Uncategorized

Kawan

“En Haikal…Boleh tolong hantar saya ke klinik? Saya sakit perut. Sakit sangat” Rani, seorang staff berbangsa India di office kami tiba-tiba muncul di hadapan En Haikal (di panggil Encik kerana umurnya lebih tua dari kami semua…huhu) untuk meminta tolong. Dari raut wajah Rani, (kebetulan saya berada di hadapan En Haikal ketika itu) memang nampak dia sedang kesakitan.

“OK. Kita ke Hospital Tawakkal (Kuala Lumpur) sekarang. I rasa itu yang paling dekat dan tak jam” En Haikal memberikan persetujuan. Saya juga merasa lega, sebab ada orang nak tolong Rani. Kesian juga. Nak offer pertolongan, saya juga amat sibuk ketika itu (ayat selfish – jangan ikut ya..hehe)

Tapi, selang beberapa minit kemudian HP saya berbunyi. Panggilan dari En Haikal rupanya “Hey! I need a lady..Kalau kena papah, kena pegang-pegang kat hospital tu nanti, tak kan lah i. You ikut sekali”. Saya tiada pilihan ketika itu dan terus mengikut arahan En Haikal.

Perjalanan ke Hospital Tawakkal mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sesampainya di sana, Rani terus dimasukkan ke wad kecemasan. Saya pula harus menguruskan pendaftaran Rani di hospital tersebut sementara En Haikal sibuk mencari tempat untuk memakir keretanya.

Sebenarnya saya tidaklah begitu baik dengan Rani. Apatah lagi untuk tahu tentang butiran lengkap peribadi beliau. “Alamak..macam mana nak isi borang pendaftaran ni..??.”.
Nasib baik juga Rani meminta saya memegang handbagnya. Apa lagi..’selongkar’ apa yang patut. Saya cuba mencari dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, staff id card, medical card dan apa saja maklumat untuk membantu saya mengisi borang pendaftaran. Alhamdulillah…berjaya juga akhirnya.

En Haikal muncul beberapa minit kemudian. “Registration dah settle kan? I tau you boleh handle semua”. Ceh! Sabar ajelah. Macam lah dia tak tahu betapa susahnya nak ‘selongkar’ beg si Rani dan mencari dokumen!

Agak lama juga kami menunggu Rani di wad kecemasan. Selang beberapa jam kemudian, barulah kami dibenarkan berjumpa Rani. Sakitnya agak teruk dan dia perlu di tahan di hospital untuk rawatan selanjutnya.

**(Terjemahan, tapi bukan dari bahasa tamil)
Saya : Nampaknya kena duduk hospital ni. Nak saya bagi tahu abang, kakak atau adik awak? (Saya tidak menyebut tentang suami kerana saya tahu Rani belum berkahwin)


Rani : Saya anak tunggal

Saya : Kalau macam tu, biar saya bagi tahu ibu awak.

Rani : Mak saya tak ada kat Malaysia. Sekarang di India.

Saya : Habis tu, siapa nak jaga awak kat sini?

Rani : Nanti saya call telefon nenek saya (dalam hati saya cuma terkejut. Nenek? Boleh ke nenek dia datang. Mesti nenek dia dah tua. Umur Rani pun sudah 40 an). 


Saya : Atau ada kawan-kawan awak yang saya boleh call? Mungkin boleh teman awak di sini.

Rani : Tak perlu (hisss..tak ada kawan ke dia ni?…kesian la pulak). Nanti saya call Pak Cik dan Mak Cik saya. Kalau you nak balik sekarang, i ok.

Saya : Betul ni? Perlukan apa-apa pertolongan lagi?

Rani : Tak perlu untuk setakat ini. Jangan bimbang. Terima kasih kerana tolong saya.

Setelah memastikan keadaan Rani selamat di sana dan kerana sudah hampir pukul 5 petang, saya dan En Haikal meminta diri untuk pulang semula ke pejabat.

Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan tentang Rani. Kesian. Tiada adik beradik. Tiada suami. Tiada bapa. Emak jauh. Nenek dah tua dan mungkin tak dapat menjaganya. Tiada kawan rapat. Masa sihat, mungkin tak ada masalah untuk menguruskan diri sendiri. Kalau dalam keadaan sakit macam tu, susah juga kan.

Teringat masa saya sakit suatu ketika dulu. Walaupun tiada ahli keluarga yang menemani (kerana ada hal penting yang tidak dapat dielakkan), sekurang-kurangnya saya ada kawan-kawan yang datang untuk menjaga saya di hospital. Ada kawan-kawan yang  datang melawat supaya saya tidak keseorangan. Masih ada kawan-kawan yang prihatin.
Syukur Alhamdulillah…Dan semoga hidup saya terus ditemani oleh kawan-kawan yang baik..

Terima kasih kawan…
(very special thanks to Miss Yung W.H)

Sekian.
Kisah benar @ Rabu, 28 Januari 2015

Gambar : Google

                                                     


“A best friend is someone who you can talk to, who won’t judge you, loves you for you, and, most of all, makes you feel like you are worth something”









50 thoughts on “Kawan”

    1. Syukur Alhamdulillah dengan apa yang kita ada….
      Semoga beliau cepat sembuh..
      Thanks Khir…& selamat kembali bersiaran 🙂

  1. semoga Encik Rani cepat sembuh ya Kak..!?

    yaa.. itulah yang namanya kawan. dia ada saat kita membutuhkan..
    jangan disaat senang saja dia ada..

    Kak Fidah pande berteman.. kawan-kawan Kak Fidah ada di Indo juga..addoii..! hehehe

    1. Hopefully ada kawan yang sentiasa ada masa susah dan senang..Barulah nama kawan..
      Rani dah keluar hospital..but still ada rawatan susulan
      Thanks Sal 🙂

    1. Semoga hidup sentiasa tolong menolong…
      Kadang2 dalam keadaan terdesak..kita tak tau siapa yang akan tampil tolong kita..jadi buat baik aje lah dengan semua orang
      Thanks HB 🙂

  2. Tetiba terharu dengan nasib Rani ye FS hihi…..
    Nasib awak temankan hari tu kalau tidak, kesian Rani tau…..
    Bersyukur kitakan FS, dahlah duduk di negara sendiri, punya keluarga punya ramai kengkawan lagi, sekurang kurangnya taklah sunyi

  3. Kawan yang baik juga seperti jiran yang baik. Bila ditimpa musibah,mereka yang sampai lebih dahulu sebelum keluarga kita yang lain sampai. Moga Rani cepat sembuh.

  4. betapa pentingnya seorang kawan kepada seseorang.. tak kira ketika susah atau senang pasti ada yang sudi bersama.. sebab itu pentingnya menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan..

  5. Wah, kasian juga si Rani.
    Semoga persahabatan menjadi terjalin antara mbak fidah dan rani setelah kejadian itu. ketika sanak saudara jauh dari kita, maka tetangga atau rekan itu sangat penting.

  6. AMIN mudah-mudahan selalu diberikan teman yang baik dan mau berbagi kesenangan ataupun kesedihan, mencari teman baik itu susah-susah gampang 🙂

Leave a Reply