Uncategorized

Harga Minyak Turun Lagi

Assalamualaikum

Harga minyak turun lagi di bawah USD50 se-tong (per barrel).
Penurunan yang ketara dari USD115 se-tong (per barrel) semenjak Jun tahun lalu.
Yang Mak Jemah nak cerita ni, bukanlah pasal minyak masak, minyak rambut, apatah lagi minyak urut…tapi minyak petrol, okay..

Sedikit latar belakang sebagai ‘Refresher’….
Semua orang pun sudah tahu, semenjak pertengahan tahun lepas, harga minyak mentah (contoh Brent Crude) telah pun menurun dengan ketara.
Kenapa harga minyak turun?
Secara amnya harga minyak adalah ditentukan oleh Pembekalan dan Permintaan (Supply and Demand Economic). Semenjak beberapa tahun yang lalu, permintaan minyak mentah adalah tinggi, selaras dengan pertumbuhan ekonomi global. Ini menyebabkan permintaan melebihi pembekalan. Jadi, harga minyak adalah tinggi.

Namun, semenjak kebelakangan ini, Amerika telah menemui sumber minyaknya (shale oil) dan sudah pun mendapat hasil yang bertambah-tambah dari sumber ini. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di sesetengah negara juga telah menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah berkurangan. Dalam pada itu, pengeluaran minyak dari negara OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) tetap seperti biasa. Perkara ini telah menyebabkan pembekalan melebihi permintaan. Akibatnya, harga minyak mulai turun.

Kenapa OPEC tidak mengurangkan pengeluaran minyak mentah?
Jika pengeluaran minyak dikurangkan, mereka takut kehilangan ‘penguasaan pasaran’ atau ‘market share’… Jangan lupa ya Long Senah, OPEC menguasai lebih 40% daripada pasaran dunia.
Sebab lain?…eerrrmmmmm

Kesan daripada penurunan harga minyak kepada kita (end-user)
Mestilah best kan..kurang sedikit perbelanjaan minyak petrol terutamanya pengguna tegar. Semoga harga barang-barang lain turut turun dengan kejatuhan harga minyak ini. Sebelum ini juga, kita memang menganggap harga minyak petrol sebagai salah satu driver’ kepada harga barang-barang lain. Jadi apa lagi..Shopping yuk!!!….hehe.
Tapi masalahnya sekarang, macam tak berapa nampak pulak ‘positive correlation’ diantara kejatuhan harga minyak dengan harga barang-barang atau perkhidmatan lain…Ni yang buat Mak Jemah sedih. Tambang bas sekolah anak Mak Jemah naik…walau harga kos pengangkutan sepatutnya turun…uuhhh


Bila harga minyak turun, perasan tak…. nilai Ringgit pun ikut sekali. Inilah masalah yang dialami oleh negara pengeluar minyak bila pelabur dah mula rasa seram-seram…huk..huk.. πŸ™
Payah juga kan, especially to those yang berurusan dengan pertukaran wang asing. Semenjak bulan lalu, nilai ringgit telah jatuh kepada sekitar RM3.42 – RM3.57 bagi USD1.00. Ni yang kawan-kawan Mak Jemah komplen. Usahkan nak pergi melancong ke luar negara, nak beli barangan import pun, pasti terasa kesannya. Semakin mahal…aduhai..

Lama-lama fikir, konfius jugak jadinya, kuasa membeli atau ‘purchasing power’  kita ni, semakin tinggi ke semakin rendah?…atau kuasa membeli terhadap barangan import sahaja yang akan berkurangan?
Kalau ini lah keadaannya..susah juga ya. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk terus menyokong dengan sepenuh hati segala produk buatan tempatan. Jangan lupa ya Mak Limah, Kak Kiah, Ngah Aton…pesanlah kat kawan-kawan yang lain, Belilah Barangan Buatan Malaysia. Bila lagi…kaaaaannnnn!!!

Sekian. Wassalam.
Gambar : Google/search
Rujukan  : The Economist (Why the oil price is falling), The Edge (Weak ringgit adds to pain of rising cost of living)

54 thoughts on “Harga Minyak Turun Lagi”

  1. Minyak turun tapi orang tetap ramai yg naik minyak huhu… Harap2 tahun 2015 ni tak membebankan bila minyak turun.. cuma harap harga barangan termasuk hartanah pun turunlah sikit.. tol pun sama.. πŸ˜€

    1. Bila harga barang semakin naik..memang boleh naik minyak jadinya..
      Kalau harga barang-barang turun sekali pun…lepas ditambah GST…tak tau lah macam mana…huhu

    1. Saya pernah baca..harganya naik pertengahan bulan Nov 2014 lalu…

      Dengarnya mau turun…tapi tak tahu la..
      Thanks Wicky πŸ™‚

    1. Mas Yanto ****eerrr..kenapa ada yang panggil mang yanto sekarang? πŸ™‚ πŸ™‚
      Kalau dibanding kan harga Rp7600 = RM2.49 di sini..Tapi petrol di sini (RON 95) harganya dalam RM1.91.
      Jadi mahal ya petrol di sana..

