Uncategorized

Ubi Kayu

Assalamualaikum….

Percaya tak kalau saya kata, makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis, sambil minum kopi panas adalah antara kombinasi makanan terbaik ….hehe. Terutamanya dimakan sewaktu hujan

Diinspirasikan oleh entri Kak Lynn Munir tentang ubi rebus (sila lihat sini), saya pun teringin nak buat satu entri mengenai ubi kayu. Nasib baik sempat juga membeli ubi tersebut di pasar tempoh hari…dapatlah merasa.

Kalau dulu-dulu orang kata ubi kayu hanyalah makanan waktu zaman Jepun atau sekadar makanan orang miskin, sekarang tidak lagi. Ubi kayu telah pun dikomersialkan dan menjadi produk-produk makanan yang digemari ramai contohnya kerepek ubi kayu, tepung ubi, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih muih.

Tapi kalau saya, dapat ubi kayu yang direbus (makan dengan sambal atau kelapa yang digaul dengan gula) atau digoreng dengan kunyit dan sedikit rempah…sudah cukup ok..

Khasiat yang terkandung dalam ubi kayu:

  • Sumber tenaga : Mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan kabohidrat dan kanji agar badan kita memperoleh sumber tenaga. Kadar kolestrol dan lemaknya juga rendah, maka, memang baik untuk kesihatan.
  • Vitamin dan mineral : Ubi kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic. Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Walaupun dalam kuantiti yang rendah, ubi kayu juga mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium.
  • Serat : Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai jumlah serat yang banyak dan boleh membantu untuk mengurangkan kadar kolestrol serta mengurangkan kadar kanser kolon.
Maka tidak hairanlah mengapa datuk nenek kita boleh survive walau hanya memakan ubi kayu semasa perang dahulu kerana ubi kayu dapat memberikan pemakanan yang lengkap baik dari sumber tenaga mahupun khasiatnya.

p/s : Lepas ni, bolehlah senaraikan makanan berasaskan ubi kayu dalam menu makanan kita…

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama: artikel – jangan hina ubi kayu (yongsukakuning.blogspot.com)

10 thoughts on “Ubi Kayu”

Leave a Reply