Hadiah




Assalamualaikum

Hadiah.
Masa bila dapat hadiah?
Waktu hari jadi? Ulang tahun perkahwinan? Majlis perpisahan?

Bila dapat hadiah mesti rasa happy kan? Apa lagi kalau hadiah yang kita dapat itu memang sesuatu yang kita suka.

Teringat pada satu kisah ketika hari jadi saya yang ke 11, beberapa tahun dulu. Arwah ibu menghadiahkan seutas rantai. Suka? Mestilah….
Tapi pada suatu hari, rantai tersebut telah pun hilang. Bayangkan, betapa sedihnya saya pada ketika itu kerana kehilangan hadiah yang sangat berharga. Saya cari dan terus cari. Malangnya tidak berjumpa. Rasa sangat sedih bukan sahaja kerana nilai material rantai itu, tetapi juga kerana mengenangkan siapa yang menghadiahkan rantai tersebut dan peristiwa dimana saya dihadiahkan rantai itu. Pasti ada nilainya yang tersendiri. Jadi, secara umumnya (saya rasalah), kebanyakan orang akan sangat menghargai hadiah yang dia suka, lebih-lebih lagi kalau ianya pemberian dari orang yang disayang.

Ada juga orang mengatakan bahawa Ujian juga satu Hadiah. Hadiah dari Tuhan. Di datangkan dalam bentuk masalah dan dicampur dengan segala kepayahan. Namun jika kita memandangnya dari sudut positif dan diambil pengajaran daripadanya, ia adalah sesuatu yang penuh hikmah dan barakah. Sesuatu yang datang untuk kita belajar. Untuk di ambil teladan. Juga untuk dijadikan pedoman. Kira pengakhirannya adalah sesuatu yang baik juga.

Kalau Ujian dianggap sebagai satu Hadiah, bagaimana pula dengan caci cerca dan yang sewaktu dengannya? Sejenis Hadiah juga ke?
Mungkin bergantung pada definasi Si Pemberi juga cara penerimaan Si Penerima. Cuma, kadang-kadang, saya tidak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang. Best sangat ke dapat bagi ‘hadiah’ yang macam tu?

Sekian. Wassalam.

Pic : Google

Tags:

53 thought on “Hadiah”

  1. Udin Balap says:

    semua yang mengarah pada kita, pujian atau cacian merupakan hadiah bagi kita, juka kita mampu menyikapi hal tersebut dengan hadiah tentu kita menjadi manusia yang lebih bijaksana

    1. admin says:

      Bergantung pada cara kita menangani nya. Tapi kadang kala, berat juga nak terima sesuatu yang negatif sebagai 'hadiah'. Tahap kesabarannya harus ditingkatkan lagi…huhu
      Terima kasih kunjungannya Mr Udin πŸ™‚

    2. Aldino Sya says:

      tapi ..jgn sering2 saja kita dapat hadiah macam nih ya Kak..!,..
      tapi ada serunya juga.. biar hidup lebih hidup..:)

  2. sebuah hadiah ujian kalau kita lulus pasti akan menang

    1. admin says:

      In shaa Allah. Terima kasih Imerlina, sudi ke sini. Nanti saya ke sana ya..belajar memasak.
      Salam kenal πŸ™‚

    2. Aldino Sya says:

      ikuuuuuut.. nak belajar buat es teler juga..:)

  3. rantai hadiah hilang kah ? malang nian nasibnya huhu.. ujian atau cobaan tergantung mensikapinya ya kak.. jika tabah insya Allah dapat hadiah pahala yang banyak, begitupun pujian dan hinaan, itu adalah ujian juga ya

    1. admin says:

      Ya Santika..rantainya hilang..sedih banget.
      Semoga ada ganjaran yang lebih baik atas kesabaran kita hari ini.

    2. Aldino Sya says:

      apa sudah dipastikan bahwa rantai pemberian/hadiah inih hilang ke Kak Fidah?..

      apa mungkin lupa, simpannya di mana Kak..

