Selepas Banjir di Temerloh

Assalamualaikum

Post-event atau yang sesudahnya…
Itulah yang dapat saya paparkan di sini tentang banjir di kampung Mr Hubby di Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Alhamdulillah. Setibanya kami di sana pada hari Sabtu, 3 Januari 2015, langit kelihatan cerah dan air mulai surut. Pada hari yang sama juga Lebuhraya Pantai Timur (LDP) dibuka untuk laluan kenderaan ringan. Maka, agak mudah jugalah perjalanan kami balik ke kampung.

Gambar semasa & selepas banjir:

Rumah jiran mertua saya.
Banjir meninggalkan lumpur yang sangat tebal di kebanyakan kawasan.

Nampaknya ada sedikit halangan untuk menuju ke rumah mertua saya. Merasalah jugak mengharungi air banjir walaupun sekejap. Namun, keadaan itu juga memberi kami pengalaman baru kerana kereta terpaksa dipakirkan agak jauh dari rumah. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan bau lumpur yang sangat kuat. Maklumlah..lumpur ada di mana-mana.

Perjalanan ke rumah mertua pada hari Sabtu @ 3 Januari 2015.
Air banjir masih belum surut sepenuhnya

Alhamdulillah. Kucing kami juga selamat. 
The Survivor

Oleh kerana rumah mertua saya berada di kawasan yang agak tinggi, keadaan rumah tidaklah begitu teruk. Hanya jalan menuju ke rumahnya sahaja yang tenggelam dan sedikit bahagian dapur yang ‘terkena’ air banjir. 
Tapi bila tengok rumah orang lain, memang kesian. Lumpur sangat tebal dan saya rasa ada juga perabut serta peralatan elektrik yang rosak. Entah berapalah jumlah kerugiannya.
Semoga mereka diberikan ketabahan, segala urusan mereka dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Aamiin.
Sekian. Wassalam.

Related Posts

55 thoughts on “Selepas Banjir di Temerloh

    1. Alhamdulillah…kucing dan 5 ekor anaknya selamat. Terima kasih jugak kat jiran sbb tolong kasi makan…

      Terima kasih Chekgu 🙂

    1. Yang kat Kuantan teruk juga…
      Memang kesian lah tengok dia orang…tu belum yang perabut dan alat elektrik rosak..

      Thanks Mas Yan 🙂

  1. Wow. Flood almost every where in some part of the South East Asian Countries. I am so sorry about the flood disaster happened in your area. We have terrible disasters nowadays, flood in Bandung, Landlide , and the air asia aircraft

    1. Tahun ni..kira banjir besar di Pahang la..sebelum ni org kata thn 1971 (**org kata…nak bg tau blum lahir lagi thn tu..huhu)

      Thanks Kak Lynn.. 🙂

  2. banjir sampe segitunya ya 😮 maklum ane belum pernah kebanjiran 😀 semoga aja yang terkena banjir bisa di beri kesabaran . aaaamiiiin 🙂

  3. Adoiyai…..kesiannya Fidah…..
    So merasa jugaklah awak merentas banjir yeh… Rasanya okje ada tgk gambo banjir yg kat KFC tu….bukan dlm lagi ke FS?

    1. Huhu…merasa mengharung air banjir…takut jugak..sbb Sungai Pahang ada kat sebelah aje.
      Gambar KFC tu..my brother in law yang share..tak sure ambik masa bila..but yg selepas tu ambik sendiri (**berangan ala2 YB melawat kawasan selepas banjir ni…hehe)

      Thanks Okjee 🙂

Leave a Reply