Johor…Negeri Ku





Berikutan dengan pertabalan Sultan Johor dan Permaisuri Johor, ada begitu banyak artikel-artikel tentang Negeri Johor. Saya juga dengan banggannya ingin memberi tahu yang saya juga adalah orang Johor.
Walaupun sekarang sudah menetap di Selangor, saya tetap Anak Johor πŸ™‚


Saya ingin berkongsi serba sedikit fakta tentang Negari Johor:

  • Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”
  • Johor terbahagi kepada 10 daerah (Johor Bahru, Kulaijaya, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Ledang)
  • Johor di sempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura.
  • Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri (dikenali sebagai Askar Timbalan Setia) dan dibiayai oleh Kerajaan Johor sehingga kini.
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu / United Malay National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor
  • Orang Johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut di panggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok. Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
  • Orang Johor banyak menggunakan perkataan ‘eekkk’ di belakang ayat. Contoh ayat : “Awak, kita jalan dulu eekkk”.
  • Sesetengah orang Johor membahasakan dirinya ‘orang’. Contohnya ayat : “Orang nak pergi makan” walaupun nama sebenarnya adalah Aminah atau sebagainya.
  • Orang Muar (sebuah daerah di Johor) juga ada dialeknya yang tersendiri. Mereka menukarkan huruf terakhir dengan huruf  ‘O’..tapi, bukan semua perkataan.
  • Huruf ‘R’ seperti silent untuk orang Johor dibelakang kerana orang Johor tidak akan sebut JOHOR tapi JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.
  • Orang Johor juga akan menukarkan perkataan yang akhirnya ‘AR” dengan ‘O’. Contoh ayat : “Saya TAMPO awak”…(instead of TAMPAR)….huhu
  • Orang Johor sebut menguap sebagai sangap
  • Orang Johor sebut berdating sebagai ‘Berendut’. Kalau boyfriend atau girlfriend pun dipanggil ‘Endut’. Contoh ayat : “Aku nak jumpa endut aku”
  • Kita memperkenalkan resipi Mee Bandung, walau mee ini tiada kaitan dengan Bandung yang terletak di Indonesia. Selain daripada itu, laksa Johor, Mee Rebus dan Nasi Bariyani Gam adalah makanan yang popular di Johor.
  • Telur pindang adalah makanan orang Johor. Telur ini amat terkenal sewaktu majlis kenduri perkahwinan.
  • Negeri Johor adalah negeri terakhir mendapat Residen.
  • Daerah PONTIAN (sebuah daerah di negeri Johor) letaknya di penghujung PENGHUJUNG BENUA ASIA……Kampung saya tu!!
Sekian. Wassalam.

35 thought on “Johor…Negeri Ku”

  1. bangga jap jadi anak jati johor.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Saya pun bangga jadi anak Johor..
      Thanks Aida πŸ™‚

  2. paridah says:

    ASSALAM…KAK PERNAH DUA KALI KE JOHOR N SGT KAGUM DGN KEPESATAN KEMAJUAN NEGERI TU TERUTAMA DI KWSN PERTEMPATAN FELDA DI BKT TINGGI ..DI MUO SINGGAH BELI DURIAN, DI AIR ITAM BORONG SERAMIK, DI MERSING BELI IKAN KERING, DI SEGAMAT BELI UDANG GALAH…SEPANJANG JLN ADA TEMPAT PERHENTIAN YG MENYENANGKN UTK MNIPISKN RM..HEH..HEH..

    1. admin says:

      Boleh borong banyak pasu bunga kat situ Kak Paridah…
      Kalau RM nipis..boleh ambik lagi kat ATM machine…hehe

  3. Maria Firdz says:

    Hehe… Sy khwin org johor… Ye la tu kot… Hehe..

