Uncategorized

Bila Musibah Melanda

Assalamualaikum

Musibah adalah ujian bagi hamba untuk dinilai tahap keimanannya dan kesabarannya. Maka, hendaklah kita sentiasa berbaik sangka dan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah.

  • Meyakini bahawa segala musibah itu datangnya dari Allah, untuk menguji hamba-hambanya. Seharusnya kita sentiasa berdoa supaya dilindingi dari segala kejahatan musibah dan bersangka baik terhadap Allah.
  • Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar. Ada kalanya Allah mendatangkan ujian untuk menarik nikmat yang diberikan kepada kita. Sekiranya hamba-hambanya bersabar, in shaa Allah, akan digantikan dan ditambah dengan nikmat yang berlipat ganda. 
  • Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar. Siapa tahu, kadangkala kita ditimpa musibah kecil, tapi sebenarnya untuk mengelakkan kita dari ditimpa musibah yang lebih besar. Contohnya kita ketinggalan bas atau keretapi..kita akan rasa sedih. Tapi sebenarnya akan berlaku sesuatu yang buruk pada bas atau keretapi tersebut…sebab itu kita dielakkan dari menaikinya.
  • Sebagai penghapus dosa. Sebagai manusia biasa, pastinya kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Semoga dengan berkat kesabaran menghadapi musibah ini, akan meringankan beban dosa kita.
  • Memberi kesedaran kepada kita dan menjadi iktibar kepada yang lain. Ujian kadang kala didatangkan sebagai satu peringatan supaya kita tidak tersasar jauh dari landasan sebenar yang telah ditetapkan. Sesuatu kejadian buruk juga kadang kala membawa maksud tersirat dan tersurat yang boleh dijadikan pengajaran pada orang lain (yang mahu berfikir).
  • Allah masih sayangkan kita. Sekiranya Allah memberi peringatan kepada kita, maksunya Allah masih sayangkan kita. Jika Allah tidak sayangkan kita, pasti kita akan dibiarkan melakukan perbuatan keji sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur. Na’uzubillah.
Jika dilihat pada isu-isu yang berlaku baru-baru ini, memang dugaan yang saya kira agak berat kepada sesiapa yang mengalaminya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
Namun, disebalik dugaan dan musibah, pasti ada tersimpan pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Semoga Allah gantikan setiap kedukaan dan kesabaran kita hari ini dengan sesuatu yang lebih baik…
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Sekian. Wassalam
#prayforpantaitimur
#prayforQZ8501
Rujukan : www.tengkuasmadi.com (Rahmat di Sebalik Dugaan)
Gambar  : google/search

23 thoughts on “Bila Musibah Melanda”

    1. Semoga termasuk dalam golongan orang yang dicintai Allah..aamiin
      Semoga sentiasa sabar dan kuat dalam menghadapi ujian, walau kadangkalanya bukanlah satu benda yang senang untuk dilakukan
      Teringat saya pada satu quotation
      "BE STRONG, a phrase that's easy to say but hard to do when you're broken"

  1. Semoga kita semua sentiasa terlindung daripada sebarang musibah yg memburukkan. Bersamalah kita terus berdoa agar mereka yang menghadapi apa jua musibah dapat sentiasa tabah dan selamat dlm mengharungi ujian NYA… aamiin.

    1. Aamiin…semoga sentiasa terlindung dari segala musibah yang memburukkan..
      Semoga sentiasa tabah dalam menghadapi segala ujian Nya
      Thanks khir 🙂

    1. Siapalah yang mahukan musibah….setiap hari pun kita berdoa supaya dijauhkan dari musibah..
      Namun, jika ini sudah menjadi ketentuanNya..haruslah bersangka baik dan sentiasa ingat Allah sentiasa sayang kepada hamba-hambaNya

  2. aamiin..!
    BADAI PASTI BERLALU..!

    sekadar menyapa kak Fidah..!

    kebetulan tadi pagi liat di web berita.. pengungsi banjir semakin banyak saja..
    Kak Fidah Baik-Baik saja Kan..?

Leave a Reply