Uncategorized

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Yeay…Balik Kampung!

Kepulangan kami sekeluarga pada mulanya disambut oleh bunga okid Makcik yang kembang dengan mekarnya di depan rumah….
Tengoklah bunga puas-puas sementara menunggu abah saya balik dari kenduri kawin…

Alolo..cantik nyer..
Kebetulan saya memang peminat okid..

Kami tiba di Pontian lebih kurang pukul 3 petang semalam…jalan agak sesak, especially dari Nilai sampailah ke Senawang. Hujung minggulah katakan…ramai orang balik kampung kot. Masa berhenti di R&R Pagoh, memang ramai betul orang.

Budak-budak memang excited kalau dapat balik jumpa Atuk mereka. Maklumlah..ada jugak orang nak melayan dia orang pusing-pusing kampung naik motosikal..Atuk pun rajin jugak bermain-main dengan dia orang…

Mak Budak?…mestilah suka jugak dapat balik kampung. Tapi, selalunya akan rasa sayu sebab teringat kat arwah emak..
Kalau tengok rumah kat kampung tu…terutamanya kat dapur…mesti rasa sedih…Dulu-dulu, kat situlah tempat masak bersama-sama dengan arwah emak..kat situlah tempat makan..tempat bersembang…sedihnya..:( πŸ™
Saya anak perempuan tunggal (dari 3 orang adik beradik…)..memang rapat sangat dengan arwah emak..

Kalau balik Pontian, aktiviti malam.. adalah makan di luar (selalunya la..hehe). Semalam kami memilih untuk makan sate, mee rebus dan rojak..Kasi gambar siket..
But, sate tak sempat nak ambik gambar sebab dah kena nggapp!

Bila dah kenyang tahap gaban semalam, kenalah tidur lambat siket…Sambil-sambil tu dapat jugak bersembang-sembang dengan Abah dan Makcik.

Pagi tadi, rajin pulak Kak Ton ronda-ronda kat belakang rumah. Terjumpa pulak pokok mengkudu..Selalunya tengok gambar aje. Tak sangka dapat tengok yang real..kat belakang rumah aje pulak tu..Meh tunjuk bahan bukti..

Bestkan duduk kampung…banyak jugak ruang tanah untuk menanam bermacam-macam jenis pokok…Semoga Kak Ton diberi ‘kecukupan’ untuk memiliki ruang tanah yang besar juga di Selangor ni ye….aamiin..

Lepas zohor tadi, kami dah bersiap-siap nak balik..Sedih, sebab tak dapat nak balik lama-lama. Kesian jugak kat Abah..
Semoga Abah saya diberikan kesihatan dan umur dan panjang…dan semoga segala urusannya dipermudahkan…aamiin

Sekian. Wassalam.

40 thoughts on “Balik Kampung”

  1. horeeeeeeee.. Kak Fidah datang..!, buah tangannya mana..?

    Pasti arwah mak di sana,.. bakalan tetap tersenyum lihat Kak Fidah..!, apalagi Kak Fidah orangnya baik..

    1. Yeay…Balik Kampung!
      Buah tangannya ada ni…lagi disimpan dalam almari..

      Terima Kasih Mr Aldino!
      Salam Silaturrahim… πŸ™‚

    1. Memang best balik kampung…tenangkan hati..tenangkan fikiran….
      tapi..kejap sangat..tak sempat nak jumpa member2 lama… πŸ™

  2. Salam Isnin Fidah, tak puas rasanya cuti hujung minggu saja balik kampung…sekejap sangat masa, kalau pcl mesti nak tambah lagi cuti..nanti minggu depan cuti krismas bercuti lagi. Jom lah ke Kedah.. πŸ™‚

    1. Memang tak puas…sbb balik kejap sgt…huhu

      Syoknya bercuti kat belah2 utara…hari tu gi rumah member kawin…cantik sangat tgk sawah padi…

    1. Seronok dpt balik kampung…
      thanks paridah…

      Okid2 kat tempat paridah lagi cantik…saya suka gi melawat sana sambil2 tgk bunga πŸ™‚

  3. FS ni org Pontian rupanya..
    Cantik bunga orkid makcik tu…..rajin orangnya makcik tu yek….
    Okje faham tu….sapalah tak sedihkan teringat kenangan lama dgn mak sendiri..

    1. Anak jati pontian ni..hehe

      Makcik saya memang rajin tanam okid…dia kata..kalau saya tak buat percubaan tanam okid di rumah sendiri..nanti dia datang tolong tanamkan…hehe..thanks okje

      I love orchid… πŸ™‚

  4. saya kg kat batu pahat . teringin gak balik kg tapi bunda tak dok situ doh . umah pun kosong jer … cantik sungguh orkid tu … kat mana lah dia pi mkn tu …

    1. Ooo…Orang Batu Pahat rupanya..
      Tumpang ambik gambo okid orang….hehe…yang sendiri punya..entah bila la nak tanam..Plan projek okid dah bertahun dah..huhu
      Hari tu gi makan kat gerai2 area Pontian besar….memang selalu gak gi situ kalau balik
      Thanks CM

    1. Bila balik kampung..pasti hatinya damai selalu..
      Peminat Search & Wings?…lagu-lagunya best dan evergreen sampai sekarang..
      Terima kasih Mas Zach…salam silaturrahim πŸ™‚

  5. Assalammualaikum.. fidah,

    memang best balik kampung.. suasana damai dan udara pun bersih.. suka sesangat… lagi balik dapat tgk ayah @ bonda tercinta terubat kerinduan…

    mselim3

Leave a Reply