Cerita

Avon Makeover

Baru-baru ni dapat katalog Avon…
Dah lama sebenarnya tak beli barangan Avon..tapi hari tu
gatal kaki pulak pergi singah kat butik dia dan membeli…Ha…kan dah dapat
katalog lagi suruh beli dan beli lagi..Tapi kalau tengok harganya agak berpatutan
juga.
Sebenarnya..jenama Avon sudah sinomim dengan kaum wanita sejak
dulu lagi. Produknya pun, pelbagai. Daripada kosmetik, perfume, skin care product, barangan
perhiasan diri, jam, pakaian (limited) dan macam-macam lagi.
Semuanya memanggil-manggil suruh dibeli..huhu
Artikel ini bukanlah untuk mempromosi barangan Avon. Cuma
saya tertarik dengan sterategi perniagaan yang digunakan semenjak lebih 125 tahun
yang lalu dan syarikat itu juga masih kekal hingga kini. Antaranya:

  • Penggunaan
    jaringan sosial (social networking)….
    lebih awal dari facebook dan yang sewaktu
    dengannya. Bezanya, mereka menggunakan agen atau wakil jualan (wanita)
    untuk berhubungan dengan wanita lain bagi mempromosi produk mereka. Konsep personal
    relationship
    ini memang berjaya membawa keuntungan. Hasilnya? Mereka
    mencatatkan keuntungan sebanyak $1 million (tahun 1920), meningkat kepada $1
    billion (1972) dan terus meningkat kepada $10 billion (2008)
  • Easy access and khidmat pelanggan yang cekap …hanya perlu membuat pesanan barangan yang dihajati dengan wakil
    jualan. Barang akan dihantar ke pintu rumah. Senangkan. Selain itu dapat juga
    khidmat nasihat kecantikan percuma daripada wakil jualan terlatih…
  • Butik atau
    Kedai
    …Tak semua orang suka membeli daripada wakil jualan. Ada sesetengah
    orang yang mahu melihat sendiri barangan tersebut dibutik atau kedai. Lepas tu,
    barulah beli.
  • Peluang
    Meningkatkan Pendapatan…
    untuk wakil jualan, mereka diberikan latihan
    seperti Avon’s Sales Leadership Program. Oleh itu, mereka bukan sahaja boleh
    menjana pendapatan dengan menjual barangan Avon, tetapi boleh juga mendapat hasil lumayan dengan melatih wakil-wakil jualan yang baru.
  • Online Sale…Strategi
    perniagaan harus juga berubah mengikut peredaran zaman. Pesanan secara online
    atau promosi produk dengan menggunakan ‘eBrochure’ adalah antara strategi yang
    digunakan untuk kekal ‘relevant’ dalam arus permodenan.
Sekadar berkongsi key points daripada artikel yang saya baca baru-baru ini.
Sesuai juga dijadikan sebagai bahan bacaan ringan 🙂
Sekian. Terima Kasih.

Rujukan: Article, The Evolution of Direct Selling at Avon (www.avoncompany.com)
Gambar : Google

13 thoughts on “Avon Makeover”

    1. Saya pun dah lama tak beli…tapi hari tu gatai kaki masuk butik dia…
      Masa balik…bangga giler sbb dpt beli botol air dgn beg..hehe..

  1. I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.

Leave a Reply