Uncategorized

Kacang Pool

Assalamualaikum….

Masa bersembang-sembang dengan rakan ‘se-negeri’ hari Jumaat lepas, termasuk pulak topik kacang pool ni…eemmm…apa lagi, tekak pun teringin la.

Jenuh Mak Jemah cari resipi dan bahan-bahan nak buat..huhu
Alang-alang dah terlajak rajin memasak tadi, saya kongsikan sekali resipinya di sini:

Bahan-bahan :
1. 1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur)
2. 1 tin kacang panggang
3. 200gm daging lembu kisar
4. 1 biji bawang merah besar (kisar)
5. 5 biji bawang merah kecil (kisar)
6. 5 biji bawang putih (kisar)
7. 1 inci halia (kisar)
8. 1 1/2 sudu besar rempah kari
9. 1 sudu besar serbuk ketumbar
10. Minyak untuk menumis
11. Garam & gula secukup rasa
12. Air secukupnya (boleh masukkan kalau nampak kuah tu pekat sangat)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk ketumbar
3. Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
4. Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi)
5. Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan:
1. Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
2. Bawang besar (potong dadu)
3. Lada hijau (hiris kecil-kecil)
4. Limau kasturi (belah 2)

Bahan lain:
1. Roti (saya guna roti gardenia aje tadi) – sapu butter dan bakar siket

Cara hidangan:
Masukkan kacang yang telah dimasak tadi ke dalam mangkuk. Masukkan telur goreng manja dan bahan-bahan sampingan tadi. Makanlah dengan roti yang telah siap dibakar..

Selamat Mencuba.

Sekian. Wassalam.

14 thoughts on “Kacang Pool”

Leave a Reply