Uncategorized

Cinta Pertama atau Cinta Terakhir?

Selalu dengar orang kata…
“First love never die…”

Teringat saya pada kisah seorang rakan saya (perempuan), walaupun sekarang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tapi masih gagal melupakan cinta pertamanya…dan lebih teruk lagi..masih mengharap, walhal si lelaki itu sedang amat berbahagia bersama anak dan isteri..

Pernah juga saya terbaca kisah seorang suami yang kembali bercinta dengan kekasih pertamanya setelah bertemu kembali di majlis re-union kolej…

Hebat sangatkah penangan cinta pertama?..

Saya bukanlah orang yang pakar dalam hal ini. Tapi pada pendapat saya, adalah sangat tidak adil untuk seseorang yang sudah mempunyai komitmen (pada keluarga) tak kiralah sama ada si suami atau isteri meninggalkan keluarga mereka demi mengejar cinta pertama.

Mungkin tak semua orang sependapat dengan saya. Tapi pada saya, kenalah selalu beringat, memang cinta pertama hebat, tapi saya rasa hebat lagi orang yang sudi berkahwin dengan kita serta sanggup bersusah senang bersama.
Jadi berusahalah…. untuk sentiasa memperbaiki diri serta keadaan.

Mungkin sebab itu ada juga pepatah yang mengatakan..
“Being someone’s first love is great…but to be their last is beyond perfect…”

Apa-apa pun, jodoh pertemuan di tangan Allah…dan kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik.

Sekian. Wassalam..

27 thoughts on “Cinta Pertama atau Cinta Terakhir?”

  1. saya belum jumpa lagi cinta pertama, harap bila jumpa nanti, itulah cinta terakhir…tapi memang betul, orang yang kahwin ngan kita dan sanggup susah senang bersama tu yang patut kita hargai

  2. Aku lupa siapa cinta pertama aku mbak hehe. Dan ga perlu aku ingat-ingat lagi karena cinta pertama aku bukan yang terbaik untuk masa depan aku nantinya 🙂 hehe

  3. Saya banyak dah pengalaman cinta pertama ni sejak sekolah… tak tau dah mana yg pertama huhu.. iyalah sgt.. 😀 😀
    Pada saya, yg terakhir tu yg penting sbb ia biasanya ada komitmen & tanggungjawab yg membawa kita semua ke dunia yg satu lagi tu. Cinta tu buta, celikkan ia dgn jln agama.. in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

    1. Patut kat sekolah dulu ada dengar cerita pasal Mat Romeo..jeng..jeng.. 😀
      Celikkan cinta ke jalan agama..in shaa Allah..Thanks Khir 🙂

  4. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kak Fidah semoga pada hari ini Kakak dalam keada'an baik dan sehat selalu sekeluarga. Saya menginginkan kelak Cinta saya bisa tumbuh dan bersemi pada pendamping saya jadi Cinta yang Pertama. Namun bisa jadi terakhir tidak ada hati lain. Terima kasih atas Perkongsianya ya Kak Fidah 🙂

    1. Waalaikumsalam Mas Saud..semoga berada dalam keadaan baik dan ceria bersama keluarga..
      Semoga tercapai apa yg di harapkan..
      T.kasih ya 🙂

  5. Tak pernah ingat langsung cinta pertama,ke dua,ke tiga,ke empat…semua dah
    tak masuk dalam otak dah. Semak. Pemandangan semak kena cantas cepat-cepat.

    1. Cantas..tebas Kak Lynn…hehe
      Thanks Kak Lynn for the comment and ur support kat blog saya… 🙂

      p/s : Kak Lynn antara org yg awal sy kenal dlm dunia blogging ni

  6. Sedihnya kalau saya menjadi isteri kepada lelaki tersebut.
    Tidak adil utk saya eh maksud saya isterinya itu.. Dan sebagai seorang lelaki, dia haruslah bijak dlm menangani isu sebegini..

    Tak salah mengharap apa yang belum ada, tapi jangan lupa apa yang telah ada.. :'(

  7. hargailah yg terakhir krn dia lbh menyayangi … cinta ni soal hati , susah nak cakap tapi kita boleh kawal dengan pemikiran yg waras … sesungguhnya Cinta anugerah Allah yg terindah .

    1. Cinta adalah anugerah Allah yang terindah…..
      Siapa tahu, kadang kala, mungkin juga ia didatangkan sebagai satu ujian..untuk menguji, mampukah kita mengawal hati dan perasaan…
      Thanks Vee 🙂

Leave a Reply