Quote 1 : Kepercayaan




Assalamualaikum
Dah lama tak update blog. Berabuk dah….huhu
Masa membelek-belek koleksi quotations yang saya simpan tadi, terjumpa pulak dengan quotation ini. Segalanya tentang kepercayaan atau trust.

Sorry works when a mistake is made, but not when trust is broken.
So in life, make mistakes but never break trust.
Because forgiving is easy, but forgetting and trusting again, is sometimes impossible.

Mahalnya harga sebuah “kepercayaan”.
Kepercayaan merupakan satu konsep yang diaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita memberikan kepercayaan atau diberi kepercayaan oleh orang-orang disekeliling contohnya pasangan, kawan, boss, pekerja dan sebagainya.
Bayangkan dalam keadaan kita sudah tidak mempercayai atau dipercayai lagi. Tentu sedih kan?
Dan untuk mengembalikan kepercayaan itu, mungkin tidak semudah meminta maaf. Bergantung kepada keadaan, ianya mungkin mengambil masa yang lama atau tiada lagi peluang untuk diberi kepercayaan.
Jadi, hargailah kepercayaan yang diberikan…selagi ada.

“It took years for us to give trust, but it took just a few seconds to destroy it”

Sekian. Wassalam.

38 thought on “Quote 1 : Kepercayaan”

  1. Khir Khalid says:

    Sesungguhnya kepercayaan itu satu anugerah.. Manusia tidak lari dari kesilapan tetapi kepercayaan adalah amanah sesama insan yg perlu kita jaga. Semoga kita semua sentiasa menghargai dan menjaga kepercayaan yg diperolehi.. in shaa Allah..

    1. Fidah Shah says:

      Kepercayaan satu anugerah..bukan senang untuk mendapat kepercayaan.
      Semoga kita sentiasa menghargai kepercayaan yang diberikan

  2. Ai Wida says:

    Ketika tidak di percayai lagi sama orang yang membuat nyaman entah itu atasan, teman, keluarga pacar sekalipun, disitu kadang saya merasa sedih :')

    1. Aldino Sya says:

      eiii yg baru bertandang di rumah calon mertua.. oleh2nya mana niih..
      sy tau kok..! yeeeee…

    2. Fidah Shah says:

      @Ai Wida : memang sedih jika kepercayaan sudah tiada. Apa lagi jika kepercayaan itu datangnya dari orang yang rapat dengan kita.

      @Aldino : Mari kita doakan semoga ada berita gembira dari Miss Ai tidak lama lagi…Moga selamat ya…aamiin

  3. Aldino Sya says:

    focus and win..!
    sedikit curhat..Kak..huhuhu..

    dulu kak,. dengan susah payah saya membangun dan mencoba pertahankan sebuah kepercayaan, namun upaya kepercayaan yang saya bangun ini, berujung kecurigaan..
    sakitnya tuh di sini Kak,

    tak kenal malam.. siang.. saya fokuskan bagaimana yang saya jalani untuk kebaikan bersama.. yaaa tak ape-apelah.. namanya juga manusia.. dimaklumi saja.. mungkin ada hal-hal yang tidak kita ketahui..

    1. Fidah Shah says:

      Jangan sedih2..keep smile Jenk Aldini ๐Ÿ™‚

      Kita merancang, tapi Allah maha menentukan. Moga akan digantikan dengan yang baik dari apa yang diinginkan dan impikan…aamiin

  4. Betul tu Fidah… kepercayaan tu tersangat penting.. terasa bosan bila asik dicurigai pada benda yang takde.. tension! huhuu

    1. Fidah Shah says:

      Kepercayaan sangat penting…memang stress jika sentiasa dicurigai, buat apa pun tak kena…

    2. Fidah Shah says:

      Nurul, sorry tk dpt komen kat sana buat sementara ni. Hv some problem with my G+ acc.. ๐Ÿ™ ๐Ÿ™

  5. Nak dapatkan kepercayaan dari someone tu bukan senang. Perlukan masa yang panjang juga kadang-kadang tu.

    1. Fidah Shah says:

      Setuju. Bukan senang utk mendapatkan kepercayaan…harus di bina dan dipertahankan.
      Tapi untuk memusnahkannya..sekejap saja..