    3. Fidah Shah says:

      Sudah di cari..tapi tidak berjumpa

  4. Hero Borneo says:

    memang betul..masalah adalah hadiah terbaik kepada keimanan diri

    1. admin says:

      Semoga masalah yang di datangkan, menjadikan kita lebih matang. Thanks HB πŸ™‚

    2. MyLife Ria says:

      bergantung bagaimana kita menerima dan handle cabaran tersebut

    3. Fidah Shah says:

      Setuju..walau kadang-kadang rasa tak boleh nak bangun dah..huhu

    4. Hero Borneo says:

      mesti bangun walaupun jatuh berkali-kali..

    5. Fidah Shah says:

      Setuju…pernah terbaca tentang ini di blog HB..Semoga bertambah bersemangat..
      thanks πŸ™‚

  5. Lynn Munir says:

    Hadiah biasanya diterima bersama kenangan dan peristiwa yang mengiringinya.
    Kebanyakan masa ia memberikan semangat dan mengindahkan impian asal .
    Entahlah, mungkin lain orang, lain pernerimaannya. Apa kabar Fidah ?

    1. admin says:

      Khabar baik Kak Lynn. Thanks.
      Betul. Lain orang, lain penerimaannya. tapi saya percaya, setiap yang berlaku ada penyebabnya. Semoga boleh dijadikan pengajaran.

    2. Fidah Shah says:

      Kak Lynn…sorry x dpt komen kat sana. Acc g+ saya dah terhapus…huhu πŸ™

  6. paridah says:

    cantiknya hadiah tu…mesti cntik utk perhiasan diri n jadi kebanggan jug KENANGAN..jgn risaukan cacimaki n cercaan yg diterima kerna Allah akan mmberi kita ganjaran pahala yg bnyak tnpa kita ketahui …insyaAllah…sementara yg jahat mulut tu akan ditolak pahalanya kpd kita n muflislah dia…

    1. admin says:

      Aamiin..semoga mendapat ganjaran dariNya. Semoga silaturrahim tidak terputus dan segalanya berakhir dengan baik. Kak Paridah tolong doakan ya…

  7. Khir Khalid says:

    Orang yg bagi hadiah sesuatu yg buruk mcm tu kpd org lain sebenarnya menjelaskan keburukan diri dia. Kita terima je dgn senyuman sbb kesian dia.. dahlah buruk.. bagi hadiah pun buruk.. kita lagi bertambah mulia bila mampu menerima hadiah yg memburukkan tu.. wallahualam..

    1. admin says:

      Huhu…Mak Jemah emo…
      Serious..tak suka entri/posting yang macam ni. Cuma kadang2 terpikir, pernah tak orang lain pikir apa perasaan kita bila dia bagi 'hadiah' yang macam ni.

      Sesekali, mungkin juga perlu luah perasaan. Sesekali, biar orang tahu yang kita bukannya batu-bata..
      Tq Khir.

  8. hainom OKje says:

    Setuju dengan awak FS, kalau hilang hadiah dpd org tersayang rasa galat sangat kan…
    Tapi nak buat macamana kalau dah hilang jugak redho ajelah huhu…
    Alamak statement bawah tu mmg susah nak jawab tu. Mungkin jawapannya terletak pada diri kita jugak kot, kalau kita rasa hadiah, hadiahlah jadinya

    1. admin says:

      Sedih tau hilang rantai…mak bagi pulak tu…

      On the last para, semuanya bergantung pada cara penerimaan kita sebenarnya. Think positive saja kot. Semoga semuanya berakhir dengan baik. Aamiin.

  9. Nurul selalu gak ilang cincin tapi so far jumpa balik.. bukanlah hilang namanye ea? tapi makan bulan juga baru jumpa.. Nurul rasa, sepositif mana pun seseorang, kalau menerima "hadiah" yang berupa caci-cerca, pasti tercuit juga hati, terpaksalah kita terima hadiah tu, kalau kita balas dah sama level plak dengan dia kan.. urmm.. apa2 pun.. terpulang pada diri kita akhirnya.

