“Appointment Puan dengan Doktor Fatimah esok, jadi ke?”
panggilan dari sebuah klinik pakar sakit puan meingatkan aku pada temujanji
yang dibuat pada minggu lalu. Memang
hampir terlupa sebenarnya. “Confirm. Esok saya datang pukul 9 pagi”.

Memang sudah aku rancangkan dari awal bersama doktor sakit
puan ini. Sekiranya aku berjaya mangambil anak angkat, aku mesti mengambil
hormon dalam bentuk suntikan dan beberapa ubat yang lain bagi merangsang
pengeluaran susu.

Gambar: Ihsan google
Minggu lalu….mungkin juga sudah ditulis sebagai takdir dan
rezeki, aku berjaya mendapatkan seorang anak angkat. Rasanya bagai tak percaya.
Tapi itulah kenyataan. Aku telah mengambil seorang anak angkat.

Sebenarnya bukan senang untuk membawa orang asing sebagai
ahli keluarga. Namun itulah hakikat yang harus aku terima. Risiko untuk aku
mengandung lagi terlalu tinggi disebabkan kerosakan teruk pada rahim ketika melahirkan anak dulu. Kini anak sulungku semakin membesar dan
mahukan teman. Aku dan suami juga telah lama membincangkan hal ini. Dan kami
semua setuju untuk mengambil anak angkat sebagai ahli keluarga baru.

Bayi comel yang terpilih itu, aku namakan dia Ahmad Amsyar. Ahmad
bermaksud yang terpuji. Amsyar pula bermakna yang cerdas. Semoga dia menjadi
anak yang terpuji akhlaknya, cerdas  dan
juga anak yang soleh.

Aku sememangnya
bertekat untuk  menyusukan Amsyar. Aku
bukan sekadar mahu menjadi ibu angkatnya tapi aku mahukan hubungan yang lebih rapat.
Aku mahu menjadi ibu susuannya. Kelak, jika dia menjadi anak susuan, tidak akan
timbul masalah aurat atau mahram. Oleh itu, pengambilan hormon sangat perlu
kerana aku tidak mengandung dan melahirkan Amsyar.

Temujanji aku dengan Doktor Fatimah, pakar sakit puan itu
berjalan seperti yang dijanjikan. Aku diberikan suntikan hormon. Tapi aku lupa pula
hendak bertanya, apakah nama hormon yang disuntik. Disamping itu aku juga
diberikan pil Maxolon (bekalan untuk
2 minggu) bagi menggalakkan lagi pengeluaran susu.

Tindakbalas daripada suntikan hormon dan penggambilan Maxolon memang sangat teruk aku rasakan.
Ku anggap itu adalah cabaran pertama. Aku tidak lalu makan, badan terasa lemah
yang amat sangat dan aku juga tidak dapat mengelakkan rasa mengantuk yang
berpanjangan. Ini adalah masalah  besar
buat aku ketika itu, kerana  aku harus
pergi bekerja seperti biasa. Tanggungjawab aku juga sudah bertambah dengan
kehadiran Amsyar. Mujur ada suami yang sangat memahami keadaan ku. Bersyukur
juga kerana pada ketika itu aku mempunyai seorang pembantu rumah yang sangat
cekap dan turut sama menjaga Amsyar. Maklumlah pada masa itu usia Amsyar baru 2
minggu.

Selain daripada bantuan suntikan dan pil, aku juga disuruh
mengepam payudara bagi menggalakkan pengeluaran susu. Aku harus melalukannya
setiap 4 jam. Tak kira di mana, pada bila masa, aku harus melalukannya walau
pada ketika itu bayang air susu pun masih belum nampak lagi.  Kaedah ini hanyalah untuk merangsang (stimulate) pengeluaran susu. Ini adalah
cabaran kedua. Aku harus bangun pada waktu malam, mengikut masa yang ditetapkan
dan aku juga harus meluangkan masa di waktu pejabat untuk melakukan aktiviti
ini. Agak susah juga, terutamanya bila ada mesyuarat penting atau waktu di mana
aku harus bertugas di luar pejabat. Dan apa pula alasan untuk diberikan kepada boss dan pada teman-teman sepejabat
ketika keluar mengepam susu, kerana setahu mereka  aku sudah lama tidak mengandung dan melahirkan
anak.

