Uncategorized

Kasut Pilihan

Apakah jenis kasut pilihan anda?

Kasut pilihan saya, pastinya tidak terlalu tinggi atau rendah…kira yang sedang-sedang saja (lebih kurang 3 inci)

Panduan memilih kasut. Apakah yang paling penting ?

  • Keselesaan
  • Saiz kasut yang betul. Pastikan anda betul-betul tahu tentang bentuk kaki anda. Ada orang berkaki lebar, ada yang berjari runcing dan bermacam-macam lagi. Saya rasa faktor ini sangat penting kerana bentuk kaki dan kesesuaian ‘design’ kasut yang dipilih, akan menampakkan anda lebih cantik dan bergaya.
  • Ketika mencuba kasut, jangan hanya berdiri dihadapan cermin. Pakai kedua-dua belah kasut dan cubalah berjalan. Selesa? Barulah boleh consider untuk beli.
  • Elakkan memilih kasut yang ketat dengan anggapan bahawa kasut akan longgar apabila kerap pakai.
  • Sesuaikan jenis kasut dengan aktiviti anda. 
  • Elakkan memakai kasut yang bertapak licin..ingat..kasut yang bertapak licin cukup membahayakan terutamanya pada waktu hujan.
Ok..itu saja tips untuk hari ini.. 🙂
Sekian. Wasaalam.

9 thoughts on “Kasut Pilihan”

    1. Salam Khamis Raudzah..
      saya pulak, kalau kat opis..guna kasut (formal) atau sandal bertali..Kalau kat luar, sama ada sandal atau selipar..
      thanks 🙂

    1. Yang penting selesa…
      Saya ni….kalau daah suka pada satu2 kasut atau sandal…memang akan selalu guna yg tu aje..
      Thanks Gee 🙂

  1. saya suka wedges dan flat.sebab kaki besar depan macam 'ronald mcdonald'..hahaha.kasut dua jenis tu je yang senang cari tak muncung di depan tapi bentuk bulat or petak cam dalam gambar

Leave a Reply