Hobby Recipes

Asam Pedas Johor

Assalamualaikum
Bila tengok orang lain masak asam pedas, teringin juga nak makan. Maklumlah, tekak orang Johor. Nasib baik jumpa ikan di pasar pagi tadi. Lagi pun, sejak ada GST ni, kenalah rajin-rajin masak sendiri..kan..kan..
Resipi Asam Pedas Johor (Ikan Tenggiri)
Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan tenggiri
  • 10 ke 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup (atau 1 sudu teh serbuk kunyit)
  • 1 cm belacan (tapi saya tak guna belacan kerana kesan-kesan allergic..huhu)
  • 1 tangkai daun kesum 
  • 4 biji kacang bendi
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam (dan sedikit gula) secukup rasa – bergantung pada tekak masing-masing
  • 1 senduk besar (atau sesuai bahan) minyak untuk menumis 
  • 2 cawan air (atau bergantung pada kepekatan kuah – mengikut selera). Kalau saya, suka kuah asam pedas yang sedikit pekat.

Cara-cara:

  • Kisar cili kering, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan belacan.
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing dan terbit minyak
  • Masukkan air, air asam jawa dan daun kesum.
  • Masukkan ikan – tunggu hingga masak.
  • Masukkan garam (dan sedikit gula – sebagai perasa sahaja, kalau tak letak gula pun ok. Kalau letak gula, jangan sampai macam nak buat air kopi pulak…huhuhu). 
  • Tunggu hingga kuah pekat sedikit.
  • Masukkan kacang bendi.
  • Sedia dihidangkan.
Sekian. Selamat Mencuba πŸ™‚
*Sorry, presentation gambar kureng….Mak Jemah tak reti ambik gambar πŸ™

31 thoughts on “Asam Pedas Johor”

  1. saya pula x suka letak belacan sbb dr kecik mmg my bunda masak asam pedas x letak belacan . setahu saya yg letak belacan ni asam pedas melaka … lagipun klu letak belacan bau tak sedap dan saya masukkan juga bunga kantan … asam pedas saya asal batu pahat … heeee

    1. Tak pernah cuba asam pedas daging atau ayam…selalunya buat asam pedas ikan..
      good idea jugak ni Bunda..boleh try test πŸ™‚

Leave a Reply