Uncategorized

Bahayanya Media Sosial

Saya terbaca satu artikel tentang bahayanya media sosial dalam kerjaya kita.
Biasalah, dalam kehidupan sekarang, kita memang tidak terlepas dari pengaruh facebook, whatsapp, instagram dan berbagai-bagai jenis saluran media sosial yang lain.
Tidak dinafikan, saluran media tersebut banyak kebaikannya; terutamanya dalam merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan juga rakan serta penyampaian maklumat terkini.
Tapi, hati-hati ya…jangan sampai pengaruh media sosial ini mengganggu kerjaya kita

Work vs Play
Katakanlah boss anda juga merupakan rakan FB anda. Tiba-tiba pulak, dia update statusnya di FB  pada pukul 10.30 pagi (waktu bekerja). Perlukah anda ‘like’ atau komen status beliau pada masa itu juga?

Privacy Setting
Fahami bagaimana ‘privacy setting’ ini berfungsi. Kepada sesiapa yang sudah ter ‘add’ boss masing-masing (khas untuk golongan yang dapat boss suka ‘skodeng’ tentang bila dan apa yang anda ‘share’ atau komen di laman sosial) masih belum terlambat untuk mengawal keadaan. Sila gunakan ‘privacy setting’ ini dengan sebaiknya.

Hindarkan Perkara Negatif
Seelok-eloknya, hindarkan daripada membuat komplen atau mengomen secara berlebihan tentang kerjaya, majikan atau boss anda dilaman sosial. Ini akan menyebabkan anda dilihat sebagai seorang yang sangat negatif dan suka menimbulkan masalah, bukan saja dari kaca mata majikan..tetapi juga dikalangan rakan-rakan sekerja. Secara umumnya, orang tidak suka bekerja dengan peng ‘komplen’ tegar. Betul tak?

Oleh itu, sila berhati-hati ya, sebelum ‘share’, ‘like’ atau komen apa-apa dilaman sosial..terutamanya yang berkaitan dengan kerjaya anda.

Sekian. Wassalam

14 thoughts on “Bahayanya Media Sosial”

  1. Assalamu'allaikum wr wb salam Malam Kak Fidah
    Menarik perkongsianya. Media sosial memang masih jadi polemic ya Kak
    Sisi baik dan sisi tidak baik nya kita harus pandai dan selektif menempatkanya
    Terima kasih sudah berbagi salam santun dari saya $$-Subang Jawa Barat ina

  2. masa ada facebook dulu, everytime add kawan sekerja saya meletakkan mereka dlm satu grup [privasi]. so senang nak sunting post and privasikan kalau.. ada apa-apa post kita nak mengomel kan.. hehe..

  3. banyak contoh yang terjerambab berurusan dengan pihak polisi dan hukum gara-gara media sosial, maka mari kita berhati-hati menggunakan semua media sosial agar tidak menyinggung dan menyakiti..maka maen madiea sosialnya, Yangtey kaya di pantey ajah

    1. Kalau di media sosial..komennya menjadi sangat terbuka dan boleh dibaca oleh semua orang..jadi kena hati-hati selalu..kerana banyak mata yang memerhati..
      t.kasih 🙂

Leave a Reply