Uncategorized

Nombor 4

Assalamualaikum

Pernah dengar orang cerita mengenai nombor 4?

Selain daripada 2+2 = 4 atau 2×2 = 4, ada berbagai tafsiran mengenai nombor 4.

Dari cerita yang kita biasa dengar, kaum cina tidak suka pada nombor ini….kurang bertuah katanya.
No 4 dielakkan oleh masyarakat cina bukan kerana nombor tersebut tetapi kerana ucapannya dalam bahasa cina yang berbunyi “Si” atau “Se” yang membawa maksud mati.

Menurut seorang pakar motivasi terkenal, Dato’ Fadhilah Kamsah, sesiapa yang lahir pada bulan 4 (April) adalah seorang yang:

  • Aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Emosi cepat terusik
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Aggressive tapi selalu kelam kabut dalam membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu…

Bagi saya pula, tiada istilah nombor bertuah atau malang..semuanya mungkin berlaku secara kebetulan. Walau apa pun, tarikh 4 April adalah tarikh yang menggembirakan untuk kami sekeluarga. Anak bungsuku Muhammad Afiq lahir pada tarikh ini….So..happy birthday Afiq..Semoga menjadi anak yang soleh, panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin.
Sekian. Wassalam.

36 thoughts on “Nombor 4”

  1. bagus mbak (y) Ntar tanggal share dong yang tanggal 18 ya mbak 😀 hihi.. dan Happy birthday buat Afiq ya mbak 🙂 Tolong sampaikan dari saya "Dindin Rosidin" 😀 Semoga panjang umur, sehat selalu, dan pokonya +++ ya mbak 🙂

    1. Ada jugak member saya yg berbangsa cina yg masih particular dgn nombor ni..tapi mungkin sudah lebih open minded kot…
      T.kasih Nurul..Salam Jumaat 🙂

  2. so far saya okay dengan 4 sebab saya lahir bulan 4..hehehesetiap masyarakat ada kepercayaan mereka dan kita yang melayu/islam nie tak boleh terlalu mengikut kepercayaan mereka gak kan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

  3. Orang yang 'akarnya' ber no 4,pada dasarnya adalah seorang yang dekat dengan fakta, pendengar yang setia, teliti dalam perancangan ,ceria dan penyayang. Tapi Afiq lahirnya pada 4hb kan bukan akarnya yang ber no 4. Apa pun Happy Birthday buat Afiq moga jadi anak soleh kebangaan ibu dn ayah. ( Kebetulan nama hujungnya sama dengan anak bungsu akak Wan Daniel Afiq dan anak akak yang ini, akarnya bernombor 4. )

Leave a Reply