Uncategorized

Kamus JDT

Assalamualaikum

Ada seorang kawan yang rajin pulak ‘meng-post’ kamus JDT di whatsapp group….tetiba rasa rindu nak guna semua perkataan-perkataan tu..

Saya memang orang Johor..and Mr Hubby pulak orang Pahang…jadi kat rumah, cakap macam orang KL…(hehe…..KL sangat lah ko Temah…)

Ada orang kata, perkataan-perkataan kat atas tu cuma applicable untuk Daerah Muar..saya rasa tak…sebab orang Pontian macam saya pun guna…

Contoh ayat:

  • Besonya esbok engkau (besarnya peti ais engkau)
  • Aku pakai lawo-lawo ni sebab nak hanto anak pegi sogame kejap (Aku pakai cantik-cantik ni sebab nak hantar anak pergi sekolah agama kejap)
  • Lapo pulak. Nak jerang nasik malas. Yok pegi ngeteh (Lapar pulak. Nak masak nasi malas. Mari/jom pergi minum air di kedai)
  • Kau jangan nak curi jajan aku. Aku jotos kau nanti (Kau jangan nak curi makanan ringan aku. Aku sekel kau nanti).
  • Bak sini gebor yang kau simpan dalam grobok tu (Bawa ke sini cadar yang kau simpan dalam almari tu)
  • Dia ni.. jalan menonong aje (Dia ni…jalan tanpa mempedulikan apa-apa pun)
Tetiba rasa rindu pulak kat kampung….huhu…nak balik Johor.
Apa-apa pun…untuk orang Johor..
LUASKAN KUASAMU!!
Sekian. Wassalam.

15 thoughts on “Kamus JDT”

Leave a Reply