Cerita Kopi

Kopi dan Peribadi

Assalamualaikum

Anda penggemar kopi?
Kalau anda pengemar kopi, samalah seperti saya.

Kalau minum kopi di rumah, cara penyediaannya mudah saja, sama ada kopi dicampur gula atau kopi dicampur susu dan dituang air panas atau air sejuk. Sangat mudah untuk disediakan mengikut selera masing-masing. Tapi kalau pergi ke kedai-kedai kopi (jenama mahal), ada banyak pulak jenis dan nama. Contohnya espresso, latte, mocha, cappuccino dan sebagainya.

Percayakah anda, jenis kopi yang anda minum juga melambangkan peribadi anda. Mari kita lihat..BETUL atau SALAH?…

  • Espresso. Merupakan kopi yang sangat pekat dan mengekalkan keaslian kopi. Ia menggunakan kopi yang banyak dan air yang sedikit sahaja. Lebih kurang macam pati kopi juga. Tiada gula, tiada susu. Sekali pekena secawan, kepala boleh berputar-putar dan boleh tahan mengantuk kaw-kaw punya.  Jika anda penggemar kopi ini, ada digolongkan sebagai seorang yang suka berkawan dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • Latte. Kopi ini dibuat dengan campuran espresso dan susu (hot milk). Biasanya disediakan dengan 50% kopi dan 50% susu (bergantung pada pembuat). Kira lebih kurang macam kopi susu. Ada juga yang meletakkan foamed milk dengan jumlah yang sangat sedikit sebagai bahan presentation sahaja…(supaya nampak macam ada buih-buih sedikit di permukaan). Jika anda penggemar kopi jenis ini, anda memang seorang yang gemar berfikir secara mendalam. Anda biasanya akan mengambil keputusan yang lebih selamat tanpa mengambil risiko besar.
  • Cappuccino. Kopi jenis ini disediakan dengan campuran espresso, hot milk dan foamed milk. Nisbahnya lebih kurang 1:1:1. Ada yang mengatakan bahawa cappuccino adalah kopi yang istimewa kerana ada effect buih-buih dipermukaan cawan. (Berbanding dengan latte, penggunaan foamed milk untuk cappuccino lebih banyak, jadi buih dpermukaannya lebih banyak). Penggemar kopi ini disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mudah bersimpati dengan orang lain
  • Mocha. Berbanding dengan espresso, latte dan cappuccino, mocha disediakan dengan mencampurkan espresso, susu dan sedikit coklat. Sikit-sikit macam Neslo (Nescafe + Milo). Jika anda penggemar kopi ini, anda adalah seorang yang kreatif. Anda bukanlah penggemar kopi tegar, tapi dengan sedikit penambahbaikan, anda boleh menikmati kopi. 
  • Americano. Hanya perlu campurkan kopi dan air. Tapi kuantitinya air lebih banyak daripada penyediaan espresso. Lebih kurang macam kopi O. Boleh juga tambah gula kalau terlalu pahit. Penggemar kopi jenis ini digolongkan sebagai seorang yang tenang dan sukakan benda-benda simple.
Kalau di rumah, saya memilih kopi O (americano / kopi hitam). Kalau minum di luar juga saya akan memilih kopi yang sama. Cuma kadang-kadang kalau ke  restoran yang ‘up’ siket, saya akan memilih honey mocha
Anda pula bagaimana?

Sekian. Wassalam.

40 thoughts on “Kopi dan Peribadi”

    1. kabarnya kopi baik utuk memperkuat jantung, tapi kebanyakan bisa meningkatkan asam labung juga ya mbak? cara mengatasinya gimana ya biar asam lambung semakin tinggi?

    1. @Aldino : Kan cewek Mas Yan dulu orang malay nama Suhaila…mesti faseh..:D

      @yanto cungkup : Bestkan…Mamak!! kopi O ais satu!

  1. OKje baru rasa espresso semalam FS….. cuit cik abe punya sikit. Mak ai pahit sungguh. OKje suka yg jarang, yg tak pekat sangat. Kalau tak mmg boleh peninglah kepala ni. Paling suka buat sendirilah sebab boleh letak banyak kopi mana yg kita nak, manis ke kurang ke…..Tetiba nak minum kopi susu pulak haih!

    1. Mak aii…saya x berani cuba espresso, takut tak boleh tido malam.
      Setuju..buat sendiri lagi senang..nak pekat, cair, manis, pahit…semua boleh adjust punya
      Thanks Okje 🙂

  2. Saya pilih Cappuchino dan Mocca tapi kalau balik kampung kopi cap bunga ros keluaran
    keluarga bugis dari Benut tu la yang paling sedap dan dicari hehehe….
    Kopi Kapal Api dan yang lain2 kat atas nu tak boleh lawan kopi kampung tu lagi.

    1. Balik kampung kena cari ni Kak Lynn..kopi cap bunga rose

      Kopi kampung memang terbaik Kak Lynn….I Like 🙂 🙂

Leave a Reply