Uncategorized

Hebat Sangatkah Menjadi Pembuli?

Assalamualaikum

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes buli melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Semakin menjadi-jadi pula akhir-akhir ini. Sakit hati betul bila tengok video pembuli bersinglet hitam dan rakan-rakannya membelasah beberapa orang pelajar.
Bayangkan sekiranya orang yang dibelasah itu adalah adik atau anak kita? Na’uzubillah

Harap-harap pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini.

Tak faham saya, apalah yang hebatnya bila menjadi seorang pembuli. Rasa macam dah jadi hero?..Terasa hebat kerana sudah menjadi senior? Rasa ingin mempraktikkan aksi-aksi ganas yang telah ditonton dalam filem-filem? Atau perasaan ingin membalas dendam kerana disakiti atau mengalami peristiwa pahit di masa lampau?

Saya juga pernah bersekolah di sekolah berasrama. Sudah pun ‘merasa’ hidup menjadi junior dan senior. Kalau di sekolah berasrama, memang sudah menjadi adat untuk menjalani program orientasi. Menjadi satu ‘kewajiban’ untuk mengenali dan menghormati semua senior. Ada kalanya mungkin berbuat silap atau terjadi salah faham sesama rakan atau pun dengan senior. Tapi, tak perlulah sampai membuli, memukul atau membelasah.
Adakah dianggap sebagai satu kemenangan sekiranya dapat membuli rakan sehingga berlaku kecederaan atau kecacatan kekal? Atau lebih teruk sehingga melibatkan kes kematian?

Kepada adik-adik di luar sana, tak perlulah merasa begitu hebat dengan hanya berstatuskan ‘senior’ di sekolah. Perjalanan hidup masih panjang. Kita tidak tahu bagaimanakah perjalanan hidup kita nanti. Janganlah kerana ‘balasan’ di atas perbuatan jahat kita hari ini, ditambah lagi dengan doa-doa orang yang teraniaya akan menjadi penghalang untuk kita terus berjaya di masa hadapan. Wallahua’lam.

Sekian. Wassalam.

13 thoughts on “Hebat Sangatkah Menjadi Pembuli?”

  1. Budak2 ni rasa buli mcm best sedangkan ia sebenarnya membunuh masadepan mereka sendiri. Saya dari dulu mmg tak sokong langsung isu senior junior ni. Bangsa yahudi je yg mengagungkan status senior ni sbb mereka merasakan agama & bangsa mereka adalah yg tertua di dunia. Suburkanlah jiwa Islamiah.. yang tua dihormati & yg muda dikasihi…

    1. Kalau kat asrama..adat senior junior ni lah yang dijunjung dan dijulang..eerrmmm 🙁
      Budak2 pembuli ni saya rasa budak2 yang bijak dan berpotensi…sayangnya lah kalau masa depan sudah tergadai
      Thanks for the comment Khir 🙂

  2. zaman remaja, darah muda membuak2 tak mengira negatif positif.
    apatah lagi mereka yg duduk di asrama ni kurang pengawasan dari ibubapa.
    apa lagi, naik tocanglah mereka… hurmmm..

    1. Itu lah..biasanya ibu bapa dengan penuh harapan hantar anak ke asrama supaya jadi lebih berdisiplin..jadi macam ni la pulak..
      Thanks Gee 🙂

  3. Senak perut tengokbudak tu dibuli. Merayu-rayu dia mintak dikasihani.
    Kita perlu ada mekanisme menangani masaalah buli di sekolah2 berasrama. Kejadian sebegini bukan hanya berlaku di sekolah2 thafiz saja,malah sek teknik,
    mrsm,asrama penuh pun ada . Jgn tak percaya. Elok sangat cadangan menteri nak pasang CCTV di dorm bebudak asrama. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang mereka dipantau. Jangan ada yg sengaja off kan CCTV sudah.

Leave a Reply