    1. admin says:

      Best kan Johor….especially masa raya..
      Thanks Maria πŸ™‚

  4. Bunda belum pernah sampai keJohor…tapi ramai kenalan orang Johor…ada sorang anak angkat Bunda juga orang Johor…

    Bunda suka puisi Usman Awang tu…

    1. admin says:

      Terima kasih atas kunjungannya Bunda.
      Singgahlah ke Johor..ada banyak perkara menarik di sana..especially bariyani gam batu pahat..terbaek…

  5. Khir Khalid says:

    Johor tetap di hati.. bangga jadi anak Johor di perantauan. Org Johor org yang tabah dan berwawasan jauh.. πŸ™‚

    1. admin says:

      Ya Betul..Nora bagi 5 Bintang!! ;D

  6. saya juga anak jati johor yg merantau …

    1. admin says:

      Hidup Johor..Luaskan Kuasa mu

  7. Sifat-sifat orang johor santun
    menikam dengan pantun
    Senyumnya bagai embun
    Merendah dan anggun

    1. admin says:

      Anak Jati,
      Bangga sekali
      Moga negeri ini
      Aman harmoni

  8. Johor sebuah tempat yang belum saya datangi semoga suatu hari bisa kesana , KL dan lainya sudah

    1. admin says:

      Sila lah datang ke negeri saya. Pasti ada banyak perkara-perkara menarik di sana.
      Terima kasih atas kunjungan. Salam Kenal πŸ™‚

  9. Mangs Aduls says:

    Mudah mudahan kita bisa bersilaturahmi.

    1. admin says:

      In shaa Allah. Moga silaturrahiminya kekal
      Terima kasih atas kunjungan
      Salam kenal πŸ™‚

  10. kalu nk tau 1st time sy dtg johor ms umur sy 17 thn πŸ˜‰ wpn johor tu cuma sblh negeri sy…

    1. admin says:

      Datang le lagi negari kita…hehe
      Thanks Anies πŸ™‚

  11. rasa bangga jadi anak johor..saya di kota tinggi ^_^

    terima kasih berkongsi

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    1. admin says:

      Hidup Johor
      Luaskan Kuasa Mu
      Terima ksih atas kunjungan πŸ™‚

  12. Tumpang bangga juga duk kat Johor ni .. haha…

    1. admin says:

      Johor Best..
      Thanks Nurul πŸ™‚

  13. Lynn Munir says:

    Johor masih dalam kenangan Fidah, walaupun dah lama berhijrah ke Selangor.
    Johor masih etap di hati.

    1. admin says:

      Johor di hati Kak lynn…tq πŸ™‚

  14. hainom OKje says:

    Negeri ku jua FS…… Muo daerahku….hihi….Fakta tu mmg sesungguhnya benar.
    Hidup Joho! Hidup Joho !

    1. admin says:

      Hidup Joho..Luaskan Kuasa mu..

  15. Aidil Cakep says:

    luar biasa ya kota johor indah dan sejuk, orang orang nya juga berbudi pekerti, andai saja saya bisa hidup disana, pasti akan bahagia ya kak πŸ™‚

    1. admin says:

      In shaa Allah..
      Sila lah berkunjung ke sini
      Terima kasih Mr Aidil atas kunjungan di blog saya πŸ™‚

  16. SalbiahM says:

    saya orang Muor..memang perasan slang tukar 'ar' kepada 'o' tu ada kat kitorang je.orang kata sebab orang Muar banyak asal Bugis.

    1. admin says:

      Hidup Joho!!…
      Thanks Sal..i love Joho

  17. Tanpa Nama says:

    suka dengan sifat yang ada dalam foto. kayaknya memang orang johor termasuk orang yang simple dan gak repot juga ya. yang jelas terbuka untuk persahabtan.

  18. nana sorfina says:

    Semua yg dikata tntng org johor tu mmg btul sgt2.saya dr kecik smpai skrg dh 42 tahun masih membahasakn diri orang kalau brckp

  19. nana sorfina says:

    Semua yg dikata tntng org johor tu mmg btul sgt2.saya dr kecik smpai skrg dh 42 tahun masih membahasakn diri orang kalau brckp

Leave a Reply

Related Post