Pam susu yang paling banyak berjasa. Aku masih lagi menyimpannya sebagai tanda kenangan antara aku dan Amsyar.

“Sepatutnya, selepas 2 minggu, air susu dah ada” aku masih
teringat lagi kata-kata Doktor Fatimah ketika temujanji tempoh hari. Namun
selepas dua minggu aku berusaha, air susu masih belum juga keluar. Aku sedikit
kecewa sebenarnya. Namun tetap bersyukur kerana pada ketika itu, aku masih
diberi kegigihan dan kecekalan untuk  meneruskan usaha. Aku sendiri tidak pasti dari
mana aku boleh dapat kekuatan itu.
Aku meneruskan penggambilan pil hormon. Cuma aku tukarkan
pengambilan pil daripada Maxolon
kepada Motilium setelah mendapat
kebenaran dari Doktor Fatimah. Aku
rasa, Motilium lebih sesuai  kerana tidak rasa begitu mengantuk. Kalau
tidak, Allah saja yang tahu bagaimana aku terpaksa berjuang setiap hari demi
mengelakkan rasa mengantuk terutamanya di waktu pejabat. Kaedah mengepam juga
aku tukarkan. Daripada menggunakan pam manual, aku selang-selikan dengan pam bateri
dan seterusnya kepada pam elektrik. Masanya masih sama, iaitu setiap 4 jam.

Pam bateri – Juga masih dalam simpanan

Setelah 3 minggu, barulah air susu keluar. Setiap titis, aku
rasakan sangat berharga. Namun, jumlahnya terlalu sedikit untuk membuat Amsyar
kenyang. Agak gusar juga aku ketika itu. Untuk mendapatkan 1oz pun aku rasakan
terlalu sukar dan Amsyar memerlukan 2oz atau 3oz untuk sekali kenyang. Pelbagai
cara yang difikirkan untuk menambah susu dan sekurang-kurangnya Amsyar mesti
kenyang 5 kali, bagi memenuhi syarat menjadi anak susuanku.

Bayi mestilah menyusu
paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan hadis mauquf kepada
Aishah R.A.  yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim (No 1452) katanya “Pada peringkat awal penurunan Al Quran, penyusuan
yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia  dinasahkan (dibatalkan) hukumnya kepada 5
kali kenyang, sehingga Rasulullah S.A.W diwafatkan”. Di dalam kitab Subul
Al-Salam juga diterangkan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila
bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila kenyang.

Bermacam-macam petua yang aku lakukan, asalkan hasrat aku
untuk menyusukan Amsyar berjaya. Daripada memakan pil Asi, fenugreek pills, ubat periuk, jamu, ditambah lagi dengan pil-pil
modern yang sedia ada, semuanya ditelan.
Namun haslinya masih sedikit. Aduhai….

Pam Elektrik : Sumber dari Google.
Berbekalkan  doa dan
juga sokongan  daripada keluarga serta rakan-rakan rapat, aku cekalkan hati. Tetap juga
gigih mengumpul setiap titis susu yang dipam. Sedikit demi sedikit. Dari 1oz ke
2oz dan seterusnya, akhirnya aku berjaya menyusukan Amsyar dengan cara ini (susu
dikumpul hingga cukup 2oz ke 3oz dan diberikan kepada Amsyar melalui botol
susu) dan membuatnya kenyang lebih 10 kali. Setelah itu barulah aku yakin untuk
menyusukan Amsyar secara direct breastfeeding.

Menyusukan Amsyar secara direct
breastfeeding
juga merupakan satu cabaran kerana dia tidak biasa. Semenjak
lahir dia hanya minum menggunakan botol susu. Agak sukar juga untuk memujuk dan
ia memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Untuk melatih Amsyar menyusu
secara  direct breastfeeding, aku menggunakan alat yang dinamakan “supplemental nursing system”. Alat ini
mempunyai tiub yang dilekatkan diputing payudara. Ada botol susu yang
disediakan untuk disambungkan pada tiub tadi. Secara teori, susu formula yang dimasukkan
ke dalam botol tadi akan keluar dari tiub. Ini hanyalah sebagai rangsangan pada
hormon si ibu dan bagi membiasakan si anak menyusu terus dari badan. Setelah
berhari-hari berusaha, Alhamdulillah, aku berjaya.

