Uncategorized

Banjir 2014

Assalamualaikum…

Sejak akhir-akhir ni…semua cerita kat media sosial tertumpu pada isu banjir. Baik di whatsapp, FB, telegram dan segala macam media yang ada…semuanya pasal banjir..
Dari pagi sampai ke pagi….ceritanya sama saja..pasal bantuan lambat sampai, hospital tenggelam, bot terbalik, makanan tak sampai dan macam-macam lagi….

Sebenarnya Mak Jemah ni memang hairan betul. BANJIR, bukanlah suatu fenomena luar biasa di negara kita. Tidak kira di kawasan Pantai Timur, Utara, Selatan dan sesetengah tempat di Borneo, semuanya pernah mengalami situasi banjir.
Tapi, setiap kali banjir….macam kelam kabut jek…eeermmm….malas pulak Mak Jemah nak membebel kat sini!

Mak jemah ni pun, bukanlah orang yang pakar tentang masalah banjir. Tapi, kalau difikirkan secara logik akal, apalah salahnya….kalau dah masuk musim tengkujuh tu, pusat-pusat pemindahan bersiap sedia dengan segala ‘perkara’ yang difikirkan sesuai.

  • Bersedia dengan bekalan makanan kering contohnya biskut, instant noodles, air mineral, air ‘3 in 1’, makanan dalam tin, beras, gula, kopi dan lain-lain
  • Pakaian – contohnya tuala, kain batik, kain pelikat dan apa-apa yang difikarkan sesuai
  • Lampin pakai buang bayi dan tuala wanita
  • Kain selimut, cadar dan peralatan yang sewaktu dengannya…
Memang tidak dinafikan, rakyat Malaysia suka menderma. Kalau disuruh kumpul barang untuk mangsa banjir, memang kejap aje boleh dapat. Tapi, adalah lebih baik, sekiranya berlaku kecemasan, segala perkara yang diklasifikasikan sebagai basic, sudah tersedia sementara menunggu bantuan dan derma dari luar. Lagipun, tak ada salahnya ‘stand by’ dari awal. Barang-barang yang dinyatakan di atas tu, tak ada lah cepat basi pun…
Tapi, masa Mak Jemah tengok tempat pengumpulan barang untuk mangsa banjir di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi semalam, memang respect lah kat rakyat Malaysia, khususnya penduduk Bangi. Sekejap aje barang-barang dapat dikumpulkan. Mak Jemah rasa, kat tempat lain pun macam tu jugak. Kita memang mempunyai sikap prihatin yang tinggi. Tahniah!

Cakap pasal bantuan, tiba-tiba teringat kat sorang member Mak Jemah tu. Asyik komplen aje kerjanya. 
Ada ke dia bagi tahu, bantuan bot dan sampan lambat. Lepas tu..siap-siap tanya pulak, mana perginya asset TLDM….isk..isk..tak baik tuduh-tuduh….Anyway, kitaorang dah suruh dia mengucap banyak-banyak…. Cuba bersangka baik..Bot-bot tu, untuk laut aje..Mungkin tak sesuai untuk kawasan darat yang ditenggelami air…Faham Kak Leha??? 😀 😀

Hopefully, semua orang akan mengambil iktibar pasal hal banjir ni. Elok jugak kalau kita buat post-mortem,  mungkin ada yang kita boleh belajar dan perbaiki supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih sistematik di masa hadapan.
Dan kita sepatutnya lebih bersedia untuk menghadapi situasi banjir…bukan setakat di Pantai Timur sahaja..di negeri-negeri lain pun sama, harus bersedia.
Orang putih kata…“expect the unexpected”

Sekian. Terima kasih.

30 thoughts on “Banjir 2014”

  1. umbrella harus siap selalu ya Kak..?!
    jangan bencana sudah datang.. baru cari umbrellanya
    tapi memang, masalah banjir inih,. selalu saja menghampiri.. yaa semoga cepat surut banjirnya ya kak..!

    beberapa kawasan pesisir diprediksi akan terendam hingga mencapai 4,17 meter pada tahun 2050 mendatang. Kak..!

    1. Itu lah masalahnya kalau umbrellanya lambat…baju hujan pun tak ada…huhu

      Semoga cepat2 pulih..in shaa Allah…aamiin

      Tahun 2050?..Mas Al, ntah saya ada lagi tak masa tu..huk..huk.

      Thanks komennya 🙂

    1. Tahun ini nampaknya antara yang terburuk…
      Mungkin ada tempat yang terputus langsung hubungan…
      Harapnya cepat-cepat pulih..
      Thanks Santika 🙂

      p/s : esok saya ke pasar…cari jambu 🙂 🙂

    1. Kali ni…teruk Mas Yan..
      Hujan saja..berhenti pun sekejap.
      Takut-takut banjir di kawasan lain pulak…
      Gambar yang kat atas tu..banjir di Pahang..air dah start naik tadi..

  2. Aik..Mak Jemah ke..apa-apa pun observation memang tepat Fidah..persediaan tu perlu kerana ianya just like acara tahunan. Bezanya kecil atau besar aje…dan pada yang merungut pasal bantuan tu..kena banyak bersabar coz ini adalah ujian Allah…banyak hikmahnya kalu bersabar…

    1. *komen asal dari Mak Jemah…hehe
      Tahun ni nampaknya lebih teruk dari yang sebelumnya…but at least kena cepat bertindak.
      Yang penting selamatkan nyawa…part politik dan lain2 tu..sepatutnya di tolak tepi dulu….
      Semoga semuanya cepat2 pulih…aamiin

  3. Org kita nampaknya spt tidak belajar dari pengalaman lalu… tiap2 tahun banjir tetapi perkara yg sama seolah2 berulang. Langkan persediaan dari pihak berwajib sepatutnya dah dilaksanakan bertahun2 dahulu.. kenapalah kita tak mahu belajar dari Jepun yg sentiasa bersedia. Sebab tu Jepun terus maju.. wallahualam.
    Bersama2lah kita semua berdoa agar diberi ketabahan serta keselamatan buat semua mangsa banjir.. mudah2an banjir cepat surut & pulih spt sediakala… aamiin.

    1. Bila baca statement kat whatsapp and FB…katanya antara negara yang terbaik dalam menguruskan banjir..eerrmmm

      Semoga semuanya cepat2 pulih…dan semoga segala urusan dipermudahkan…aamiin
      thanks Khir 🙂

    1. Semenjak dua tiga hari sudah
      Hati ini resah dan gelisah
      Negeriku di landa musibah
      Harapnya semua mangsa tabah

      Terima kasih Mba Ayu
      Sudi ke blog ku
      Salam kenal buat mu
      Semoga sihat dan ceria selalu 🙂

  4. entry akak ni macam kena-mengena dengan entry pasal banjir saya yang latest..hehe.

    harap semua mangsa tabah dan mendapat bantuan sewajarnya.rakyat Malaysia ni segelintir je yang suka complain, tapi majoritinya tak lokek dalam memberi bantuan

Leave a Reply