Uncategorized

Tips Anak Rajin Solat

Assalamualaikum

Bagaimana untuk ‘memperkenalkan’ ibadah solat kepada anak-anak kita yang masih kecil? Sedikit sebanyak, pasti ada cabarannya.
Saya merujuk kepada beberapa artikel dan saya kongsikan di sini. Semoga dapat dijadikan panduan untuk menggalakkan anak supaya lebih rajin bersolat. In shaa Allah.

  • Ibu bapa haruslah menjadi contoh dahulu. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak agar rajin bersolat.
  • Untuk anak-anak yang masih kecil, pujuklah secara baik-baik. Beritahu anak bahawa solat itu wajib bagi orang Islam.
  • Hantar ke sekolah tadika atau KAFA supaya anak lebih faham dan fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku’ dan lain-lain.
  • Untuk peringkat permulaan, suruhlah anak membaca bacaan solat dengan kuat supaya kita boleh mendengar dan membetulkan bacaannya. Boleh juga menguji kelancaran bacaan anak pada bila-bila masa contohnya semasa dalam kereta, semasa jalan-jalan dan sebagainya.
  • Ajar dan perhatikan cara anak berwudu’
  • Belikan anak telekung (perempuan) atau songkok, baju melayu, jubah, sejadah atau apa-apa yang boleh menggalakkan dia bersolat.
  • Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun dan pada umur 10 tahun boleh dirotan (untuk tujuan mengajar) jika tidak solat.
  • Bawa anak ke surau atau masjid. Biasakan anak-anak ke surau atau masjid. In shaa Allah, jika sudah terbiasa, mereka tidak akan kekok untuk melalukan ibadah jika sudah akil baligh.
  • Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak-anak kita.
Sekian. Wassalam.
rujukan : Artikel, Tips Mendidik Anak Solat (zailabinimdae.blogspot.com)
gambar : google

31 thoughts on “Tips Anak Rajin Solat”

  1. memperlakukan anak harus sesuai dengan masanya. ya Kak..

    Masa tujuh tahun pertama perlakukan anak bagaikan raja. Tujuh tahun kedua perlakukan anak bagai tawanan perang, artinya harus disiplin. Dan pada tujuh tahun ketiga perlakukan anak sebagai sahabat.

    1. Betul tu Mas Al…harus sesuai dengan umur dan begitulah tertibnya, kerana itulah cara yang terbaik..
      Sesungguhnya Islam itu mudah dan Islam itu indah
      Terima kasih πŸ™‚

Leave a Reply