Uncategorized

Antara Manusia Dengan Manusia

Assalamualaikum


Dalam menempuh kehidupan sehari-hari, kita tidak dapat lari dari berinteraksi sesama manusia. Agama Islam juga telah menggariskan panduan kepada kita dalam berinteraksi sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.  Baru-baru ini, saya terjumpa satu mutiara kata Arab tentang hubungan antara manusia. Saya kongsikan di sini:
Jika kamu tidak mampu untuk memberi manafaat kepada manusia,
Maka jangan kamu memudaratkannya
Dan jika kamu tidak menggembirakannya,
Maka jangan kamu menyedihkannya,
Jika kamu tidak bersama dengannya (ketika ditimpa musibah),
Jangan kamu gembira dengan penderitaannya,
Jika kamu tidak gembira dengan nikmat yang diperolehinya,
Maka jangan kamu dengki dengannya,
Dan jika kamu tidak memujinya,
Jangan kamu mencelanya.

Ketahuilah bahawa setiap insan ada hak-hak persaudaraan ke atas kamu,
Maka jadilah kamu orang yang lemah lembut kepada sesama manusia,
Dan jadikanlah kasih sayang kamu melimpah ke atas mereka,
Janganlah kamu menjadi orang yang tiada perasaan belas kasihan,
Yang bakhil tangannya dan keras hatinya.

Orang yang mengasihani orang lain,
Maka ia akan dikasihani Allah.

Agama Islam juga amat menitik beratkan hubungan yang baik antara manusia. Saya sebenarnya bukanlah orang yang arif tentang agama. Tapi saya pasti, Islam telah mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Begitu juga dalam hal tegur menegur dan nasihat menasihati. Ini sangat penting kerana Islam amat mementingkan agar kita menjaga hati orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan hanya kerana perkara nasihat. Oleh itu, jika ada sahabat atau rakan yang membuat kesilapan, tegurlah dengan cara yang lebih baik dan berhemah. Dan apabila kita ingin menegur seseorang, tegurlah sebagaimana kita ingin diri kita ditegur. Pasti mesej yang hendak disampaikan akan menjadi lebih berkesan. Walahu’alam.
Sekadar renungan untuk diri sendiri. Semoga pembaca sekelian juga beroleh manafaatnya.
Sekian. Wassalam.

“Orang baik pun, ada kalanya tersilap memilih jalan. Bukan kerana dia telah menjadi jahat, tapi kerana dia adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan” 

Rujukan :
Adab sesama manusia (abu-fath.blogspot.com)
Nasihat untuk rakan (myblogsantai.blogspot.com)

Gambar : Google

31 thoughts on “Antara Manusia Dengan Manusia”

  1. Waallaikumsalam.
    saling berkasih sayang pada sesama manusia karena ibadah kepada-Nya lah yang wajib manusia lakukan dalam setiap langkahnya, sangat jelas jika kemudian: Orang yang mengasihani orang lain,
    Maka ia akan dikasihani Allah.
    terimakasih telah mencerahkan hatiku yang gundah ini

  2. dalam Islam , kita perlu menyanyangi orang lain sebagaimana kita sayangi diri sendiri . maka layanlah org lain itu dgn baik sebagaimana juga kita mahu dilayan dgn baik . apa yg kita lakukan , itulah yg kita dapat . saling membantu dan menasihati tapi jgn sekali2 kita membenci …

  3. selain daripada menjaga hubungan dengan Allah swt, jaga hubungan baik dengan manusia juga.. saling ingat mengingati sesamaa manusia.. tiada manusia yang sempurna..

  4. kalau menurut saya semua orang itu akan mampu memberikan suatu hal terbaik untuk orang lain gan…tinggal kita mau atau tidak dan iklas atau tidak….itu yang akan membedakan kita dengan yang lainnya….iya gak gan?

    1. Betul…pokok pangkalnya bergantung pada hati dan niat kita.
      Yang penting, kita saling ikhlaskan hati.
      Terima kasih Mbah.. ๐Ÿ™‚

  5. Inti dari semua adalah keiklasan…..jika tidak iklas maka akan terasa semakin berat untuk dijalani….niatkanlah setiap perbuatan dengan kebaikan dan keiklasan

    1. Seharusnya diniat kan untuk mendapatkan keredaan-Nya..
      Keikhlasan juga merupakan salah satu kunci kebahagiaan…

      Terima kasih ya sudi ke sini. Salam kenal ๐Ÿ™‚

  6. Islam itu agama yg cukup lengkap utk panduan kita dlm kehidupan ini. Namun kita sbg manusia sememangnya tidak lari dari melakukan kesilapan.. ada diantaranya tergelincir dari fitrah asalnya. Justeru, bersamalah kita semua sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki diri kita selagi berkesempatan… berpesan2 kita kpd kebaikan & berpesan2 kita dgn sabar…

  7. saya setuju sekali dengan isi post ini. memang sebagai sesama manusia, kita saling berinteraksi. ketika ada kesalahan yang kita lakukan, diharapkan ada kawan atau sahabat yang memberikan nasehat secara bijak. pun demikian, ketika kita melihat kawan atau sahabat kita telah keliru, sebaik-baik sahabat adalah yang mau menegur dan memberikan nasehat secara halus dan sopan.

    1. Betul tu…tegurlah secara baik sebagaimana kita mahu diri kita di tegur….Jangan sampai menjadi musuh…
      Thanks Mba Nove ๐Ÿ™‚

  8. Bagus entri ni FS….rasa insaf sekejap hihi….Tak taulah tahan berapa lama ni hihi….Pas ni kena cari entri nasihat lagi barulah tak hilang insaf tu…
    Moga kita ni sekurang kurangnya menjadi orang yang tak menyusahkan orang lain apa tah lagi menggembirakan mereka pun tak mampu huhu

  9. Untuk saling mengingatkan atau saling memberikan nasihat dalam kebenaran sangat jelas di dalam surat Al ยดAshr : 3. Semoga kita benar-benar bisa menjalankan dan mengamalkannya.

Leave a Reply