Uncategorized

Bintang Di Langit

Assalamualaikum

“This evening late, i went to the door, and then to the gate, there were more stars…and more”

Biasa melihat bintang di langit?…Cantikkan..

Kalau dulu bintang menjadi petunjuk dalam perjalanan atau pelayaran, kini, kajian ke atas bintang telah menjadi “petunjuk” kepada kebesaranNya.

“Kami telah menciptakan gugusan bintang (di langit) dan Kami menghiasi langit itu bagi orang yang memandangnya” – Al Hijr,16


‘Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila ia berkehendakkan sesuatu, maka ia hanya berfirman kepdanya “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia” – Al Baqarah 117


Kalau kita melihat ke langit malam, ada berjuta-juta bintang. Namun, kebanyakannya adalah terlalu jauh untuk dilihat walaupun dengan teleskop. Ianya mungkin hanya kelihatan seperti satu titik yang bersinar di langit malam. Bintang sebenarnya tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang.

Secara saintifiknya, bintang adalah sfera gas yang menyala-nyala pada suhu yang amat tinggi. Bintang yang paling panas adalah bintang biru dan suhunya mencecah sehingga 28 000 darjah celcius. Suhu bintang merah adalah lebih rendah iaitu kurang 2800 darjah celcius, manakala matahari dan bintang kuning adalah 5500 darjah celcius.
Selain dari suhu dan warna, jenis-jenis bintang juga boleh dikenali melalui kecerahan, jisim dan ketumpatan, komposisi kimia dan juga saiz. Jika kita lihat, ada bintang yang bersaiz kecil dan ada juga yang amat besar serta mempunyai saiz 1000 kali ganda dari matahari.

Menurut sejarah, orang-orang Arab adalah antara golongan yang terawal menggunakan pelbagai peralatan untuk mengkaji dan mengukur kedudukan bintang dan planet. Tidak dinafikan, memang banyak bintang-bintang yang berasal dari nama arab seperti Algol, Zubenelgenubi, Ar-Rukbah dan lain-lain lagi.

Kerana keindahan bintang, ia juga dikaitkan dengan kata-kata indah, digunakan sebagai perumpamaan dan menjadi sebahagian dari lirik lagu… Contohnya:

” Bagai bulan di pagar bintang” – Seperti seorang gadis, di kelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain.
“Bintang hati” – Orang kesayangan atau kekasih.
“Antara bintang beribu, manakan sama bulan yang satu” – oppss!!..yang ni lebih pasal bulan sebenarnya πŸ˜€ πŸ˜€
“Twinkle, twinkle little stars, How i wonder what you are, Up above the world so high, Like a diamond in the sky” – yang ni kalau tak tau…memang saje aje tau!

* saya cuba mencari puisi tentang bintang, tapi tak jumpa yang sesuai…kalau nak buat puisi sendiri, memang ke laut la jawab nyer…huhu..

Bintang juga menjalani lingkaran hidup seperti makhluk lain ciptaan Allah. Ia akan bersinar dan semarak sementara. Walau bagaimanapun cahaya bintang akan hilang bila tiba waktunya. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat bintang bergantung pada bekalan hidrogen dalam terasnya…Bintang yang sudah tua, akan terpupus, menurut kehendak Allah
“Apabila bintang-bintang telah hilang cahayanya” – Al-Mursalat, ayat 8

Bila semakin banyak kita tahu tentang bintang dan alam semesta, seharusnya kita menjadi semakin kagum dengan kekuasaan dan kebesaranNya.
Saya percaya, penemuan-penemuan tentang bintang yang sedia ada datangnya dari ilmu yang masih terbatas dan pastinya ada banyak lagi perkara yang belum kita ketahui. Sesungguhnya alam langit itu penuh dengan keajaiban….Wallahu’alam

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama: 
majalah-I.karangkraf.com (bintang)

Gambar : google/search

47 thoughts on “Bintang Di Langit”

    1. Setiap satu ciptaan Allah ada sebabnya yang tersendiri..
      Walau letaknya jauh..mungkin memberi cahaya atau menjadi penunjuk.jalan..

  1. semua yang diciptaka Allah adalah untuk dipelajari karena semua merupakan bukti Kebesaran Allah dan semua merupakan nikmat yang tiada terhingga. makasih infonya dan salam sahabat blogger.

  2. hehe.. saya tau twinkle ituh Kak..!,, Lagu baby Afiq kan..? hehehe

    taburan bintang di angkasa seperti taburan plankton di laut pada malam hari..!

    1. Tau ya lagu tu…ayuh! nyanyi..hehe

      Subhanallah…melihat taburan plankton di laut pada malam hari..pastinya cantik ya Mr Aldino!

  3. "Bila semakin banyak kita tahu tentang bintang dan alam semesta, seharusnya kita menjadi semakin kagum dengan kekuasaan dan kebesaranNya." Indeed dear…

    1. Betul…Manusia mendapat kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan makhluk yang lain. Sebab itu manusia di beri akal dan juga 'mandat' oleh Allah untuk mentadbir alam ini.
      Tapi..kalau dibandingkan dengan 'ilmu' dan kuasa Allah..masih terlalu jauh berbedaannya.

      Terima Kasih Miss Devy…
      Salam kenal & terima kasih sudi ke blog saya πŸ™‚

    1. Melihat hamparan bintang
      Penghias langit malam
      Di sebalik cahaya yang berkelipan
      Ada tersimpan berjuta rahsia
      Agar insan kerdil ini
      Mengakui tanda kebasaran Ilahi..

    1. hehe cinta..!, sudah cuba tak?

      kalau cara sy.. cukup sederhana..

      hey..bintaaang..! bintang cantik dan elok di mata..
      yang merasa bintang cantik ayo berbaris ya..?

      nah pasti semua berbaris tuh cinta.. setelah ini sy ngomong ke mereka..

      Ayo.. bintang2 yg cantik.. cuba berhitung dari depan sampai ke belakang ya..!?
      kita tinggal tunggu sj.. sambil sruput kopi mas Yan to no..hehehehe

Leave a Reply