Uncategorized

Si Comel

Assalamualaikum..

Lately ni…rajin pulak update blog…:):)
Mentang-mentanglah cuti dari minggu lepas sampailah hujung tahun…
Hidup diam-diam aje di rumah…
Tak ke mana-mana pun cuti kali ni..sebab rancangan balik kampung di Temerloh terpaksa dibatalkan kerana BANJIR…

Tak habis sedih lagi pasal banjir, timbul pulak kisah anak kucing. Saya pernah ceritakan di SINI tempoh hari, tentang seekor anak kucing yang tiba-tiba aje duduk kat depan rumah. Nak dijadikan cerita, tuan sebenar dia datang menuntut anak kucing dia. Sebenarnya dari awal lagi dah agak…..itu kucing orang dan pastinya satu hari nanti, tuan dia akan tuntut jugak. Cuma untuk sementara waktu, kita orang jaga aje lah elok-elok..
Lagipun..comel apa.!

Maka, dengan berat hati, terpaksalah saya pulangkan anak kucing tu…
“Saya pulang balik anak kucing Kak Nor ni…terima kasih ekkk….bagi kita orang pinjam since hari tu”
Buat muka ‘macho’ dan anak-anak pun buat ‘relax’ aje…Padahal, dalam hati…sedey beb!
Terlalu comel untuk dilepaskan….
Kalau dah hari-hari dia ada…. bermain-main, makan, minum depan mata, mestilah sayang.

Anak-anak pun saya dah pujuk…”tak pe la…nanti kita cari kucing lain…..lagi pun kita masih ada 5 ekor ikan dalam aquarium untuk dibela”…
Niat di hati nak ambik anak kucing kat kampung…tapi tak taulah kucing tu ‘selamat’ lagi ke tidak di musim-musim banjir ni…huk huk  🙁

Anyway, rumah tuan empunya kucing tu, tak de la jauh sangat….jiran tetangga jugak…
Sesekali boleh aje jenguk…
Walau tak ada rezeki nak pelihara..tak apalah.
Yang penting saya tau..dia dijaga dengan baik dan in shaa Allah akan membesar dengan sihat.
Meow…

Sekian. Wassalam

Moral of the story : Sentiasa berbaik-baik dengan jiran tetangga 🙂

“Perasaan yang lembut bak sutera. Nyaman menyentuh segenap deria rasa” – Rin Azrina
 (Promosi novel sahabat saya, Rin Azrina  ‘Musim Sejuta Warna” – sila ke link ini)
 Sekarang sudah sampai ke bab 21

p/s : tiada kaitan dengan artikel di atas 🙂
       

18 thoughts on “Si Comel”

    1. Anak-anak tanya jugak..
      Tengah cari kucing lain..
      Dia org ni suka sangat dengan haiwan peliharaan…
      Selain kucing & ikan..pernah bela udang & kura-kura..hehe
      Thanks Mas Yan 🙂

  1. setakat ni , kucing yg dtg umah saya , x de lak tuannya ambil balik . tapi klu kucing saya yg macho dan comel tu hilang , ada lah . bila dah besar , tau lak balik umah sendiri …

Leave a Reply