Uncategorized

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum…

Maaf..sudah lama saya tidak berblogging..
Harap-harap masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk kawan-kawan semua…

Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa…

Semoga di bulan yang mulia ini kita diberi kesempatan untuk saling bermaafan dan kunjung mengunjung…

Tahun ini saya sekeluarga beraya di kampung suami di Temerloh, Pahang. Pada hari raya ke 2 barulah berkesempatan untuk balik ke kampung halaman saya di Pontian, Johor.

Membakar lemang di malam raya

Tapi tahun ini, kami sekeluarga balik awal ke Bangi kerana En suami dah mula bekerja pada hari Jumaat…rasa tak puas juga sebenarnya bercuti di kampung..huhu

Untuk kawan-kawan semua…semoga sentiasa ceria menyambut lebaran yang mulia ini dan berhati-hati ketika memandu.

Kain songket kain sari,
Cantik dipakai pergi ke pekan,
Salam lebaran aidilfitri,
Ampun dan maaf saya pohonkan

Sekian. Wassalam.

10 thoughts on “Salam Aidil Fitri”

  1. selamat hari raya Fidah.. akak pun mohon kemaafan seandainya telah mengguris perasaan Fidah melalui komen sepanjang perkenalan kita di alam maya.. Akak pon beraya di Pahang semalam baru balik ke Selangor..

    1. Selamat hari raya Kak Mas…saya juga memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata atau terkasa bahasa…
      Semoga sentiasa ceria di aidil fitri ini..thanks 🙂

    1. Hehe..Alhamdulillah..meriah thn ni K Lynn..:)
      Selamat Hari Raya Aidil Fitri utk K Lynn sekeluarga…maaf zahir & batin
      Thanks

Leave a Reply