    2. iyalah kak ,lagi murah kat situ,kalau petorl kat malay=pertamax kat sini harganya malah 7600/liter kak

      paling yg manggil mang mah kang lembu kak….biasalah canda dianya

  2. so true kak..kita negara pengeluar minyak akan mendapat habuan nilai ringgit jatuh.so,kena kurangkan beli barang import.nak berjalan ke luar negara pun kena fikir 2,3 kali.

    1. Semalam check..RM turun lagi..:(
      Harapnya kesan sementara aje..Kalau pikir balik, benda makanan macam tepung gandum pun kita import..jadi susah jugak kalau nak elak..

      Part melancong tu..mungkin kena pikir 3-4 la rasanya..

  3. terkadang dampak turunya minyak tidak terlalu berpengaruh ama bahan bahan yang lain mbak, mereka terkadang para penjual tetap menaikkan harga barang walaupun minyak dah turun, itulah pasar ekonomi di Idonesia ini πŸ˜€

    1. yah kenyataannya memang begitu…kemarin sempat beli beberapa bumbu masak, sayur mayur, dan lauk pauk…setelah saya bayar ternyata banyak juga dananya…sementara kayaknya belanjaan saya sedikit, saya tanya…kok harga pada naik semua ya? sipenjual menjawab: kan mau imlek bang, biasa setahun sekali…saya jawab aja, itu bukan setahun sekali, belum lagi maulid dan maulud, belum lagi lebaran, belum lagi natal dan tahun baru, belum lagi nyepi, belum lagi galungan, belum lagi sembahyang kubur, sekalian aja setiap hari minggu naikkan harga tinggi bu…sipenjual gak bisa ngomong, karena habis bayar saya langsung beranjak pergi….heheheee kenyataannya memang #maburadul

    2. Di sini..walau harga minyak sudah pun turun..harga barang-barang lain nampaknya belum lagi…
      Harap turun lah dengan cepat..hehe

      Terima kasih komentarnya Mr Ibrahim & Mbah Dinan πŸ™‚

    1. amin yaa Robbal alamin…semoga turunnya harga minyak bisa membawa angin segar bagi perkembangan usaha kita semua….eh ngomong-ngomong teh santika ada usaha apa nih…lalu admin gimana?

    2. Mbah Dinan,
      Neng Santika kan pengusaha bahan-bahan kecantikan..lebih-lebih lagi yang berunsur alami..
      Lihat saja orangnya..pasti terbukti..

      Terima kasih Santika & Mbah Dinan πŸ™‚

  4. kadang saya curiga juga kalau minyak dari timur tengah diembargo secara gelap oleh amrik….selain itu meungkin beberapa negara timur tengah juga lagi bertikai danini dimanfaatkan oleh pemain pasar minyak dunia untuk menaikkan harga,,,kalau sekarang turun harga se tong minyaknya, paling nanti juga naik lagi…menurut anda gimana gan?

  5. Wah..berat soalan ni..hehe..
    Saya rasa, faktor turunnya harga minyak ni bukan sahaja kerana fakor ekonomi sahaja….faktor -faktor lain yang melibatkan politik pasti ada..

    Untuk negara pengeluar minyak..pastinya berharap agar harga minyak akan naik dan stabil semula..cuma..soalaan seterusnya bila?..huhu
    Tapi, oleh kerana kos pengluaran shale oil itu dikatakan lebih tinggi dari minyak mentah biasa…mungkin kita harus tunggu dan lihat, apakah episode seterusnya..

    Thanks Mbah Dinan πŸ™‚

  6. hehehe.. Kak Fidah pengamat minyak juga rupanya..

    kalau harga minyak turun, minyak bagusnya ditampung Kak.. biar kalau harga naik..
    bakalan banyak untung Kak..:)

    1. Sudah kembali rupanya orang yang ahli tentang minyak ini ya.. πŸ™‚

      Lagi mengumpul minyak …boleh untung ya..kalau harga sudah mahal nanti…hehe

      Thanks Mr Aldino!

    2. Kak Fidah..!
      Maksudnya bukan minyak petrol..!, tapi minyak senyongyong..! πŸ™‚
      (minyak/oil khusus ramuan yang dipakai agar orang suka pada kita. hehehe)

Leave a Reply