    1. admin says:

      It's actually depending on how we deal with the recurring situations…

  10. tengok jenis ujian lah . ada yg blh dianggap sebagai hadiah , ada juga yg dianggap sebagai musibah …

    1. admin says:

      Betul. Bergantung pada apa yang datang. Tapi sy percaya, Allah sudah merancang yang terbaik..aamiin

  11. Dapat hadiah
    Terasa semakin indah
    Hidup mudah melangkah
    Walau ada masalah

    Kehilangan hadiah
    Memang harus pasrah
    Jika pencarian terjadi sudah
    Tapi kenangan itu dihati tetap terjaga indah..

    1. MyLife Ria says:

      Menarik, mesti ungkapan indah ni secara spontan kan πŸ™‚

    2. Fidah Shah says:

      @Anisayu
      Hilang hadiah, hatiku gundah
      Hadiah yang bererti, tiada galang ganti
      Thanks kunjungannya Mba Ayu πŸ™‚

      @Mylife Ria : Thanks πŸ™‚

  12. Aldino Sya says:

    Memory..
    apapun benda yang diberikan ke kita, jika hadiah atau pemberian itu datangnya dari orang yang kita sayangi.. akan sangat berarti ya Kak..?

    1. Fidah Shah says:

      Betul tu Mr Aldino…walaupun hanya sekadar memory.
      Terima kasih atas kunjungannya

  13. MyLife Ria says:

    Semua orang suka hadiah, malah hadiah juga dapat merapatkan ukhwah.

    Kalau hadiahkan orang perkara yang tidak elok, nanti akan kembali kepada kita juga

    1. Fidah Shah says:

      Mesti best kalau dapat hadiah…hehe πŸ™‚
      What comes around, goes around.
      Kalau orang buat perkara yang tidak baik, biar Allah saja yang membalasnya.

      Thanks ya kunjungannya. Nanti saya singgah sana.

  14. paridah says:

    selamat berhujung minggu fidah..

    1. Fidah Shah says:

      Selamat hujung minggu kak paridah. Thanks πŸ™‚

  15. Kalau ujian dianggap satu HADIAH, tapi caci cerca dianggap satu CABARAN untuk menilai sejauh mana kesabaran kita untuk menghadapinya…

    Salam ukhuwah dan salam singgah dari BUNDA…

    1. Fidah Shah says:

      Semoga CABARAN ini dapat di tempuh dan di tangani dengan penuh kesabaran.
      Terima kasih atas kunjungannya Bunda. Satu penghargaan buat saya. Salam ukhwah.

  16. salam kenal sis…jadi follower ke 47 kat sini…

    1. Fidah Shah says:

      Terima kasih Kamisah. Salam kenal πŸ™‚

  17. SalbiahM says:

    hadiah yang buruk tu tak perlu disimpan kak Fidah…cherish the good ones.

    sedihnya baca pasal rantai tu..huhu

    1. Fidah Shah says:

      Hadiah yang buruk, harus dibuang jauh2.
      Dan jangan pandang ke belakang lagi…tapi kadang kala, susah juga nak buat.
      Thanks Sal πŸ™‚

  18. Cilembu thea says:

    hadiah, siapa yang tak ingin mendapatkan sebuah hadiah,walaupun ada juga yang bilang bahwa hadiah tersebut juga dapat dikategorikan sebagai ujian, tapi itulah bahagian tanda sayang-NYA DIA pada kita

    1. Fidah Shah says:

      Ujian didatangkan untuk menguji kesabaran kita dan sebagai tanda kasih sayang dari-Nya.
      Tapi kadang kala agak susah juga untuk sentiasa positif ya….
      Terima kasih atas kunjungannya Mang.

  19. paridah says:

    assalam fidah moga happy n ceria…

    1. Fidah Shah says:

      Waalaikumsalam Kak Paridah. Thanks πŸ™‚

  20. Mewah hadiahnya :0

    1. Fidah Shah says:

      Cuma gambar hiasan..hehe.
      Terima kasih kunjungannya πŸ™‚

  21. hadiah ini selalu dinanti

    1. admin says:

      Ya…semua orang akan suka kalau dpt hadiah yang baik..
      terima kasih πŸ™‚

Leave a Reply

Related Post