Assalamualaikum
Untuk sesetengah orang, memang sudah menjadi kemestian untuk memulakan hari dengan secawan kopi. Begitu juga dengan saya. Saya memang peminat kopi tegar.
Khasiat Kopi:
- Kopi dapat menyegarkan orang yang mengantuk. Kandungan utama kopi adalah kafein. Kafein sebenarnya berfungsi untuk merangsang saraf otak, sistem pernafasan dan juga jantung.
- Kopi dapat mengawal stress. Dengan meminum secawan kopi, ianya dapat merembes endorfin ke dalam badan. Hasilnya? In shaa Allah, akan dapat memberikan mood yang lebih ceria.
- Kopi dapat mengurangkan sakit kepala jika diambil dalam kuantiti yang tertentu.
- Kopi boleh menurunkan berat badan. Kopi hitam (sila lihat gambar ya…huhu) boleh meningkatkan metabolisme. Jangan lupa, semakin tinggi proses metabolisme dalam tubuh, maka makanan akan lebih mudah dicerna dan pembakaran kalori akan berlaku dengan lebih cepat.
Jadi apa lagi kawan-kawan. Mulakan hari anda dengan secawan kopi. Tapi ingat, kopi tidak digalakkan diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah. Oleh itu, silalah minum kopi dengan kadar yang sederhana (1 – 3 cawan sehari)
Sekian. Wassalam.
so true kak..kalau tak pekena kopi, saya macam 'belum bangun'.
Akak pun sama…pagi2 kena minum kopi dulu…
Thanks Sal π
Setuju dengan entri ini, kopi memang minuman yang mencetuskan saraf
kecergasan di otak. Teringat kopi yang bonda bancuh, sedap sangat. Tapi bonda sekarang dah tak ada,kenalah akak bancuh sendiri.
Teringin la nak minum kopi Kak Lynn…sambil makan ubi rebus cicah sambal…
Thanks Kak Lynn π
sha minum 3 in 1 je kak fidah… sangat tak sihat… dulu rajin bancuh & minum kopi kapal api… betul2 kawwww !! tapi dah minum tak boleh stop… huwaaa
Kopi kapal api…betul2 kawww!!
Thanks Sha π
Salam Rabu Fidah…
Kopi ni memang baguskan. Cuma kita jarang minum coffee coz maybe kita allergic dengan caffeine kot..
Kena cari kopi yg tak de caffeine tu.. cari yg 3 in 1 je.. π
Saya memang suka kopi…tapi kadang2 tu..kalau minum kopi yang 'strong' sangat….boleh weng jugak..hehe..
thanks Raudzah π
Gud suggestion Khir…
Kopi mmg bagus kan.. dah bnyk2 pilihan kopi ni, sesekali pekena kopi kampung juga sedap. Kopi parit sulong.. pehh.. π
Kopi kampung memang terbaik…asli
thanks Khir π
kopi o satu
Mai secawan…
thanks Lin π
saya pernah cakap yg saya tak suka kopi.
tapi sekarang, saya jadi mcm ketagih pulak lepas pekena kawan buat..
apalah dia taruk sampai tiap2 pagi nak kena hadap kopi sekarang.. ^_^
Saya memang suka kopi…
Pagi2 mesti pekana at least secawan….huhu
sy suka kopi..klu sehari tak dpt mesti pening pale…hehe…love much2 kopi..
I love coffee much much too…
thanks da yana π
tingat dulu time exam minum kopi n nescafe sbb nk stay up utk exam…smpi rs mcm kebal hehehhe