Novel : Musim Sejuta Warna




Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin mempromosikan novel karya rakan baik saya.

Tajuk novel ini adalah ‘Musim Sejuta Warna’.

Sinopsis:

Mengisahkan Nalia Airani yang meminati Muzairi, senior kolejnya dalam diam. Shamrin pula merupakan teman sekuliah yang sering menjadi tempat Nalia Airani meluahkan cerita dan perasaan terpendamnya terhadap Muzairi. Shamrin teman yang baik, pendengar yang setia dan amat mengambil berat terhadap Nalia Airani.


Pertemuan semula Nalia dengan Muzairi memutikkan semula perasaan Nalia terhadap lelaki itu. Ditakdirkan Ilahi, Nalia juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia dan Muzairi. Pada masa yang sama, Shamrin pula meluahkan perasaannya terhadap Nalia.


Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimanakah akhirnya hubungan  Nalia dan Muzairi dan apakah pula yang terjadi kepada Shamrin? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nalia? Insan yang disayanginya sekian lama atau sahabat baik yang memahami segala-galanya?


Novel ini belum lagi dicetak….
Tetapi sudah pun di ‘publish’ semenjak 17 Oktober yang lalu…bab demi bab…dan sekarang sudah sampai ke bab 14.
Untuk peminat-peminat kisah cinta, bolehlah membaca kisah ini secara online di ilhamkarangkraf. Klik sini

Untuk menulis novel sendiri…saya belum pasti….tapi saya berharap dapat terus menyokong hasil karya rakan baik saya. Dan kalau boleh…saya ingin menjadi ‘designer’ untuk cover novel itu nanti…hehe…manalah tahu…kalau-kalau datang ilham..

Ok. Sekian dulu entri untuk kali ini. Wassalam.

Gambar asal: Google – edited by fidah shah




6 thought on “Novel : Musim Sejuta Warna”

  1. Nenk Ratu says:

    sukses bu .. salam kenal ajch

    1. admin says:

      Terima kasih Nenk Ratu…
      Salam kenal juga….semoga ceria dihujung minggu 🙂

  2. Khir Khalid says:

    Wahh.. mcm kenal je writer tu. Menarik.. thanks sharing Fidah.. 🙂

    1. admin says:

      Mestilah kenal..kawan sekelas kita tu… hehe
      Thanks Khir 🙂

  3. Wan Fazilah says:

    Novel MSW udah terbit ke? Dah lama tunggu end story

    1. admin says:

      belum lagi rasanya

Leave a Reply

Related Post