Uncategorized

Lempeng dan Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum…

Nampaknya sudah lama saya tak menjengah di blog. Agak sibuk juga kebelakangan ini…dan ketika manaip entri ini..saya masih lagi berada di dalam komuter..

Entah kenapa, tiba-tiba teringat saya pada lempeng dan sambal ikan bilis yang saya makan malam semalam. Sempat juga diambil gambarnya sebelum di ‘ngap’ abih.

Mengapa lempeng and sambal ikan bilis ini begitu istimewa?
1. Kerana rasanya sedap sepanjang zaman
2. Kosnya yang murah dan menjimatkan
3. Penyediaannya ringkas dan mudah
4. Menjadi juadah yang istimewa terutamanya setelah terlalu banyak makan makanan-makanan berjenama hari raya contohnya lemang, rendang, lontong, mi kari dan yang sewaktu dengannya…huhu

Sebab itulah ianya menjadi pilihan keluarga saya semalam. Selain daripada itu, saya rasa anak-anak saya perlu juga diperkenalkan dengan pelbagai jenis juadah dan makanan melayu…baik yang simple mahu pun yang kompleks…disamping menikmati hasil ‘air tangan’ ibu mereka… 🙂 🙂

Ok. Itu sahaja cerita hari ini. Komuter pun sudah sampai ke destinasinya…bye.

Sekian. Wassalam.

6 thoughts on “Lempeng dan Sambal Ikan Bilis”

Leave a Reply