Uncategorized

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Saya ingin berkongsi sedikit pengisian yang di ‘forward’ oleh rakan saya melalui whatsapp nya…
Apa yang diceritakan, semuanya berbalik kepada ajaran al-Quran dan sunah

  • Mengamalkan solat sunat Dhuha
  • Membaca surah al-Waqiah. Dengan membaca surah ini, in shaa Allah, tidak akan membuat kita menjadi miskin
  • Bertahajud. Bangunlah untuk bersolat malam. Muhasabah diri…mintalah kepada Allah
  • Membaca al-Quran. Setelah bangun pagi jangan buka hp atau rancangan yang hendak dilakukan dahulu. Mandi, ambil wuduk dan bacalah al-Quran. In shaa Allah, kita akan diberikan kecukupan masa oleh Allah. 
  • 4 amalan surah setiap hari (Surah Yassin, Surah Waqiah, Surah Ar Rahman, Surah Al Mulk)
  • Berzikir. Bacalah Ya Wahhab sebanyak banyaknya.
  • Hormati ibu bapa
  • Solat berjemaah. terutamanya bagi lelaki.
  • Bersilaturrahim
  • Solat di awal waktu
  • Besedekah. 1x memberi, in shaa Allah akan digantikan dengan 10x ganda.
  • Berserahlah sepenuhnya kepada Allah
  • Berusaha dan bertawakal
Catatan ini  sebenarnya untuk mengingatkan diri saya sendiri.
Semoga rakan-rakan pembaca juga beroleh manafaatnya bersama.
Sekian. Wassalam.

Sumber: catatan rakan – ringkasan dari seminar “Mudahnya Menjemput Rezeki anjuran Sek Rendah i-Musleh, Melaka

18 thoughts on “Menjemput Rezeki”

  1. saye juga nak ikut perkongsian ini,salah satunya silaturahmi keblognya akak fidah
    salam kenal

    oh ternyata akak awek melayu yah,jadi mau pegi sana lagilah,dulu saya lama duduk sana

    1. Salam kenal Mas Yanto
      semoga silaturrahimnya berpanjangan..in shaa Allah
      pernah ke Malaysia?
      Ya..saya orang melayu…tapi bukanlah 'awek'…kerana sudah masuk kategori ibu-ibu 😀 😀
      terima kasih sudi ke sini

    2. amiin
      betul kak,saye pernah duduk kat bandar nilai 3 negeri sembilan,lepas tu ke bandar sungai long selangor

      tapi sekarang dah banyak lupa lah macam mana becakap melayu nih

  2. pencerahan hati yang buram jika membaca artikel menjemput rexeki ini akan tercerahkan dan kemudian bangkitlah semangat untuk terus berusaha dan bertawakal menjalani hidup dan kehidupan..sangat makjleb saya dibuatnya oleh artikel kali ini.
    salam sehat dan ceria selalu dari mamang

    1. Semoga mendapat kebaikan bersama..in shaa Allah..
      Terima kasih Mamang atas komennya..
      Salam hujung minggu…semoga ceria selalu.. 🙂

Leave a Reply