 

Peralatan ini juga masih ku simpan rapi. Agak mahal juga. Tapi, telah berjasa pada aku dan Amsyar.

 

Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaanku ketika
betul-betul berjaya menyusukan Amsyar. Rasa sangat gembira, rasa sangat sayang,
semuanya ada. Seolah-olah dia anak kandungku sendiri. Seperti tiada jurang antara kami. Aku berjaya menyusukan
Amsyar sehingga usianya 6 bulan. Walaupun tidak dapat melakukannya sehingga  Amsyar 2 tahun, aku tetap bersyukur.
Sekurang-kurangnya, dia sah menjadi anak susuanku.

Pengalaman ini sebenarnya sangat berharga buat aku. Amsyar
telah mengajar aku banyak perkara. Aku mula faham erti gigih dan terus
berusaha.  Aku belajar maksud sabar,
tawakkal dan yakin. Sesuatu yang hampir mustahil
akhirnya berjaya dilakukan sekiranya kita yakin dan terus berusaha.

Semoga catatan pengalaman ini memberi manafaat kepada semua
terutamanya kepada wanita-wanita yang ingin menyusukan anak angkat. Berdasarkan
pengalaman sebenar, ia boleh dilakukan. Yang paling penting ialah komitmen,
keyakinan dan usaha. In Shaa Allah. Anda boleh melakukannya.

Sekian.
Wassalam.

*Cerita di atas adalah berdasarkan
pengalaman sebenar seorang rakan.

Untuk herba2 yang berkaitan untuk menambah susu, boleh rujuk kepada  artikel “List of Galactagogues – Herbs that increase breastmilk production” (https://herblore.com)

Related Posts

30 thoughts on “Anak Angkat, Ibu Susuan

    1. Puan… Pil ASI x di jual sudah…kastam halang masuk…. Masa puan mnyusu anak tu direct dr breast.. Masa tu umurnya brp bulan… Anak saya 4 bln x mau direct…
      Jd susu keluar agak skt…
      Rasa sedih hatiku.. Bila d paksa meraung baby tak mau…

    1. Makan peria, lobak putik, pil halba, pil ASI..
      Dos motilium..kena refer balik kat doktor pakar..
      Sorry for the late reply…baru baca..anyway..thanks

    1. Sorry lambat reply. Kerana jumlah susu yg sedikit, kawan saya campurkan juga denga susu formula…takut baby tak kenyang.
      Tapi cara tersebut tidak boleh dikira sebagai anak susuan.
      Terima kasih atas kunjungan 🙂

  1. Salam sis… Sy pun baru 2 minggu amik injection dan min maxalon. Susu keluar tp x sampai setitis pun.. Mohon bantuan sis.. Sy bakal menerima anak angkat pertengahan jun depan..

    1. Salam dear… boleh sy tau sis amek injection kt mane ? Tlg whatsapp sy ASAP.. sbb sydh terima ank angkat, susu bdn still xkeluar… help 😉 +601126576541

  2. Salam sis… Sy pun baru 2 minggu amik injection dan min maxalon. Susu keluar tp x sampai setitis pun.. Mohon bantuan sis.. Sy bakal menerima anak angkat pertengahan jun depan..

    1. Salam. Sorry for the late reply.
      Kena teruskan pam..4 to 6 hrs per day utk stimulate. Tak kira malam atau siang. And most importantly, kena positif and berdoa & tawakkal. In shaa Allah.

    1. Kalau tgk pengalaman org yg melaluinya..memang tidak mudah tapi bukan juga sesuatu yg mustahil.
      In shaa Allah dengan berkat doa kan usaha, pasti berjaya.

  3. salam sis, boleh sis berkongsi hospital mana sis pegi? saya dalam perancangan untuk jumpa doctor sakit puan bagi situasi yang sama

Leave a Reply