Uncategorized

Nilai Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum..

Dalam satu hari, berapa kali anda ucapkan terima kasih?

Terima kasih adalah satu ungkapan yang sering kita dengar dan sebut. Namun, mungkin kerana sudah menjadi terlalu biasa, sesetengah orang menganggap ianya tidak memberi apa-apa makna……
Sebenarnya ucapan terima kasih dapat memberi kesan positif pada si pemberi dan penerima. Si pemberi akan dapat membentuk moral yang lebih baik dalam perhubungan sosial manakala  si penerima akan merasa dirinya lebih dihargai.
Ucapan terima kasih selalu dikaitkan dengan aspek adab dan kesopanan. Sebab itu, sejak dari kecil lagi kita telah diajar untuk memberikan ucapan terima kasih kepada sesiapa pun yang telah menolong atau memberikan sesuatu kepada kita. 
Namun begitu, kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada sesuatu yang dianggap kecil, tetapi besar maknanya dalam kehidupan seharian. Contohnya kepda orang-orang yang secara tidak langsung telah melancarkan urusan harian kita seperti baby sitter anak, kakak cleaner di office, security guard dan penjaga parking. Walaupun mereka menerima bayaran di atas pekerjaan yang mereka lakukan, dengan ucapan terima kasih, sekurang-kurangnya akan membuat mereka rasa lebih dihargai.
Mungkin juga kerana sudah terlalu biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang lain, kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada orang-orang yang paling hampir dengan kita seperti ayah, ibu, suami, isteri, anak dan sebagainya. Usahlah menganggap apa yang mereka lakukan itu hanya sekadar memenuhi tanggungjawab atau melaksanakan rutin harian. Pandanglah ia sebagai satu penghargaan dan seharusnya diucapkan dengan jutaan terima kasih.
Dan akhir sekali, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana telah menjadikan kita dan membolehkan kita masih terus bernafas hingga ke hari ini.
Syukur Alhamdulillah
Sekian. Wassalam.

p/s : saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca dan kawan-kawan yang sudi singgah di sini….. 🙂

Sumber: pelbagai

47 thoughts on “Nilai Ucapan Terima Kasih”

  1. Sama-sama…^_^
    Masa sekolah dulu, saya dan kawan-kawan sekelas pernah kena marah disebabkan tak cakap terima kasih pada cikgu tersebut…tapi hasil marah cikgu, Alhamdulillah ingat selalu untuk ucap terima kasih…

  2. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca..
    Teringat saya masa zaman sekolah2 dulu…setiap kali habis waktu satu2 subjek..semua murid akan bangaun dan ramai2 ucap "terima kasih cikgu"….

    1. Terima kasih Ainul Yaqin atas komennya 🙂
      Bermula dengan ucapan kecil seperti terima kasih…moga-moga silatur rahim nya berkekalan..

  3. Salam siang Kak Fidah 🙂 Orang yang pandai mengucapkan Terima kasih secara tidak langsung telah menghargai orang lain yang sudah berbaik hati pada kita ya Kak. Dan itu sebuah sikap yang Mulia apalagi kita orang Muslim/Muslimat 🙂

  4. Mengucap terima kasih secara tak langsung membuatkan kita bersyukur atas sesuatu yang diperolehi. Semoga sentiasa diberkati Allah swt… aamiin. Terima kasih Fidah.. 🙂

  5. Orang yang mengucapakan terimakasih atau rasa syukurnya mencerimakan orang yang tidak sombong. Salam kenal dari kota tasikmalaya mbak 🙂

    1. Salam kenal Miss Ai.. 🙂
      terima kasih singgah di sini..
      nanti saya melawat ke blog Miss Ai..untuk belajar macam-macam tips di sana

  6. Paling utama berterima kasih kepada Allah, dan seterusnya kepada ibu bapa, suami/isteri,
    anak-anak,kawan2,saudara mara kerna menjadikan hidup ini lebih bermakna dan berwarna-warni.
    Terima kasih Fidah kerana selalu datang berkunjung ke blog akak dan kunjungan/komen Fidah amat dihargai.

  7. anak saya sekarang ni obses dengan ucapan terima kasih sampai walau dia tolong kita buat sesuatu perkara pun dia ucap terima kasih. Kalau dia minta apa2 walau kita belum buat untuk dia.. tapi dia terlebih dulu ucap terima kasih. Kena didik benda ni dari kecik untuk buat terbiasa mengucap terima kasih pada setiap pertolongan orang bagi tapi anak saya terpengaruh dengan kartun je banyak hehehe

  8. Terima kasih cikgu!!!!

    Selalu buat dulu kan …

    Tapi mmg betul, walaupun simple je words tu…terima ksh..kdg2 lupa nk ckp..

    Abang, terima ksh sebab tlg mandikan anak2…

    Abang, terima ksh bwk kami anak beranak keluar jln2…

    Hehehhe…

  9. wah..terima kasih kerana menulis artikel berkaitan terima kasih..s

    saya betul-betul berterima kasih kerana ucapan terima kasih atas penghargaan dan kesyukuran

Leave a Reply