Penghargaan Untuk Rakan Blogger




Assalamualaikum

Diam tak diam…dah setahun dah blog saya. Saya bukanlah blogger yang aktif. Cuma kebelakangan ini, ada diberi sedikit kelapangan untuk berblogging.

Semenjak setahun yang lalu, entri saya tidaklah begitu banyak. Kadang-kadang tu..ikut masa, mood dan juga idea. Dalam sebulan, ada 2 atau 3 entri sahaja. Rakan follower pun masih belum ramai lagi.
Walaubagaimana pun, saya bersyukur sebab blog ini masih terus wujud. Berblogging dan belajar berblogging perlahan-lahan tak apa kan??..hehe…

Semenjak setahun lalu, ada beberapa orang rakan blogger yang masih setia berkunjung ke blog saya. Sama ada saya aktif meng’update’ entri atau tidak, mereka tetap rajin berkunjung, hinggalah ke hari ini. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan seting-tinggi penghargaan saya buat mereka.

Kepada pembaca-pembaca yang dihormati sekelian, jika ada kesempatan, silalah berkunjung ke blog mereka. Pasti banyak ilmu, berita terkini dan kisah-kisah kehidupan yang dapat dikongsi bersama.

Untuk rakan-rakan blogger dan pembaca yang lain, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi singgah dan meluangkan masa untuk memberi komen di blog saya yang tak seberapa ni..
Terima kasih ya… 🙂

Akhir-akhir ini, saya diberi kesempatan untuk aktif sedikt berblogging. Secara tidak langsung saya dapat berkunjung ke blog rakan-rakan yang lain. Dan blog-blog yang saya kunjungi semua hebat-hebat belaka, baik dari segi pengisian, presentation style dan juga template. 
Terus terang, 3 faktor ini adalah sebab utama kenapa saya berkunjung dan berkunjung lagi ke blog-blog anda semua. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang berblogging, pengisian tentang agama, tips masak memasak, panduan tentang pelaburan dan keusahawanan, ‘refresh’ tentang sejarah nusantara disamping dapat meng’update’ berita terkini secara pantas.
Dan pastinya saya mendapat rakan-rakan baru. Semoga silaturrahim yang sedia ada berkekalan dan semoga kita semua terus suksess dalam apa jua bidang yang diceburi.
In shaa Allah. Aamiin.
Sekian. Wassalam.

14 thought on “Penghargaan Untuk Rakan Blogger”

  1. Belog Santai says:

    Salam hujung minggu Fidah…

    Yeeaaa..Blog kita ada di sana..Tq to you too coz always support Blog santai…

    1. admin says:

      Sama2 Raudzah…
      terima kasih kerana selalu berkunjung dan menjadi pengomen setia 🙂

  2. Khir Khalid says:

    Yeay… abg KK ada eh hehee.. Tahniah Fidah. Tak rugi berblogging ni, pasti akan ada peluang yg baik akan terbuka.. in shaa Allah. Lambat & cepat jelah.. 😀

    p/s: just nak share klu bercadang nak letak widget komenter bulanan yg paling sesuai dari rakan blogger yg dah lama menghilang. Manalah tau sesuai dgn template blog ni.. suka2 share je & salam ceria hari minggu. 🙂
    http://www.mizzaiza.com/2014/01/widget-pengomen-terbanyak.html

    1. admin says:

      Terima kasih KK 😀
      Thank you very much for supporting my blog…and ur suggestion on the widget tu…
      Salam hujung minggu

      p/s : tetiba teringat kat blogger mizzaiza..

  3. Cilembu thea says:

    Alhamdulillah..pada Penghargaan untuk rakan blogger episode berikutnya, pasti nama saya pasti tercantum kan…:D

    1. admin says:

      In shaa Allah..terima kasih Mamang, kerana selalu juga ke sini
      Kalau BW nanti-nanti, jangan lupa blog saya ya 🙂
      Salam ceria dan semoga suksess selalu

  4. Gee Lion says:

    salam hari isnin kak fidah,
    inshaAllah, apa yg dapat dikekalkan, kita kekalkan. contohnya; silaturahim dlm alam maya ini. dgn hanya penulisan, mungkin dapat membuatkan kita saling memberikan peringatan.. itu lebih baik disisiNya.. ^_^

    1. admin says:

      Akak setuju dgn Gee…
      Hanya dengan penulisan..kita saling mengenali..menguatkan ikatan silaturrahim dan saling ingat mengingati..
      thanks Gee 🙂

  5. Ai Wida says:

    Nama blog aku belom di cantumkan nih hehe

    1. admin says:

      In shaa Allah..nanti
      terima kasih Wida… 🙂

  6. wah semoga di episode berikutnya blog saya bisa terpilih ya….
    baru juga berkunjung hari ini hehehe…
    salam kenal ya mbak 🙂

    1. admin says:

      In shaa Allah…
      Salam kenal ya Marnes.. 🙂
      Terima kasih sudi ke blog saya..

  7. da yana says:

    simple, nice dan ringan jer….salam kenal…pes time jejak sini…

    1. admin says:

      Thanks da yana..
      salam kenal & terima kasih sudi ke sini 🙂

Leave a Reply

Related Post