesehatan kulit kaki ๐Ÿ™‚

  16. Dunia Zumal says:

    Zumal guna lotion jer…

  17. saya sudah mencoba dan hasilnya …

    Nonton film gratis

Leave a Reply

Related Post