  6. paridah says:

    ASSALAM…SEKALI KEPERCAYAAN DIKHIANATI ALAMATNYA TIADA MAAF BAGIMU…

    1. Fidah Shah says:

      Aaarrrggghhhhh!!!…kejam..huhu

  7. paridah says:

    ASSALAM…SEKALI KEPERCAYAAN DIKHIANATI ALAMATNYA TIADA MAAF BAGIMU…

    1. Fidah Shah says:

      Waalaikumsalam Kak Paridah.
      Apa yang paling sedih tentang 'dikhianati' ….. ianya tidak datang dari musuh, tapi datangnya dari orang yang kita percaya dan sayang…

      ***itu pepatah yang bagi tau..bukan saya..huhu

  8. hilang kepercayaan adalah punca kepada masalah lain dala setiap hubungan..

    1. Fidah Shah says:

      Setuju. Masalah besar dalam sesebuah perhubungan jika tidak saling memparcayai. Thanks HB

    2. terlalu percaya susah juga kerana ia memburukkkan lagi keadaan..

    3. Fidah Shah says:

      Perlu ada juga perasaan syak wasangka sekali sekala…bukan suruh jadi polis. Tapi, cemburu…tanda sayang, kannnn
      thanks HB

    4. rasa macam perlu sahaja nasihat ini untuk saya..he..he..

  9. hainom OKje says:

    Betul tu FS, bukan mudah memegang status dipercayai ….. sekali tersilap langkah sampai bila bila org tak akan percaya.
    So janganlah berani nak buat onar kalau org dah percaya tu hihi….

    1. Fidah Shah says:

      Buat onar jangan sekali…
      Kepercayaan tidak boleh dijual beli
      Thanks okje

  10. saya sendiri bila org musnahkan kepercayaan yg saya beri , layanan saya padanya jadi hambar . jadi, jagalah kepercayaan yg diberi sebaik mungkin …

    1. Fidah Shah says:

      kepercayaan…harus dijaga..
      once broken..tampal2 pun tak kan sama..
      tq CM

  11. imm hassan says:

    salam kenal..singgah blogwalking kat sini โ˜บ

    1. Fidah Shah says:

      Salam kenal juga.
      Thanks singgah sini

  12. Betul tu, terutama dalam kehidupan berumah tangga…

    1. Fidah Shah says:

      Betul…harus saling mempercayai
      Thanks Bunda ๐Ÿ™‚

  13. paridah says:

    selamat berhujung minggu fidah…

    1. Fidah Shah says:

      Selamat berhujung minggu juga kak paridah..thanks ๐Ÿ™‚

  14. Setia pada kepercayaan
    Kunci kesuksesan
    Mendapat keinginan
    Bernilai harga berlian…

    1. Fidah Shah says:

      Kepercayaan sangat berharga
      Lebih tinggi nilainya
      Dari emas dan permata

      Thanks Mba Ayu ๐Ÿ™‚

  15. mama amir says:

    suka quote yang last tu : "It took years for us to give trust, but it took just a few seconds to destroy it"

    1. admin says:

      Kepercayaan yang dibina selama ini, kadang kala boleh musnah sekelip mata hanya dengan satu kesalahan 'bodoh'…sedih kan jika terjadi macam tu..
      Thanks MPA

  16. Hilang kepercayaan pd sy seolah hlg separuh nyawa

    1. admin says:

      Setuju…
      Sakitnya nak hidup kalau orang dah tak percayakan kita

  17. Semua berita yang ada di website anda sangat menarik perhatian untuk di simak, salam sehat. . . !! Semoga beritanya dapat bermanfaat! share ya gan, thanks nih!!

Leave a Reply

Related Post