Uncategorized

Dalam Kenangan…

Assalamualaikum..
Nak layan lagu malam ni..

Lagu : Dalam Kenangan, Wheels

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba dipersimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian


Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan


Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan


Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan


Bila tibanya masa nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila ku tinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya kan abadi dalam kenangan..

Sekarang tengah mood rindu kat kampung…
Teringat kat family & kawan-kawan. Mujurlah teknologi sekarang ni canggih..segalanya dihujung jari. Jadi tidaklah rasa kejauhan sangat.
Thanks to whatsapp, FB, instagram, kakao talk….etc..hehe. Semuanya terasa dekat.

Kadang-kadang, saya rasa berguna betul whatsapp group ni. Memang dapat mengeratkan silaturrahim, dapat merapatkan kembali hubungan yang sudah lama terputus dan dapat juga mendengar khabar terkini kawan-kawan yang telah lama terpisah.
Dan..ketika menyambut ulang tahun yang ke 38 (???) baru-baru ni juga, saya rasa amat terharu dengan ucapan-ucapan yang diberikan. Bayangkan, setelah hampir 26 tahun terpisah, rupa-rupanya masih ada yang ingat tarikh lahir saya…hehe. Alhamdulillah.
Thanks to all my beloved friends. I really appreciate that. May Allah bless all of you too.

Semoga hajat nak balik kampung minggu depan tercapai…dan semoga segala urusan dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam..

20 thoughts on “Dalam Kenangan…”

  1. sy pun dh lama x balik kampung… btul tu.. media sosial ni ada kebaikkannya juga jika digunakan dgn betul.. boleh mengembalikan keakraban dgn kekawan lama..

  2. Memang betul tu Fidah, teknologi moden banyak merapatkan hubungan yg jauh.. macam Nurul ni, jauh disini, adik beradik lain berterabur seluruh malaysia ni.. tapi disatukan dengan whatsapp.. alhamdulillah.

  3. yang namanya kenangan baik yang indah ataupun yang tidak menyenangkan pasti akan tersimpan selalu dalam hati dan ingatan yang sekali waktu perlu juga untuk dikenang.

  4. Sorry Fidah dah lama tak jenguk sini…Baru perasan your Blog's URL dah tertinggal..nway happy belated birthday & take care ya…

Leave a Reply