Uncategorized

Mawar Merah atau Anggerik Ungu?

Assalamualaikum…

Yang mana satu pilihan hati? Mawar merah atau anggerik ungu (purple)?
Namun saya pasti, kedua-duanya sama cantik dan ada keistimewaannya yang tersendiri.

Mawar Merah adalah sejenis bunga berduri yang cantik dan wangi. Juga merupakan bunga yang sangat popular terutamanya bagi yang sedang bercinta. Ramai wanita akan suka kalau dapat bunga mawar atau rose ini…betul tak?. Tak kiralah sama ada dapat sekuntum, 3 kuntum atau sejambak, pasti akan menceriakan hari.

Tahukah anda..apakah maksud jumlah kuntuman bunga mawar?…(Tapi, ini hanyalah berdasakan sesetangah pendapat dan kepercayaan… tak pasti boleh percaya 100% atau tidak)

1 kuntum : Cinta pandang pertama.
3 kuntum : I love you
12 kuntum : Be my steady
100 kuntum : Semoga kekal bersama

Kesimpulannya, bunga mawar adalah sejenis bunga yang sangat penting sebagai lambang percintaan. Sampai ada pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan.
“I’d rather have roses on my table than diamonds on my neck”



Tapi, selama mana bunga ini dapat bertahan??
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian….
Wanita….masa dapat bunga tu..gembira habis. Lepas tu, keringkan dan simpan. Tak kan nak buang pulak….sayang…hehe
Tapi, kalau dah lama-lama sangat, dan dah dapat bunga yang baru…tak tau pula nak simpan di mana. Akhirnya terbuang jua……
Mungkin memang itu nasib si bunga romantis.. 🙁 🙁

Bagaimana pula dengan Anggerik Ungu?
Anggerik atau Okid (orchid) asalnya adalah sejenis bunga hutan. Baunya juga mungkin tidak sewangi mawar. Ada sesetengah pendapat yang menyatakan anggerik melambangkan misteri dan tidak kepastian. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah lambang kecantikan, keindahan, kemewahan, perhatian dan kebaikan.
Pendapat peribadi saya, bungga anggerik, dengan bentukya yang sangat unik, mempunyai nilai komersial yang tinggi. Apatah lagi jika dipelihara dengan baik, pastinya lebih cantik dan harganya menjadi lebih mahal.
Penanaman dan penjagaannya juga, tidaklah begitu rumit bagi sesetengah orang yang sudah biasa dengan pokok bunga ini…Namun bagi saya yang masih baru nak belajar, agak susah juga nampaknya…huhu..

Pendapat dan pilihan anda bagaimana pula?
Yang mana satu pilihan hati…mawar merah atau anggerik ungu?

Sekian. Waassalam.

25 thoughts on “Mawar Merah atau Anggerik Ungu?”

  1. They help protect us, they fortify us, and they benefit us.
    People who find themselves participating in fat loss also need dietary supplements to help
    keep them healthy. These include quercetin, a member of the flavonoid family which has powerful anti-inflammatory and anti-cancer properties.

    Feel free to visit my web-site – Chris Ashenden more info

Leave a Reply